View: 2587|Reply: 22
|
[Tempatan]
Pembantu rumah boleh diambil tanpa ejen
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Menyedari beban kos ditanggung isi rumah bagi penggajian pembantu rumah asing, kerajaan kini memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata selain itu, majikan juga boleh memohon visa pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen secara dalam talian dengan bayaran levi dan yuran pemprosesan seperti kadar sedia ada.
“Pada masa ini kos keseluruhan membawa masuk setiap pembantu rumah boleh mencecah RM12,000 hingga RM18,000,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.
Justeru, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya ia dapat dikurangkan pada masa depan.
Dalam pada itu, kerajaan mengumumkan 2018 sebagai tahun memperkasa wanita dengan melaksanakan beberapa langkah, termasuk mewajibkan sekurang-kurangnya 30% wanita dalam keahlian lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta badan berkanun sebelum akhir 2018.
Najib berkata selain itu, tempoh cuti bersalin mandatori bagi swasta dicadang dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari seperti yang telah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.
Beliau mengumumkan peruntukan RM20 juta untuk program latihan dan keusahawanan wanita antaranya PEAK Entrepreneur Programme menerusi MyWin Academy.
“Bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja, kerajaan mencadangkan layanan pengecualian cukai pendapatan individu disediakan ke atas pendapatan diperoleh dalam tempoh 12 bulan berturut-turut kepada mereka selepas tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun berhenti kerja,” katanya.
Najib berkata pengecualian tersebut layak dituntut bagi tahun taksiran 2018 hingga 2020. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lg bisnes yg bakal bungkus...... |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka ejen
Selama ni kemain lg berpakat dgn bibik suruh buat masalah dgn majikan, suruh ditukar2 bibik stp masa dgn additional cost, skang padan muka dah takde bisnes |
|
|
|
|
|
|
|
diversity agent pembantu rumah banyak. boleh jadi agent cari kerja kilang, agent topup, dan mcm2 agent.
anything kt malaysia ni possible bolehland |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 28-10-2017 11:20 AM
diversity agent pembantu rumah banyak. boleh jadi agent cari kerja kilang, agent topup, dan mc ...
Slalu cina yg wat cmni. Amek pmbantu unah pastu jaga kedai mlm jaga umah sblom g kjer jaga kedai kemas umah |
|
|
|
|
|
|
|
@kampring klu ada perempuan indon di kampungmu mau jadi bibik tolong nelfonku |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama nk ambik pembantu dr kemboja.cari sendiri melalui kenalan disane.memang kena lateh berbahasa dan kemahiran bekerje.yg penting boleh perform dan tk byk kerenah. mcm bibik seberang sane |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga majikan M'sia tidak akan cepat teruja untuk mengambil bibik secara langsung/direct, person to person, hanya dgn khabar bahawa mengambil Indonesian helper secara direct dpt mengurangkan biaya. It is all indah khabar dari rupa n do not forget majikan juga boleh tertipu. Jgn nanti sudah dibayar juta2 (Rp lah), diclaim oleh agent di sana "bibiknya enggak jadi datang Pak". This is all because M'sian employers still have to deal with their agents n still no guarantee to get a reputable one. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadinya siasat latarbelakang samada perampok ke, pembunuh ke atas tanggungjawab majikan lah ye. Penyakit satu lagi. Ramai yindon maid ni recycled. Mana dah pernah jadi gro, pelacur lepas lari dari majikan banyak penyakit kelamin, tibi dsbnya. |
|
|
|
|
|
|
|
9 negara sumber tu apa ye.. sbb biasanya yg populer.. yindon, pinoy. myanmar, kemboja, bangla.. lima ni je..
|
|
|
|
|
|
|
|
abang pilih yang mana?
perawan
atau
janda
perawan memang menawan, janda lebih menggoda........
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 28-10-2017 11:20 AM
diversity agent pembantu rumah banyak. boleh jadi agent cari kerja kilang, agent topup, dan mc ...
dan 'double agent...' |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 28-10-2017 05:32 PM
Semoga majikan M'sia tidak akan cepat teruja untuk mengambil bibik secara langsung/direct, person t ...
Jgn lupa minta nasihat DTL kalo bab bibik indon ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong jgn amik yg suka 'mengklaim' ya..... |
|
|
|
|
|
|
|
I nak let go bibik tahun depan.
Dah kalau takde agen, terpaksa la hantar dia balik indon terus.
Kasihan bibik... dia nak kerja lagi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pengalaman dgn bibik2 Indon ni ramai yg sudah terkena, ramai majikan yg sudah kerugian, menyisakan rasa kesal yg amat sangat kerana mengambil mereka. Sudahlah biayanya mahal sedangkan pulangannya tidak berbaloi. Pandai berbohong, tidak jujur, menipu dn mencuri, shnga terkesan seolah2 menjadi identiti kpd para tkw di sini. Bukan tak ada yg baik tetapi lebih ramai yg tidak baik. Nowadays, most of them menjadikan pekerjaan maid hanyalah batu loncatan untuk masuk ke M'sia tetapi bila ada kesempatan mereka akan chau tanpa memikirkan kerugian yg ditanggung oleh majikannya. Mereka akan bertahan mungkin selama 3 bulan pertama shj, lepas itu mulalah buat perangai. There is no such thing as to be loyal to their employers n they will take advantage when the chances strike. Nak ambik yg tua, sabar ajelah nak ajar mereka cara2 bekerja. Nak ambik yg muda pula, awas ya ibu2 M'sia...... Silap hari boleh . Cerita ttng bibik dgn para majikan di M'sia is a never ending storey.
|
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 29-10-2017 12:39 AM
I nak let go bibik tahun depan.
Dah kalau takde agen, terpaksa la hantar dia balik indon terus.
Ka ...
Bibik u nak balek ke Indonesia kerana dah habis term ke or that u dah tak perlukan bibik lgi? Better for her to be sent home but do not pass her to others. Takut tak berjodohan dgn majikan baru.nanti. Boleh je u hntr dia balek on your personal effort but make sure u cancel her permit d immigration offis bringing along the return air ticket. Kalau dia ada duit gaji nak bawa balek, transfer siap2 2 her acc bank di Indonesia. Jgn bawa duit utuh takut nnti dia menjadi mangsa penipuan sejak di airport lgi. Knowing that she jusr came back from M'sia, officer kat airport sane will trap her n say that her permit is false n hold her in unless she pay some amount of money. Just let her bring certain amount, enough for tambang n makan semasa perjalanan. Inform too her family kat kg sane n have someone to receive her n take her home. Kalau biarkan dia naik travel kemungkinan tak selamat esp kalau kg dia jauh, perjalanan menempuh malam. Pura2 driver sarankn tidur di hotl atau mane semata2 nak cari kesempatan merompak duit dia. Such insiden dah banyak terjadi to tkws yg balek dri luar negara. Just take precaution supaya bibik u selamat smpai rumahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 29-10-2017 02:37 AM
Bibik u nak balek ke Indonesia kerana dah habis term ke or that u dah tak perlukan bibik lgi? Bett ...
I yang dah tak nak bibik lagi.
Thn depan cukup la 8 tahun dia kerja dgn kami.
Selama 8 tahun ni, 3 kali dah bibik balik Indon..
Mmg duit kami siap2 hantar ke sana, cash kt tangan tak sampai rm100 pun.
Barang lain semua hantar kargo...
Bibik masih lg nak kerja, kami rancang hari tu nak cancell permit dia & serah pd agen yang kami ambil dia dulu kalau ada majikan yg nakkan bibik.
Kiranya urusan dgn majikan baru tu dengan agen, bukan dengan kami.
Dah kalau tak perlu agen lagi, dah takde la arrangement mcm yg dirancang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|