CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 518|Reply: 2

[Tempatan] Memang atuk barua!. Mencabul kehormatan cucu saudaranya.

[Copy link]
Post time 23-10-2017 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Memang atuk barua !

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/275775/memang-atuk-barua

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 11:48 AM

Harun Yahya
am@hmetro.com.my



LELAKI ditahan polis kerana didakwa mencabul kehormatan cucu saudaranya di sebuah rumah di Sungai Bidut, Sibu, Sarawak.

Suspek berusia 53 tahun itu didakwa mencabul kehormatan remaja perempuan berusia 13 tahun kira-kira 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailani Amit berkata, kejadian berlaku ketika mangsa ditinggalkan sementara di rumah berikutan ibunya keluar membeli barangan dapur.

Menurutnya, suspek kemudian muncul sebelum menarik mangsa masuk ke bilik dan mengunci pintu.

“Mangsa cuba melawan namun suspek menolaknya ke atas katil sebelum menanggalkan seluar mangsa.

"Mangsa bagaimanapun berjaya menendang suspek hingga terjatuh menyebabkan lelaki itu bergegas melarikan diri,” katanya.

Perbuatan itu diketahui ibu mangsa selepas melihat anaknya menangis.

“Susulan laporan polis diterima, sepasukan polis menahan suspek di rumahnya di kawasan sama tidak lama kemudian.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 12:59 PM | Show all posts
Manusia tua kutok berumur lebih 50 tahun  jenis apa kah  yang boleh tegang zakarnya dengan kanak kanak berumur 13 tahun? Binatang pon tak sekeji itu.

Nota: Untuk mengelak ada forumner yang mungkin rasa terhina dengan komen diatas, adalah dirasakan perlu di nyatakan bahawa komen tersebut adalah ditujukan kepada Paedo didalam thread ini sahaja dan tidak termasuk paedo paedo lain (termasuk paedo zaman dahulu) didalam atau diluar negra, samada masih hidop atau pon sudah mati. Harap maklom dan tidak terhina.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:49 PM | Show all posts
eiiiiiiiiiiii jahatnye...................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.175851 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list