CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7255|Reply: 61

[Tempatan] Dulu diejek, diperlekeh, kini jutawan

[Copy link]
Post time 23-10-2017 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-10-2017 11:24 AM

Dulu diejek, diperlekeh, kini jutawan

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/275970/dulu-diejek-diperlekeh-kini-jutawan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 7:05 PM

BERNAMA


TUAN Fakarudin memeriksa tangki-tangki anak ikan kerapu hibrid di Pantai Air Tawar.

DARIPADA nelayan akhirnya menjadi jutawan.


Penternakan benih ikan kerapu, hasil gabungan idea kerajaan, penyelidik dan penternak berjaya membuktikan bahawa kehidupan seseorang boleh berubah 360 darjah jika ada usaha dan sokongan secara bersama.


Bertepatan pula apabila kerajaan negeri menyasarkan keperluan ikan sehingga 3 juta tan setahun dengan 80 peratus diperoleh dari laut dan 20 peratus lagi dibekalkan daripada projek akuakultur.


Menerusi tinjauan di sekitar tepi pantai kawasan Kampung Air Tawar di Besut mendapati terdapat ramai golongan muda terutama nelayan menternak benih ikan kerapu secara tersusun dan mendapat sokongan padu ramai pihak.


Seorang penternak Tuan Fakaruddin Tuan Kadir, 38, dari kampung tersebut berkata, beliau bertekad mengusahakan 'sumber kekayaan baru' itu meskipun pernah dilabel 'gila' dan terpaksa menjual bot laut dalam peninggalan bapanya bagi mengubah kehidupan.


"Pada 2007, saya mulakan perniagaan dengan modal hanya RM10,000, saya ternak ikan kerapu liar dan ikan siakap tetapi ikan kerapu liar ni bermusim hanya sekitar November hingga April sahaja.


“Selepas itu saya bertekad untuk mencuba sesuatu yang baru dengan menjalani kursus pembenihan ikan kerapu hibrid di Teknologi Pembenihan Akuakultur Marin (FRI) Tanjung Demong.


"Berbekalkan ilmu dan nasihat dari FRI Tanjung Demong, saya mulakan langkah menternak kerapu, setapak demi setapak saya kembangkan lagi perniagaan menjadi pembenih ikan kerapu hibrid," katanya yang kini mampu menjana pendapatan tujuh angka setahun.


TUAN Fakarudin menunjukkan anak ikan Kerapu tikus (Mouse Grouper) yang juga diternak di Pantai air Tawar. Pembenihan antara Kerapu Kertang dan Kerapu Harimau ini akan menghasilkan ternakan ikan kerapu hibrid. FOTO Bernama


Berkongsi pengalaman, beliau yang mengusahakan penternakan tersebut bersama isterinya Zunainaa Abdul Majid berkata, ketika memulakan perusahaan kerapu hibrid pada 2011, beliau sering diejek dan diperlekehkan masyarakat kampung kerana kekurangan ilmu mengenai aktiviti pembenihan ikan dan kerapu hibrid masih tidak mendapat pasaran meluas ketika itu.


"Awalnya orang kampung cakap kat saya, 'mu ni gile ke apa (kamu ni gila kah), letak 500 ekor ikan dalam 500 liter air, memang jadi baja tanah.


“Memang betul apa yang diorang cakap, ikan itu memang betul-betul jadi baja apabila kebanyakannya mati.


"Saya akui, memang awalnya saya langsung tak ada ilmu dan tak tahu cara-cara pembenihan ikan yang betul tetapi apabila mendapat tunjuk ajar dari Jabatan Perikanan Negeri dan FRI, saya berjaya melakukannya hinggalah menjadi pengeluar benih ikan kerapu hibrid terbesar di daerah ini," katanya.


KERAPU Kertang (Giant Grouper) atau nama sainstifiknya Epinephelus Lanceolatus diternak bertujuan untuk menghasilkan benih induk jantan di Institut Penyelidikan Perikanan di Tanjong Demong. FOTO Bernama


Tuan Fakaruddin berkata, bantuan kerajaan negeri yang menyediakan tanah di sekitar Pantai Kampung Air Tawar untuk diusahakan turut digunakan sebaik mungkin dan selain itu beliau juga mendapat bantuan membina pusat penetasan bernilai RM500,000 dari Jabatan Perikanan bagi membolehkannya menjalankan operasi pembenihan ikan kerapu hibrid.


Tambahnya, proses menghasilkan benih kerapu hibrid agak rumit terutamanya ketika proses persenyawaan telur ikan kerapu iaitu kacukan induk jantan kerapu kertang dan induk betina kerapu harimau bagi menghasilkan kerapu hibrid.


"Awalnya saya hanya mempunyai lapan tangki ikan tetapi sekarang alhamdulillah saya mempunyai lebih 200 tangki yang dibahagikan secara lima fasa iaitu tiga fasa pembenihan dan dua fasa asuhan," katanya yang kini mempunyai 12 pekerja.


Lebih menarik, kejayaan Tuan Fakaruddin bukan hanya memberi limpahan rezeki buat dirinya dan keluarga, malah turut memberi inspirasi kepada 30 penduduk tempatan untuk mengikut jejak langkahnya dengan memulakan projek asuhan benih ikan kerapu hibrid.


Harga dan permintaan benih yang tinggi di dalam dan luar negara menjadikan kerapu hibrid dikomersialkan sama ada di peringkat telur, benih dan ternakan.


PETUGAS Jabatan Perikanan Negeri Terengganu memeriksa induk Kerapu Kertang (Giant Grouper) bagi mengambil benih induk jantan di Institut Penyelidikan Perikanan di Tanjong Demong. FOTO Bernama


Jika dibandingkan ikan lain, kerapu hibrid mempunyai nilai komersial lebih tinggi berbanding siakap dan spesies ikan lain kerana mempunyai ketahanan yang tinggi, hasil tuaiannya lebih cepat, kurang kecacatan dan mudah diternak.


"Sekarang saya turut membekalkan benih ikan untuk asuhan kepada pengusaha tempatan yang lain selain menjual benih ikan ke pasaran di seluruh negara.


“Harga pasaran ketika telur kerapu hibrid mencecah RM6,000 hingga RM10,000 per juta dan harga benih bersaiz empat hingga lima inci pula boleh dijual antara RM5 hingga RM7 seekor," katanya yang mampu mengeluarkan benih kerapu hibrid sekurang-kurangnya 30,000 ekor sebulan.


ANTARA induk betina Kerapu harimau (Tiger Grouper) yang diternak di Institut Penyelidikan Perikanan di Tanjong Demong.


Sementara itu, Pegawai Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Mariam Marip berkata Terengganu yang menjadi pengeluar benih ikan marin utama negara mencatatkan pengeluaran 1.6 juta benih kerapu hibrid pada tahun lalu.


"Untuk kerapu hibrid, jumlah pengeluaran kita masih berada di tahap yang belum mencukupi kerana permintaan yang begitu tinggi ekoran potensi komersialnya yang tinggi iaitu untuk masa sekarang harga pasaran boleh mencecah hingga RM45 sekilogram berbanding ikan siakap hanya RM19 sekilogram.


"Melalui inisiatif kerajaan negeri dan FRI Tanjung Demong, kini lebih ramai penduduk menceburi bidang asuhan ikan kerapu hibrid dan mereka diberikan kursus dan tunjuk ajar mengenai pembenihan dan asuhan ikan kerapu termasuk kerapu hibrid," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 07:27 PM | Show all posts
ni baru btul beniaga bantu keluarga
bukan cm boy reman
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rajin dan berdaya maju mmg senang dpt bantuan, toksah semua pun nak salahkan kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi td akak dengar kat Bernama Radio..interview dgn Tuan Fakarudin ni..sebulan dia blh dpt RM200K..impressed  sungguh akak dengar pengalaman dia dr jd cikgu skolah sementara...pastu jd nelayan..last2 skrg jd tokey benih ikan & ikan tersohor..

Syabas..moga terus maju dan banggakan anak2 Ganu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhh hebat.. lagi membara semangat utk berjaya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini br semangat nak dengar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2017 08:21 PM | Show all posts
aduhh terbayang dah aku kerapu masak stim...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2017 08:22 PM | Show all posts
ciwi1166 replied at 23-10-2017 12:21 PM
aduhh terbayang dah aku kerapu masak stim...

Goreng pun sodaapppppppppppp.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 08:22 PM | Show all posts
ni baru kisah yg btl2 bleh jd inspirasi...
takdela mcm jutawan2 timbang kilo yg kaki penipu & berderet pemuja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2017 08:23 PM | Show all posts
Innrukia replied at 23-10-2017 12:22 PM
ni baru kisah yg btl2 bleh jd inspirasi...
takdela mcm jutawan2 timbang kilo yg kaki penipu & berde ...

Termasuk la niaga MLM lahanat tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Eiii fish...org kaya ja makan fish...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 08:38 PM | Show all posts
kerapu biasa masak apa ek? first time tengok ikan cmtu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2017 08:41 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-10-2017 12:38 PM
kerapu biasa masak apa ek? first time tengok ikan cmtu..

masak stim atau goreng tiga rasa....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:09 PM | Show all posts
EJALTI replied at 23-10-2017 08:41 PM
masak stim atau goreng tiga rasa....

akak rasa ini lah ikan yang kena marah dengan sepupu akak sebab harga mahal tak sangka ikan kulit hodoh pun laris juga.. kalau ikan siakap masak 3 rasa biasa dgr kerapu agak baru dgr.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2017 09:12 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-10-2017 01:09 PM
akak rasa ini lah ikan yang kena marah dengan sepupu akak sebab harga mahal tak sangka ika ...


https://www.google.com/search?q= ... grc=0cYsyPktpnKjUM:

Sodap ahkak...

Kerapu Tiga Rasa
Sudah biasa dengan siakap tiga rasa, bagaimana dengan kerapu tiga rasa yang tak kurang hebat lagi menyelerakan. Jom masak, resepi kerapu tiga rasa!!
BAHAN-BAHAN
– 1 ekor ikan kerapu, 800gram
– 8 biji cili merah – kisar
– 6 biji bawang merah, cincang
– 3 biji bawang putih, cincang
– 2 biji tomato, potong dadu
– 1 cawan air asam jawa
– 2 sudu besar cili boh
– 3 sudu sos tiram
– 2 sudu sos ikan
– Serbuk kunyit
– Daun ketumbar
– Garam, serbuk perasa secukup rasa
– Minyak




Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Good job!!! Best baca inspirasi camni! Kalau rajin, mmg akan berjaya! Respek! And die tak salah guna bantuan kerajaan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
From rags to riches
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-10-2017 09:09 PM
akak rasa ini lah ikan yang kena marah dengan sepupu akak sebab harga mahal tak sangka ika ...

Kerapu ni hodoh tapi rasa sedap. Restoren Cina suka serve ikan kerapu neh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 01:14 AM | Show all posts
Innrukia replied at 23-10-2017 03:22 AM
ni baru kisah yg btl2 bleh jd inspirasi...
takdela mcm jutawan2 timbang kilo yg kaki penipu & berde ...

dan x lupakan jugak dato beli / dato gambo bawah prem / dato gambo depan pagar
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 01:33 AM | Show all posts
Taniah wehhh ..  besar besar ikan kerapu tu ya. Kot esok lusa dia buka kedai makan jual ikan kerapu aii sure nak gi try. Fresh beb!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.077937 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list