CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5961|Reply: 88

[Jenayah] jantan x berguna, tina malas: Dua beranak selongkar tong sampah cari makanan

  [Copy link]
Post time 23-10-2017 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzek at 23-10-2017 01:08 PM

@shamsadis



Kuantan: Malang buat seorang wanita bersama anak perempuannya berusia lima tahun apabila mereka terpaksa hidup merempat dengan tidur di surau di kawasan bandar ini pada setiap malam selepas keluar dari rumah sewa mereka sejak 20 hari lalu.

Pada sebelah siang pula, Siti Azlina Abd Aziz, 37, bersama anaknya Siti Noraisyah Umairah Mohd Khairul Anuar keluar mencari makanan di dalam tong sampah untuk mengalas perut supaya tidak kelaparan.

Siti Azlina mendakwa kesusahan dan kehidupan melarat dilaluinya sejak lebih 20 hari lalu bermula selepas suaminya dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana terbabit dalam kes dadah kira-kira sebulan lalu.

Katanya, dia kini sentiasa membayangkan nasib dan masa depan mereka semakin gelap, malah turut buntu sehingga membuat keputusan keluar dari rumah sewa mereka di Kampung Pandan, di sini.

“Sebelum ini, kami menyewa rumah berkenaan dengan semua bayaran dilakukan suami, tetapi kini saya mula hilang arah apabila lelaki yang menjadi tempat bergantung dipenjarakan.

“Kerana tidak mampu membayar sewa termasuk ada yang masih tertunggak, saya dan anak nekad keluar dari rumah sehelai sepinggang.

“Saya kerap tidur di surau Cenderawasih, di sini, kadangkala di beberapa surau lain di kawasan berhampiran terutama yang tidak berkunci atau padang bola keranjang di Kampung Baru, dekat sini, manakala pada siang hari terpaksa keluar ke kawasan lain mencari tempat boleh berteduh,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru, di sini, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 10:54 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 01:02 PM | Show all posts
muda lagi pergi cari kerja la kak..
takkan nak harap orang lain pulak bela ko anak beranak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2017 01:05 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 23-10-2017 01:02 PM
muda lagi pergi cari kerja la kak..
takkan nak harap orang lain pulak bela ko anak beranak..

betul, anak pun seorg je, x kan x bole gi cari kje dan bela anak
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
anak tu dah besar boleh bawak pergi kerje , cuci rumah orang , basuh pingan  kedai makan.mcm2 boleh buat dr korek tong sampah cari makan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm binatang.. bila dadah menguasai diri..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:08 PM | Show all posts
banyak je kerja kat luar sana kakak,hidup jangan nak bergantung harap sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2017 01:10 PM | Show all posts
go go go kakak! pls cari kerja demi anak kau
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:12 PM | Show all posts
pprt nya kau kak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kasi joran sama.ini kakak
jangan bagi umpan..
nnt dia dok tunggu umpan saja...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:15 PM | Show all posts
Kesian kat anak tuh....  Umur 5 tahun memang suka makan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihannya. Hrp dpt la jumpa kerja. Kerja2 am skrg pun kena bersaing dgn pekerja asing.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:22 PM | Show all posts
keje cleaner pun bukan susah....adoiiiiii...kalau mentaliti dok harapkan laki, gini lah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat kita dah jadi cam indon n pinoy, selongkar sampah. Elok lagi jadi rohignya terbela.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot yer pon nk berposing masuk paper..moh ler duduk sopan2 sket...beria angkat kaki dh mcm pmpuan lorong pulop

Macik kesiankan si anak..si omaknye lantaklah pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak ni mmg mengharao bantuan ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku takut satu jer dia duduk merempat nanti ada pulak jantan hanat buat tak elok kat anak dia. So better la cari kerja duduk sewa rumah murah ker. Sementara ni dia boleh minta bantuan duit zakat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 01:32 PM | Show all posts
OMG. Masih ujud lagi ke rakyaat seperti ini di negera kita??
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:33 PM | Show all posts
keje la kak.. kalau kesihatan masih mengizinkan .. dari ko bermuram durjana di situ .. selongkar tong sampah cari makan .. ada lebih baik ko keje .. tp keje yg halal kak .. jgn ikut jejak langkah laki pulak..

anak tu  nk makan , pakai smua ..


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia pengedar?
Akk ni xda keluarga ke?
Tolong la keluarga akk ni pi ambik budak tu
Diri dia tu sblom lepaskn keluar untuk cr keje, mohon ikat peranakan dulu..nnt melarat2 hidup tau2 keluar ank sorg lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:41 PM | Show all posts
nasib baik anak nya sorang je...

biasanya kalau miskin2 ni anak berderet2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.078057 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list