CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8626|Reply: 93

[Tempatan] Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dihayun, ditampar dan ditendang oleh wanita

  [Copy link]
Post time 31-10-2017 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 31-10-2017 07:11 AM

Kecoh Wanita Hayun Budak!
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/10/31/ibu-pukul-anak/

Diterbitkan: Selasa, 31 Oktober 2017 11:26 AM


Paparan skrin daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan perbuatan seorang wanita mengasari seorang kanak-kanak. - Facebook

PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita mengasari seorang kanak-kanak dipercayai berumur sekitar lima tahun mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen selepas ia tular pada malam Isnin.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran mesin pengimbas tiket tren di sebuah stesen, namun lokasi sebenar kejadian tidak didedahkan.

Rata-rata netizen menyelar perbuatan wanita tersebut yang berulang kali mengasari kanak-kanak malang itu apabila dia dilihat menampar, menghayun dan menendangnya.

Seorang pengguna Facebook, Nor Shamimy berkata, wanita tersebut bertindak demikian berkemungkinan kerana mempunyai masalah peribadi.

"Itulah orang semua nak salah ibu... bapa mana bapa? Kamu mana tau dia ibu tunggal dengan letih ke hulu hilir.

"Cari rezeki lagi, keluarga tiada nak beri sokongan," tulisnya di ruang komen.

Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Sementara itu, Fauziah Zie Madrasah pula berkata, kanak-kanak itu kelihatan nakal dan menyebabkan wanita tersebut berasa tertekan.

"Mak dia mungkin banyak masalah. Tengok mak dia dengan barang banyak nak dibawa dengan anaknya nakal sangat.

"Cuma, cara dia kasar sangat. Kalau tarik elok-elok, pujuk, mungkin boleh dengar kata budak itu."

Orang awam seolah-olah membiarkan kejadian itu berlaku di hadapan mereka.
Bagaimanapun, seorang lagi pengguna, Eija Haiza tidak bersetuju dengan tindakan wanita tersebut dan beranggapan bahawa seorang ibu tidak akan memperlakukan anaknya sebegitu.

"Jangan nak sokong sangat la kelakuan perempuan yang dera anak tu. Ini jenis manusia yang lupa anak itu amanah Allah.

"Seorang ibu tidak akan memperlakukan anaknya sebegitu. Ini jenis manusia takde iman. Syaitan beraja dihati," ujarnya.

Melalui video berdurasi 1 minit 33 saat itu, kelihatan wanita terbabit turut menggalas beg belakang dan plastik besar ketika ingin melepasi mesin pengimbas tersebut.

Orang awam yang lalu lalang di kawasan itu dilihat tidak mencampuri urusannya dan tidak cuba menghalangnya daripada mengasari si kecil berkenaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 03:16 PM | Show all posts
apa2 alasan pun x men'justify'  mak   buat anak macam tuh ..
dah memang  nampak mak buat anak .. masalah dalaman tuh kene laaa siasat
tp  yg pukul depan mata tu mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 03:17 PM | Show all posts
esok2 dia pulak buat mak dia depan khayalak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 03:24 PM | Show all posts
palmolive replied at 31-10-2017 03:17 PM
esok2 dia pulak buat mak dia depan khayalak

aah... time mak dia dah tua, tak larat...
sedihnya. baya anak saya tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 03:25 PM | Show all posts
AznieBunnie replied at 31-10-2017 03:24 PM
aah... time mak dia dah tua, tak larat...
sedihnya. baya anak saya tu...

saper ada anak paham la
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
lihatlah betapa ignorancenya rakyat msia sekarang ni..

tak ada rasa menolong lansung..

what if jika budak tu sebenarnya diculik dari org lain??? dan pura2 katanya anak sendiri?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2017 03:29 PM | Show all posts

betul.

harini baca byk topik mengundang kemurungan. mak lacurkan anak 8, 10 tahun la.
mak tendang anak la.

why? why? why?

*nangis
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 03:31 PM | Show all posts
Tekanan hidup yang melampau boleh membuat seseorang tu hilang pertimbangan dan bertidak sebegitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kawan aku punye pengalaman. die tegur sorg mak ni paksa2 anak buat keje sekolah, kat shopping mall kot. kawan aku tegur la, xyah la paksa budak tu xmo buat, boleh plak mak die cakap, budak ni memang kene paksa, tp bawak kt shoppimg mall dah kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 03:35 PM | Show all posts
degil sgt ke anak tu sampai kena berkasar camtu?
aku pernah jer tgk bebudak dlm tren yg nakal yahamat & then mak/pak budak tu tampar muka anak tu.
pada aku degil camner pun anak tu jgn la dok tampar dpn org ramai..
aku nak tegur, takut aku plak yg makan penampar.
kalau aku jd mak/pak budak tu, aku letak jer ibu jari & jari telunjuk kat perut or peha and kasi pusing 90 degree. kalau degil gak lg.. tambah lagi 90 degree..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 03:50 PM | Show all posts
mana video?

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar lah anak dia.....kita ni bukan orang berkepentingan mengikut undang2 dek....so tak payah menyebok.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 04:09 PM | Show all posts
koko2 replied at 31-10-2017 03:29 PM
lihatlah betapa ignorancenya rakyat msia sekarang ni..

tak ada rasa menolong lansung..

aduhhh,,Mesia dah sekufu ngan PRC..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 04:12 PM | Show all posts
akuMNdia replied at 31-10-2017 03:35 PM
degil sgt ke anak tu sampai kena berkasar camtu?
aku pernah jer tgk bebudak dlm tren yg nakal yaham ...

anak anak ni ada  banyak jenis

kadang ada budak mak bapak jeling pun dah takut,tapi kes ni aku rasa jenis melawan sebab tu mak budak tu pun hilang sabar


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 04:15 PM | Show all posts
tolong rakam je pandai kan. What's wrong with you people!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 04:20 PM | Show all posts
Allah anugerahkan anak2 kepada ibubapa beserta kerenah mereka yang nakal dan sangat2 menguji kesabaran. Beruntunglah mereka yang dapat menahan sabar mendidik anak2 dengan lembut dan penuh kasih sayang walaupun hari2 meter naik sampai tahap merah ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat zaman kanak2 dulu pernah kena pukul ngn mak..nakal kan..normal la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz pesan apa? Jangan garang sangat dengan anak. Budak2 nakal lah. Yang oku buleh lah dok diam2
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
fealefea replied at 31-10-2017 04:15 PM
tolong rakam je pandai kan. What's wrong with you people!

Cctv la rakam uols...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 04:44 PM | Show all posts
budak tu buat apa ya...mgkin mak dia takut dia lari2 kang jatuh plak kat tren
elok yg nakal ni pakai je harness, x pyh pkul

sbb dulu ada sorg kakak tu ikat dua2 anak yg twin, nakal sgt
dia kata xpelah dah dia xleh kontrol...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.070038 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list