CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4707|Reply: 14

[DUNIA] Gadis Menguji Kesetiaan Rakan Dengan Menyuruh Teman Lelakinya Untuk Menggodanya,

  [Copy link]
Post time 30-10-2017 03:02 PM | Show all posts |Read mode


Seorang gadis mungkin telah membuat sebuah keputusan yang paling bodoh sekali yang bakal membuatkannya menyesal seumur hidup setelah dia meminta teman lelakinya untuk menggoda rakan baiknya.





Kelsey yang ingin menguji kesetiaan rakan baiknya Britney telah meminta teman lelakinya, Sam supaya berpura-pura menggoda Britney yang memang terkenal dengan sikapnya yang flirtatious itu.
Kelsey memberitahu yang Britney merupakan seorang sahabat yang tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya yang mudah tertarik dengan lelaki yang sudah mempunyai teman wanita dan setakat ini, kesemua lelaki yang pernah keluar pernah dengan Britney telah pun berpunya.
Bagi menguji hipotesisnya itu, sebuah pertemuan telah diatur khas untuk Sam dan Britney. Semasa Sam dan Britney sedang leka berbual di sebuah kafe, Kelsey memerhatikan aksi mereka dari jauh dan segala aksi ini telah dirakamkan oleh kamera tersembunyi.
Topik perbualan antara Sam dan Britney dimulakan dengan majlis ulangtahun Britney. Sam bermula dengan memberikan pendapat tentang sebuah hadiah atau meraikan dengan majlis yang istimewa.
Britney kemudiannya berkata;
“Kau tahu aku sangat suka kan kau, aku harap aku boleh bertemu dengan lelaki seperti kau”
Sam menjawab;
“Aku sekarang berniat untuk berputus dengan Kelsey. Jika aku putus dengannya sekarang, kau sudi menjadi teman wanitaku?”


Sejurus selepas itu, Sam kemudiannya telah dilihat mencium Britney seperti pasangan kekasih. Berang dengan aksi mereka ini, Kelsey kemudiannya telah menghubungi Sam bagi mendapatkan penjelasan.

Sam tidak dapat menerima apabila disalahkan oleh teman wanitanya itu dan berkata;
“Bukankah ini yang kau inginkan? Kau memang sengaja buat ini semua untuk kami berduakan?”
Kata-kata kasar pun mula timbul antara mereka berdua. Akhirnya hubungan mereka berdua telah diakhiri dengan perpisahan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2017 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mmg suruh test mcm tu kan..
Bf dia pun bwk watak dgn baik lah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 04:13 PM | Show all posts
Kesian kesley. Takpe cari je laki lain
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 04:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 02:27 AM | Show all posts
Kalau rasa takleh tahan drama, jangan buat. Ni tak pasal2 jek. Kalu betul2 sam and britney tu jadi couple tak pasal2 ko ilang boyfriend and best friend
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 08:09 AM | Show all posts
hahahaa.. mendapat la ko dekkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2017 04:05 PM | Show all posts
Sendiri yang bagi can buat hapa
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 04:56 PM | Show all posts
haaa..tercapai pun impian..buat lagikkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 04:59 PM | Show all posts
amek ko nak sangat
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 05:05 PM | Show all posts
best boipren dia boleh 3some
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 11:52 PM | Show all posts
stage ajala
nk dpt hits yt

klu byk hits, dptla generate income iklan
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2017 08:43 AM | Show all posts
padan muka. mendapatlah ko.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2017 12:03 PM | Show all posts
tanah seberang pun byk buat progm mcm ni.. mcm bodo jer tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 09:36 AM | Show all posts
cmni pomboleyy..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 11:15 AM | Show all posts
laki laki tu pon bukan ensem pon carik lain jek, agaknya bf dia pon dalam diam minat kat best friend dia kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.142223 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list