CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 996|Reply: 4

parti nyamuk BN x hepi dgn taikor kepit UMNO

[Copy link]
Post time 24-10-2017 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Pemimpin BN Sarawak masih kecewa taklimat PRU14 bertukar perjumpaan Umno



PARA pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak mendesak pemimpin parti dalam gabungan itu bersikap jujur apabila membincangkan mengenai pembahagian kerusi atau hal berkaitan pilihan raya umum akan datang.

Sekiranya mereka hanya mahu memberi tumpuan kepada Umno, maka mereka perlu mengatakannya dengan jelas dan tidak perlu berselindung serta melabelkan perhimpunan itu sebagai acara BN.

Ia susulan rasa tidak puas hati terhadap taklimat jentera pra-pilihan raya BN di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hujung minggu, yang bertukar menjadi urusan Umno.

James Masing berkata semua pemimpin komponen menghadiri mesyuarat kerana menyangka ia akan membincangkan mengenai BN tetapi kemudiannya bertukar kepada hal Umno.

"Bersikap jujurkan dengan apa yang mereka mahu lakukan," kata timbalan ketua menteri Sarawak itu kepada The Malaysian Insight.

"Jika ia untuk BN, yang terdiri daripada 13 parti, hanya berbincang mengenai BN. Beritahu sahaja jika ia mengenai Umno," kata Masing, yang juga presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).

"Jangan bercakap berbelit-belit, kita mempunyai perkara yang serius untuk dibincangkan!"


Selain Umno, perwakilan daripada MCA, MIC, Gerakan, Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko) Parti Progresif Rakyat (MyPPP) turut menghadiri majlis tersebut.

Seorang pemimpin komponen dari Sarawak mengakui pandangan Masing mengenai mesyuarat itu.

"Saya bersetuju dengan pemerhatian Tan Sri James Masing," kata sumber daripada SUPP yang hadir pada mesyuarat itu.

"Ramai perwakilan parti yang hadir mesyuarat itu berharap dapat mengadakan perbincangan lebih mendalam mengenai cabaran dan strategi PRU14.

"Tetapi ketika kami tiba di sana, sesi itu dipenuhi wakil Umno. Ini satu kejutan kepada parti komponen lain kerana bilangan wakil daripada parti lain adalah terhad.

"Selain itu, latar belakang di atas pentas adalah yang paling mencolok, hanya menunjukkan jawatan tertinggi Umno. Tiada parti komponen dijemput untuk memberi pembentangan atau input," kata ahli SUPP.


Ahli kanan PBB, yang enggan namanya disebut, berkata Umno harus lebih sensitif terhadap perasaan parti komponen.

"Mereka tidak sepatutnya membuatkan kami berasa seolah-olah berada di sana hanya untuk mencukupkan bilangan," katanya.


PBB adalah parti yang dominan di Sarawak yang menguasai 45 daripada 82 kerusi negeri. Ia terdiri daripada kaum Melayu, Melanau, Dayak dan Orang Ulu.

"BN terdiri daripada banyak parti komponen. Apabila perjumpaan antara parti BN, cukuplah dengan menggunakan logo BN dan gambar perdana menteri untuk mencerminkannya sebagai ketua gabungan, jika meletakkan gambar semua pemimpin parti komponen yang lain adalah sukar.

"Jangan memaparkan hanya pemimpin Umno kerana ia boleh mewujudkan perasaan tidak puas hati di kalangan parti komponen BN yang lain," kata pegawai kanan PBB itu.

Presiden SUPP, Dr Sim Kui Hian; Setiausaha Agung PDP, Anthony Nogeh; dan pemimpin PBB yang menghadiri taklimat itu enggan memberikan komen ketika dihubungi.

The Malaysian Insight juga cuba menghubungi pihak BN Sabah, PBS dan Upko, tetapi mereka enggan mengulas.

Sementara itu, Naib Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau berkata beliau tidak terperanjat semasa mesyuarat itu.

"Saya tidak menganggap mereka pemimpin Umno, hanya sebagai pemimpin BN," katanya ketika diminta mengulas dakwaan Masing yang parti komponen BN diketepikan pada mesyuarat hujung minggu lalu.

"Ia seperti sesi perkongsian pengetahuan. Jika ia sesuai dengan parti komponen secara individu maka kami akan mengikutinya, jika tidak, kami akan memberi maklum balas.

"Ia sudah hampir dengan pilihan raya. Seluruh jentera BN terpaksa bergerak ke arah yang sama. Setiap orang harus ingat matlamat utama kita ialah memenangi pilihan raya." – 24 Oktober, 2017.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2017 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ko nak melawan taikor pastikan rekod kau bersih..kalau ada skandal/rasuah sini sana rentikanlah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing ni tak takut kena serbu SPRM ke...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 09:56 PM | Show all posts
alahhh sembang je ni nk dekat PRU kan acah acah rebellious .... bukannya umno minta masuk sarawak pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tak lama lagi kita bakal lihat skandal percutian Masing di pulau Bali...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.058049 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list