Sekurang-kurangnya, 30 pekerja maut manakala 32 cedera dalam kebakaran dan letupan sebuah kilang mercun di Indonesia pada 9 pagi waktu tempatan.
Memetik laporan Reuters, stesen televisyen swasta tempatan turut menyiarkan kejadian menunjukkan kepulan asap hitam tebal dari sebuah kompleks perindustrian di daerah Tengerang, barat Jakarta.
Menurut saksi, ketika kejadian terdapat dua letupan kedengaran dimana letupan pertama pada sekitar jam 10pagi, letupan satu lagi kedengaran tiga jam kemudian.
Kedua-dua letupan terlalu kuat sehingga mampu didengari biarpun berada beberapa kilometer dari tempat kejadian.
Detik.com melaporkan, Ketua polis Tangerang, Harry Kurniawan berkata, mayat mangsa ditemui oleh pegawai ketika memasuki gudang kilang tersebut.
Paparan gambar gudang PT Panca Buana Cahaya Sukses jelas kelihatan asap tebal dan kawasan sekeliling dipenuhi habuk.
Dilaporkan, kilang tersebut baru beroperasi hanya dalam tempoh dua bulan sahaja.
BBC pula melaporkan, pengarah siasatan jenayah, balai polis Jakarta, Nico Afinta berkata terdapat seramai 103 pekerja bekerja di dalam kilang tersebut.
43 orang yang mengalami kecederaan telah dihantar ke tiga hospital untuk rawatan manakala 23 mangsa yang lain turut berjaya ditemui.- CARI