CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 510|Reply: 4

[Tempatan] Suami dihukum penjara seumur hidup akibat kes dadah, dua beranak terpaksa selong

 Close [Copy link]
Post time 23-10-2017 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-10-2017 05:06 AM

Dua beranak selongkar tong sampah cari makananhttps://www.hmetro.com.my/setempat/2017/10/275755/dua-beranak-selongkar-tong-sampah-cari-makanan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 10:54 AM

HM Digital


SITI AZLINA bersama anaknya menumpang teduh untuk sementara waktu di hadapan sebuah rumah di Kampung baru.

Kuantan: Malang buat seorang wanita bersama anak perempuannya berusia lima tahun apabila mereka terpaksa hidup merempat dengan tidur di surau di kawasan bandar ini pada setiap malam selepas keluar dari rumah sewa mereka sejak 20 hari lalu.


Pada sebelah siang pula, Siti Azlina Abd Aziz, 37, bersama anaknya Siti Noraisyah Umairah Mohd Khairul Anuar keluar mencari makanan di dalam tong sampah untuk mengalas perut supaya tidak kelaparan.


Siti Azlina mendakwa kesusahan dan kehidupan melarat dilaluinya sejak lebih 20 hari lalu bermula selepas suaminya dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana terbabit dalam kes dadah kira-kira sebulan lalu.


Katanya, dia kini sentiasa membayangkan nasib dan masa depan mereka semakin gelap, malah turut buntu sehingga membuat keputusan keluar dari rumah sewa mereka di Kampung Pandan, di sini.


“Sebelum ini, kami menyewa rumah berkenaan dengan semua bayaran dilakukan suami, tetapi kini saya mula hilang arah apabila lelaki yang menjadi tempat bergantung dipenjarakan.


“Kerana tidak mampu membayar sewa termasuk ada yang masih tertunggak, saya dan anak nekad keluar dari rumah sehelai sepinggang.


“Saya kerap tidur di surau Cenderawasih, di sini, kadangkala di beberapa surau lain di kawasan berhampiran terutama yang tidak berkunci atau padang bola keranjang di Kampung Baru, dekat sini, manakala pada siang hari terpaksa keluar ke kawasan lain mencari tempat boleh berteduh,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru, di sini, kelmarin.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 01:05 PM | Show all posts
lambat sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2017 01:08 PM | Show all posts



Mod @spiderman80 tolong kambus thread nih.  Budak dizzek dah bukak thread nih...


https://mforum2.cari.com.my/foru ... &extra=page%3D1

Comments

Noted, Ejalti  Post time 24-10-2017 10:01 PM
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:09 PM | Show all posts
EJALTI replied at 23-10-2017 01:08 PM
Mod @spiderman80 tolong kambus thread nih.  Budak dizzek dah bukak thread  ...

x pyh call dia, biar dia sendiri cari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.146952 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list