CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BatikBirkin

Kisah/Pengalaman Ber urut. (Susahnya cari tukang urut wanita/lelaki yg Tak ada &

  [Copy link]
Post time 31-10-2017 01:37 PM | Show all posts
BatikBirkin replied at 31-10-2017 12:03 PM
Ada benda follow? Sejenis misteri jugak statement tukang urut muda dan ceria tuh.
Maybe sebab d ...

Tak pulak, dia ni macam takde misteri langsung. Ceria lagi ada. Kalau topic perbualan, general aja. Kadang-kadang macam BBNU pun ada. yang penting tak menyampah lah dengan dia. Best urut kepala, meletup-letup bunyik.

Dan everytime datang urut, dia pasti akan tumpang solat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 04:11 PM | Show all posts
BatikBirkin replied at 30-10-2017 06:19 PM
Samalah kita, kalau aku...berbual kosong pun kalau boleh taknak masa di urut. Tapi yg penah kena m ...

Memang stress je kalau time facial, yang therapist tu sibuk nak sembang.
tapi pengalaman iols lak, orang sebelah iols yang bising. dok teradeh adeh masa orang dok picit jerawat.
dah tau diri tak xtahan sakit, yg gi facial gak nk buat apeeeee.... habis Me time aku!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 04:16 PM | Show all posts
Pernah pergi mengurut dulu, dengan sorang makcik ni.
3 kali pagi pergi mengurut dengan dia.
Pagi last yang pergi tu, dia offer kat iols nak bagi ilmu husband sayang ..
Terus rasa tak sedap hati
balik cerita kat mak, memang terus mak tak kasi pergi mengurut dengan makcik tu dah..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak salah seorang tukang urut di KL ni..tapi akak cover area putrajaya, seri kembangan, puchong dan kawasan yang berdekatan. 100% confirm xde khadam...akak ler khadam yang berhempas pulas mengurut dengan mengunakan kudrat tulang 4 kerat & berbekal ayat2 suci Al Quran...sambil mengurut zikrullah dan mengaji dik...tapi tak dinafikan ada juga tukang urut yang ada unsur2 mistik ni...tak ramai tapi masih ada...kalau nak tukang urut yang bebas khadam boleh lah pm akak..in sha Allah akak boleh rekomen...tapi utk kaum wanita sahaja yer...kerana kami ni tukang urut tradisional muslimah...kami x guna jampi serapah tapi guna bacaan ayat2 suci Al Quran dan selawat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 32kW at 31-10-2017 05:33 PM
Catpaw replied at 30-10-2017 10:36 PM
Tanah kubur   then apa jadi, sambung la cerita hehheh


Ok i sambung.. sorry semalam i demam, sakit sakit sendi..

Sebenarnya antiklimaks sikit citer i ni sebab lepas i jumpa cikgu tu i balik rumah sendiri. Masa urut husband outstation i cuti balik kampung, so habis cuti i balik rumah sendiri. Cerita dengan husband pasal cikgu tu minta tanah kubur & baju basahan terus dia tak kasik buat. So i pun tunggu jelah next time nak balik rumah mak i lagi.

About 2 months kot i x balik kampung. Ada satu weekend tu i cakap dengan husband nak makan breakfast buffet kat hotel, sunday nak pegi the curve. Masa tengah sedap makan meatball kat ikea tu tetiba rasa pening tak boleh makan. I boleh minum air gas je. Balik tu terbaring je. Esoknya i tak pi kerja, hari selasa masih tak improve terus ajak husband pegi hospital. Jumpa doktor beritau i tak boleh makan, perut rasa tak selesa, pening bagai semua. Dr suruh masuk drip air sebelum tu kena check upt dulu. Masa tengah drip tetiba nurse cakap tahniah, puan mengandung. I punyalah terkejut sampai speechless ya hamattttt, macam dalam drama sebab sangat unwxpected sampai nurse tu ingat unwanted pregnancy ke hapa hahah..

So sebenarnya i tak sempat pun berubat dengan cikgu tu. lepas i pregnant i dah jarang sangat kena sleep paralysis. Padahal betul2 before pregnant, i kena banyak kali dalam satu malam kat tumah sewa i dulu tu. I dah kurang marah2 husband & adik2. Sampai sekarang kurang sakit kepala & sakit kat point tulang belikat tu dah hilang langsung. So i suspect i susah nak pregnant bertahun2 kahwin mungkin dalam badan ada yang menumpang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
BatikBirkin replied at 30-10-2017 08:55 PM
Sleep paralysis ni agak scary juga kan. Tapi ada orang yg i kenal tahap boleh tengok jasad sendiri ...

Ha'ah chuolss, sebab tu i takut tido sengsorang tau. Tapi kawan u tu lagi teruk. Padanlah dia letak tangan dalam mulut masa tidur.

I kena first time masa darjah 6 kot rasa astral projection eh, rasa badan terapung2 sampai siling. Then lepas tu selalu kena dari i anak dara sampailah dah kawen. Tapi takle ada out of body experience macam first time kena. Dah kawen kurang sikit. Tapi still ada. Paling tak best masa dok asrama dari form 1 sampai form 5. Rasanya dah beratus2 kali kot kena. Lepas pregnant first baby lepas bertahun2 kahwin baru sangat kurang kena. Setahun sekali pun susah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2017 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
BatikBirkin replied at 31-10-2017 11:56 AM
Kalau badan kau sakit masa lepas urut tu, lenguih atas bawah..sama ada budak spa tu tak reti mengu ...

Kalau badan lebam2 lepas kena urut camne pulak ek... ada kawan i kat office ni urut i sampai lebam. Tangan dia kuat giler.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
zeed replied at 30-10-2017 01:32 PM
Saya mmg urut dgn sorang makcik indon di kajang sebulan sekali. Byrn seikhlas hati. Takde yg musykil ...

Yg urut 2-3 orang normally tukang urut yang xde pendamping...guna kudrat sendiri...penat wey urut orang ni..klu ada tukang urut claim boleh urut berbelas orang sehari..dikhuatiri ada ehem ehem...ker dia keturunan badang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
BatikBirkin replied at 31-10-2017 11:56 AM
Kalau badan kau sakit masa lepas urut tu, lenguih atas bawah..sama ada budak spa tu tak reti mengu ...

Kalau yang tak biasa urut mmg badan rasa lenguh2 selepas diurut..kalau tukang urut yang mahir dia akan tanya dulu pada customer pernah kena urut ker tak..kalau jarang dinasihatkan minum air sebelum dan selepas urut...kadang2 ada yang lepas diurut badan dia penuh lebam...itu samada tukang urut tak mahir atau dia mistik nusantara..hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
BatikBirkin replied at 31-10-2017 12:03 PM
Ada benda follow? Sejenis misteri jugak statement tukang urut muda dan ceria tuh.
Maybe sebab d ...

Tak semestinya dia ada pendamping..kemungkinan hijab dia terbuka atau 6th sense...ada tukang urut yg Allah bagi dia kelebihan sebegini..cuma dorang ni boleh nampak tapi jarang yang boleh merawat..normally dorang suruh customer pergi berubat di pusat rawatan islam...as for me...akak takde kelebihan apa2...akak tau mengurut jer...org yg ada kelebihan ni selalunya dorang teruk diuji...ada yg sakit sampai lumpuh sebelum nak dpt ilmu ni...akak tak nak tu semua...takut weii...tengok citer hantu kat tv siap tutup muka ngan bantal..ini kan pulak tengok secara live...ya hampunnn
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 08:56 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 31-10-2017 08:57 PM

First time tengok orang mengurut dulu masa student,
Time tu ada kawan yg suka sangat panggil sorang makcik ni datang mengurut
Time mengurut tu,makcik tu asyik sendawa je
Makcik tu sambil ngurut sambil pot pet pot pet
Sekali habis mengurut kawan tu,  makcik tu cakap

"Ha, kamu! Mai makcik urut."
Aku tercengang. "Saya??"
"Ya! Kamu lerr!"
Aku teragak2 sebab aku tengok muka makcik tu macam pelik.
"Err..takpa la makcik. Saya okey ja. "
"Eh kamu takut ka? Korang semua ni kena berurut. Rumah ni banyak jin asyik. Tu pasai la korang lebam- lebam!"
Aku time tu terus je pandang member sebelah. Kami 3 orang.
Aku terus cabut masuk bilik. Memang la ada lebam2 kat tubuh aku sebab sehari sebelum tu aku jatuh motor, dengan motor sekali masuk longkang besar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2017 09:33 PM | Show all posts
Ipo replied at 31-10-2017 08:56 PM
First time tengok orang mengurut dulu masa student,
Time tu ada kawan yg suka sangat panggil sorang ...

Tapi kan, bercakap pasal jin asyik ni...aku pernah melalui pengalaman yg tak tau macamana nak explain, kira kira 2 saat . Benda ni jadi dah lama sangat...lebih kurang 6 thn lepas gitu. Lepas kejadian, aku tak ada pula ngadu kat perawat..cuma ngadu kat besfren jek sebab nya kebetulan kawan baik tido rumah, sebabnya keesokan tu kitaorang cadang nak pergi majlis nikah our other fren sekali. Kira nak bertolak sekali dan sekereta lah.
Cerita nya gini...aku ni dulu memang gemar sgt mandi malam. Mandi air panaih lee. Kekadang berendam dalam bath tub lama2, masa tu masih noob lagi pasal hal2 berkaitan mistik ni. La ni baru le tahu tak elok berlama lamaan dalam tandas dan kalau nak mandi shower ke apa di sarankan pakai kain basahan/kemban gitu.

Nak di jadikan cerita, aku dgn besfren aku memang peminat tegar potpuri, aromatherapy oil segala , termasuk scented candle. 2-3 hari sebelum tu aku ada la beli scented candles yg gemok2 pendek tu, ada 3 biji aku letak dalam bathroom...dan dan pulak dekat2 tgh malam tu lepas ralit bercerita dan asek la postpone nak mandi...aku pun kate kat besfren aku, tunggu kejap nak mandi. Before masuk bathroom tu, gatai pulak pi off lampu dan nyalakan lilin2 aromatherapy tu. Maka suasana jadi kelam kelam oren gitu. Yg aku nampak masa tgh shower tu standard lah...bayang2 sendiri.

Tengah2 aku shower tu, ntah kenapa macam aku rasa meremang dan 'bahang'. Tapi takpelah, sebab aku bukak hot shower kan. Yang tak bestnye, demi je aku angkat kepala, serentak tu juga lah aku rasa ada bayang2 besar tengah 'baru mula' nak peluk aku dari belakang. Yang kesial nya pulak...aku rasa tangan dia tersentuh pinggang aku! Yang aku nampak (melalui bayang2) tu bentuk dia ...lelaki tinggi , tinggi dalam 6 kaki, badan sasa dan botak! Aku spontan menjerit k...kawan aku kat living room pun terus bergegas masuk master bedroom. Aku masa tu dah menggigil keluar dengan paniknya. Dia just suruh aku bertenang dan dia bising jugak la dengan habit aku yg suka mandi malam. Menurut mak dia kat kampung, sebelum maghrib dah kena mandi...dan kalau sapa suke mandi malam, senang le badan lebam2 mlam kene cubit. Ntahhhnyeee.

Itu kira jin asyik ke? Macam haram tumpang tandas pompuan nak mandi sekali!

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 11:50 PM | Show all posts
BatikBirkin replied at 31-10-2017 09:33 PM
Tapi kan, bercakap pasal jin asyik ni...aku pernah melalui pengalaman yg tak tau macamana nak expl ...

Entah lerr ,mungkin jugak sebab jin asyik ni suka tengok tubuh perempuan.Jadi kalau mandi tu, kena pakai kain basahan
Duk rumah, jangan duk seksi menyeksi
Ada 'mata' yang memerhati
Gitu lah yang aku dengar..
So,in your case,maybe la kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:35 PM | Show all posts
BatikBirkin replied at 30-10-2017 02:29 AM
Maknanya adakah tukang urut yg ada pendamping ni bila dia mengurut, seolah2 tubuh org di urutnya t ...

meols penah call satu tukang urut ni..nombor amik kat pokok tepi jalan..kata urut tradisional..call bunyi makcik jwb..so meols tanya alamat, nk p berurut, so dia cakap.".somi ke nak urut.."meols jwb la,,"knape somi plak..saya lah nak urut.".mkcik tu kata..'maaflah dik, makcik urut lelaki jah"terkedu saya..cepat2 letak fon..n buang no tu..mana tau hubby meols jumpa..siap dia pegi menurut mak cik tu plak..uishh ada ke cenggitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:09 AM | Show all posts
BatikBirkin replied at 30-10-2017 06:27 PM
Kalau dah indon kan....istilah 'ilmu putih' tu biasa pada dorang. Ada satu pusat rawatan dekat2 dg ...

Assalam sis..kat mana tu? boleh share loc tak sebab saya pun dekat area2 situ.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:13 AM | Show all posts
Lolalala replied at 30-10-2017 07:27 PM
Makcik tu duduk Selayang Mutiara. Kalau ada yg berminat nak no boleh la PM i

nak sis. share dgn i...skrg ni sy tgh mengandung. rasa sakit di bawah mcm baby turun sbb saya suka berjalan laju. kalau dpt tukang urut pandai, nak juga cari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2017 01:31 PM | Show all posts
pernah urut dgn org indon kat padang jawa.. masa datang pertama tak de pa pe.. lepas 2 tu kdang bila borak2.. dia cakap semalam saya mengurut 6 orang sampai pukul 3 pagi.. alamak... takutnya... lepas tu jumpa seseorang dia soh call dan cakap saya nak yang haq je yang batil saya pulang kan.. .takut benda menumpang... tapi yang cis nya.. mengurut kat kampung suami.. ngurut pakai sabun pun ada .. ngurut pakai kaki je pun ada.. dia pijak2.. sebab dia kata tangan dia tak kuat... mcm2 kan... iol nak cari orang yang boleh urut saraf la... sakit badan sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 01:45 PM | Show all posts
aku pernah pegi satu tempat urut tradisional...tukang urut tu cakap aku ni "gatal"..siap tanye nak kunci ke tak urat gatal tu...hahhahahahhahaha....part yang paling best..masa dia ator urat kat  pinggang...dia tanye,aku sembelit tak..aku bgtau la aku memang sembelit....best lah masa urut tu...terasa lah dia main2kan urat..perbetulkan urat...
esok nye,aku berak..ok..lancar..tahi pun panjang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 07:28 PM | Show all posts
BatikBirkin replied at 31-10-2017 09:33 PM
Tapi kan, bercakap pasal jin asyik ni...aku pernah melalui pengalaman yg tak tau macamana nak expl ...

jin kalau dah birah cmtu dik. bukan semua jin suka manusia. tp sebagai manusia tak nampak jin kita hadang halang dia daripada dekati kita. adk baca ayat yasin 9 niat azab jin tu. ayat tu tak bawa apa2 hanya amalan ibadah usaha, niat tawasul minta pertolongan Allah dan biasa nya menjadi dan badan akan rasa lega.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 07:33 PM | Show all posts
32kW replied at 31-10-2017 05:45 PM
Ha'ah chuolss, sebab tu i takut tido sengsorang tau. Tapi kawan u tu lagi teruk. Padanlah dia leta ...

kalau ikut ilmu sains istilah nya cmtu.

ikut kefahaman kaka ada dua option berlaku :
>memang betul roh keluar, wallahuallam ( tak pernah tahu lagi kecuali ilmu raga sukma which is akak tolak)
>atau gangguan jin semasa tidur sama ada u punya otak synchronize dengan mata jin, bila synchronize jin tu yang keluar daripada badan dan hempat u.. sebab jin mampu bertenggek kat otak sampai kerasukan dan mampu buat orang jadi gila.

dulu pernah dpt petua,kalau kena hempap tak mampu baca ayat suci alquran atau roh nak terkeluar gerakkan ibu jari kaki sekuat kuatnya nanti anggota badan lain yang paralize mampu bergerak..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.397121 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list