CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5269|Reply: 67

[Tempatan] JDT tamak punca skuad kebangsaan merosot, beli pemain muda berbakat tapi hanya d

[Copy link]
Post time 23-10-2017 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by dodifarid at 23-10-2017 01:56 PM

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail tidak terguris dengan gesaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang meminta beliau agar berehat di 'muzium', kerana pandangan yang dilontarkannya sebelum ini adalah ikhlas.

Jamal Nasir berkata apa yang diluahkan itu hanyalah semata-mata mahu melihat pasukan bola sepak negara kembali bangkit mencatat kegemilangan sebagaimana suatu ketika dahulu.

"Saya sebagai bekas pemain kebangsaan atau atlet, saya juga ada pengalaman menjadi jurulatih, pengurus pasukan dan anggota jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pilihan Editor

"Sebab itu, saya boleh menilai berdasarkan pengalaman yang ada, tapi beliau hanya seorang Menteri Belia dan Sukan yang datang dan pergi, tetapi kami (bekas pemain) kekal sebagai legenda yang pernah membawa nama Malaysia ke Sukan Olimpik yang gagal diatasi sehingga kini.

"Oleh itu, saya nasihatkan beliau sudah-sudahlah mengecilkan orang lain, saya berani komen kerana ikhlas dari sudut hati dan bukan kerana benci Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) atau Johor Darul Ta'zim (JDT)," katanya ketika ditemui pemberita pada Kejohanan Bola Sepak Veteran Empat Penjuru bersempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Kuantan hari ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut mencemar duli menyaksikan kejohanan julung kali diadakan itu, menyaksikan pasukan Ex Malaysia dan Ex Singapura dinobatkan juara bersama selepas perlawanan terpaksa dihentikan ekoran hujan lebat dan kedua-dua pasukan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Jamal Nasir menjelaskan pendekatan JDT mengambil pemain muda ada pro dan kontra, tetapi tidak menyalahkan pasukan itu seratus peratus atas kemerosotan prestasi dan ranking pasukan negara di peringkat antarabangsa.

"Saya kata jika JDT hendak ambil pemain muda itu bagus kerana hayat bola sepak hanya 10 tahun dan mereka akan dapat duit yang banyak untuk disimpan.

“(Namun) ia lebih bagus jika mereka semua boleh diturunkan dengan mewujudkan pasukan berasingan bagi saingan Piala Konfederasi Asia dan Liga Malaysia, tapi sekarang hanya pemain sama yang bermain bagi setiap kejohanan.

"Pemain baharu ini perlukan pendedahan, kalau hanya letak di bangku simpanan pada usia muda habislah dia apabila mencecah umur 22 hingga 26 tahun kerana seni bola sepak mereka akan lari seperti Safee Sali. Jika ini berterusan karier bola sepak pemain terbabit akan musnah walhal mereka bagus tetapi tidak dapat berkembang," katanya.

Beliau berkata masalah pasukan Harimau Malaya hanya dapat diatasi jika pembangunan peringkat akar umbi diambil serius oleh setiap pasukan negeri dan kelab yang bertanding.

"Masalah kita adalah dari segi pembangunan peringkat negeri yang kurang, selagi tidak ada satu pembangunan remaja yang bagus selagi itu skuad negara tidak kuat dan membangun.

"Sebagai contoh pasukan Kedah bagus sejak daripada Allahyarham Datuk Ahmad Basri Mohd Akil lagi, janganlah pada umur 24 ke 25 tahun baharu disuruh bermain dalam pasukan negara.

"Tapi biarlah umur 17 ke 18 tahun sebagaimana saya sendiri bermain pada umur 16, supaya mereka ada pengalaman...dulu kita juga berpeluang menyertai banyak saingan peringkat antarabangsa berbanding sekarang, jadi apabila usia 21 ke 22 tahun sudah berpengalaman," katanya.

Baru-baru ini, Khairy menggesa semua pihak terutama bekas pemain kebangsaan supaya berhenti mengkritik JDT dan pengurusan FAM berhubung prestasi buruk skuad Harimau Malaya dan kemerosotan dalam ranking dunia.

Khairy juga menyatakan bekas pemain kebangsaan sepatutnya berehat di 'muzium' dan membiarkan generasi baharu mengendalikan bola sepak negara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 02:04 PM | Show all posts
Interesting...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:10 PM | Show all posts
betul la apa dia cakap..
malaysia ni bila ada player bagus, yang tu je la dok hadap sampai bangka..
tak fikir dan tumpu untuk cari pelapis..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:11 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 23-10-2017 02:10 PM
betul la apa dia cakap..
malaysia ni bila ada player bagus, yang tu je la dok hadap sampai bangka.. ...

yang elok duduk dlm muzium sbenarnya umngok
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:20 PM | Show all posts
kentel replied at 23-10-2017 02:11 PM
yang elok duduk dlm muzium sbenarnya umngok

jangannnn.. kang ada yang sentap kang
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:29 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 23-10-2017 02:20 PM
jangannnn.. kang ada yang sentap kang

RM100 juta yang hilang kat kementerian sukan pun boleh buat 10 biji muzium lepas tu letak umngok. sampai sekarang tiada jawapan kes RM 100 juta hilang. sedih dengar..


kalau akak dpt rm 100 juta tu akak bagi gaji kt moderator cari forum bulanan siap potongan epf baki 90 juta  invest untuk bisnes.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2017 02:32 PM | Show all posts
"Baru-baru ini, Khairy menggesa semua pihak terutama bekas pemain kebangsaan supaya berhenti mengkritik JDT dan pengurusan FAM berhubung prestasi buruk skuad Harimau Malaya dan kemerosotan dalam ranking dunia."

"Khairy juga menyatakan bekas pemain kebangsaan sepatutnya berehat di 'muzium' dan membiarkan generasi baharu mengendalikan bola sepak negara."


So betullah yg JDT ni tak boleh dikritik tp dia boleh mengkritik. So mcm mane nak improve kalo tak boleh dikritik?

Ko suruh bekas pemain kebangsaan berehat dekat muzium? So mcm ni lah layanan ko terhadap bekas atlit. Bekas pemain yang sejuta kali bagus dari pemain sekarang.

Stop Kipas JDT! Kami rakyat Malaysia dah bosan dengan J. Cukup2 lah J kena troll bagai nak rak dekat SocMed. By the end of the day, J mcm clown yang asyik diketawakan dan digula-gulakan oleh masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Khairy juga menyatakan bekas pemain kebangsaan sepatutnya berehat di 'muzium' dan membiarkan generasi baharu mengendalikan bola sepak negara."

Tolonglah khairy,nanti kau pon tuo,die bukan nak mengendali die bagi pendapat lah hadoi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 02:38 PM | Show all posts
semua ubi depa sapu..kahkahkah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg byk pemain berbakt negeri lain jdt beli.
Tp nk buat camne kan nk salhkn pemain tu takkn la nk tolak tawaran plak..tgh2 laku ni baik amik je peluang yg ada..
And pasukan lain pon klu ada duit rebutla pemain yg best.. klu x sampi bila nk maju...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:55 PM | Show all posts
chaotic_soul replied at 23-10-2017 02:38 PM
semua ubi depa sapu..kahkahkah..

kedah kena jaga2..sbb banyak menanam ubi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:58 PM | Show all posts
saya pun rasa xsetuju dgn statement KJ.. dulu masa si Jamal ni main peringkat olimpik bukan main disanjung2..bila dia kritik bukan main disuruh duduk dalam muzium..

sekurang2 nya pemain2 lagenda ni cuba utk perbaiki pasukan malaysia dgn bagi pendapat diaorg..diaorg pun kalau boleh nak team HM ni jd pasukan terbaik..

mmg betul apa..ramai pemain2 yg berbakat hanya duduk di kerusi simpanan..safi salee, mat yo..
tp bila diaorg pindah ke kelab lain ada jugak diaorg main 1st 11..contoh mat yo la..baru2 ni semi final PM dia main utk team Felda..kalau kt pasukan lama jrang2 dia dapat main..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:59 PM | Show all posts
Prickford replied at 23-10-2017 02:32 PM
"Baru-baru ini, Khairy menggesa semua pihak terutama bekas pemain kebangsaan supaya berhenti mengkri ...

kadang2 rs terhibur dgn komen2 kt Socmed tentang J..
mmg org malaysia ni kuat troll betul la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 23-10-2017 02:43 PM
Mmg byk pemain berbakt negeri lain jdt beli.
Tp nk buat camne kan nk salhkn pemain tu takkn la nk t ...

susah nak rebut bila gaji ditawar 4x dari gaji biasa... dan pasukan lain takla kaya mcm jdt....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmm... Langsung takleh dijentik. Uncle Jamal ni hanya luahkan apa yg ada dlm fikiran ramai org tp tak terluah. Tersilap ckp boleh ke dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 23-10-2017 03:02 PM
susah nak rebut bila gaji ditawar 4x dari gaji biasa... dan pasukan lain takla kaya mcm jdt....

Nak buat camne u.
Persaingan.. Sementara masih ada peluang..ni jugak 1 keuntungan untuk mereka yg berbakat.. barulah meriah skit. Xdela sampi berbuln xdpt gaji..kesian dorg.dorg pon cr mkan.

Maybe negeri lain kena kreatif cri duit juga..get their sultan or kerabat to get involve jugak maybe ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 03:12 PM | Show all posts
kalo pemain muda tu tak dpt main utk kesebelasan utama JDT, maknanya dorang tak cukup bagus laa..takkan laa nak turunkan gak dorang main juz for the sake of playing
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
lolita737 replied at 23-10-2017 02:55 PM
kedah kena jaga2..sbb banyak menanam ubi..

Kt baru ni sape ntah pemain kedah diriki2 jdt..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Komen kj tu sombong betul..
Jgn sombong sgt
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 03:15 PM | Show all posts
aku rasa pemain2 tu pun tak kisah letak kat simpanan yang penting gaji masyuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.118222 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list