CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 713|Reply: 0

pru 14 : disebalik 1mbabi

[Copy link]
Post time 1-11-2017 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Episod 73: MAHKAMAH SINGAPURA DAH MENDEDAHKAN SIAPA PENDERMA ARAB  SEBENARNYA. KITA DI MALAYSIA TAK KAN NAK TENGOK SAJA???

Assalamualaikum
Peguam Negara, Ketua Pengarah SPRM &
Ketua Polis Negara.

Assalamualaikum Menteri2, Ketua2 Bahagian & Orang2 UMNO yg masih mempercayai najib dan mungkin di bela najib dgn menerima  dedak dan sekoi dari najib secara bulanan atau secara pukal tanpa di sedari atau separa sedar.

Assalamualaikum seluruh rakyat Malaysia yg membaca dan pencinta keadilan.

Tuan puan, saudara saudari sekelian. Penderma 2.6 Billion dalam akaun Najib terbongkar di mahkamah Singapura. Yang jadi persoalannya:

Apa Peguam Negara nak buat?
Takkan masih nk pertahankan laporan dahulu sedangkan bukti baru sudah ada!!

Apa Ketua Polis Negara nak buat?
Takkan masih lagi nk bagi alasan sedang nak siasat? Bila? Laporan polis pun dah ramai orang buat.

Apa Ketua Pengarah SPRM nak buat? Nak tunggu dokumen apa lg?

Setelah laporan PAC di OSA kan, Allah tetap telah memberi jalan dan peluang  bg pencacai2 penguasa2 negara melihat bukti2 yg makin banyak terdedah tetapi mereka2 ini bagaikan tetap juga tidak amanah terhadap tugas dan tanggungjawab mereka. Mereka2 ini bagaikan lebih takutkan najib dari takutkan Allah.

Siapa lagi yg boleh rakyat harapkan jika penguasa Hakim, Polis dan SPRM sendiri tk mampu menegakkan keadilan dan kebenaran lalu menjadi pengecut dan dayus tetapi melahap segala imbuhan dan gaji dari duit rakyat untuk sara anak isteri. Penguasa2 ini sebenarnya telah mengkhianati rakyat. Teruskanlah berdoa wahai rakyat Malaysia kpd Allah agar Allah memberi hidayah kepada penguasa2 yg buta ini utk bersikap jujur dan amanah dan merasa malu memakan gaji dari duit rakyat hasil dari ketidakjujuran mereka menjalankan tugas yg terus menyokong dan melindungi kesalahan dan kemungkaran pemimpin. Rasuah dan salah guna kuasa yg kecil di kejar dan di bongkar tetapi maharaja segala rasuah dan penipuan di biarkan berlalu di depan mata tanpa berbuat apa2. Beginikah pentadbiran sebuah negara Islam contoh? Kerajaan sebegini kah yg layak bercakap tentang negara Islam dan Rang Undang2 Islam? Hebat sungguh nilai2 Wassatiyyah yg di terapkan oleh najib kepada penguasa2 nya, hinggakan sangat2 bersederhana dalam menguatkuasakan undang2 terhadap najib. Dalam perlembagaan undang2 mengatasi sesiapa saja, tetapi dalam kes najib , dia lh yg mengatasi dan mengawal undang2.

Sebagai rakyat biasa yg kurang ilmu agama, saya lebih rela tersungkur bermaruah dari bersikap dayus mempertahankan pemimpin zalim. Hingga hari ini saya juga sudah hilang keyakinan pada orang2 agama khususnya mufti2 yg kononnya pewaris Nabi. Hingga kini tiada seorang Mufti pun yg berani bersuara menegur pemimpin dn pengurusan negara yg telah rosak yg melakukan banyak perkara mungkar. Apa nk jadi ni? Adakah ulamak2 di Malaysia ini sudah hilang identiti dan hanya mengajar halal haram di kuliah2? Adakah fungsi ulamak sekadar memantau ayam sembelihan dari pusat sembelihan mana yg sah dn halal sedangkan rakyat yg di sembelih di biarkan? Adakah fungsi agama ulamak hanya menilai dan meneliti pusat dobi bagaimana yg halal dan haram? Mana fungsi agama dan hukum yg di katakan meliputi seluruh aspek kehidupan?  Sedar kah wahai ulamak2 semua bahawa Tuan2 hanyalah di perdayakan oleh orang2 Najib yg mencipta pelbagai propaganda suci bg memuliakan najib seolah2 tidak berdosa dan di fitnah. Adakah Tan Sri dan Dato' Mufti juga telah di kelabukan mata dek kerana sumbangan haji free dari 1MDB kpd beberapa jemaah haji? Atau pun fungsi mufti hanyalh sekadar menerima  anugerah tokoh itu dan ini kerana menurut kata dan akhirnya juga di anugerahkan ULAMAK SEPANJANG ZAMAN hinggakan anda menjadi bisu sedangkan anda sepatutnya berkata2 yg benar.

Pernahkah orang2 besar lg berkuasa agama di pusat maupun negeri mengkaji, meneliti dan menyiasat dari mana sumber wang 1MDB yg menaja rakyat mengerjakan haji? Kata najib 1MDB untung dan dari keuntungan itu lh di sumbangkan tajaan  haji. Tetapi yg rakyat tahu 1MDB rugi. Akaun pun tak di audit lg. Hutang pula berbillion sampaikan ada yg tertangguh bayar dan tersalah bayar. Pernah kah Tan Sri dan Dato Mufti siasat apa sebenarnya perniagaan 1MDB? Bagaimana pula dgn hutang2 1MDB pun duit rakyat yg bayar? Alahai Tan Sri dan Dato Mufti...Ulamak  pewaris Nabi bkn sekadar buka kitab atau jadi juri mengaji. Jadi lh seperti ulamak silam yg sejati yg sanggup mati demi agamanya. Jadilah pendamai dan penyelesai masalah umat.

Tuan/puan pembaca sekelian.
Ramai orang dah tahu bahawa surat dari Arab yg menderma 2.6 billion adalah palsu. Di ulang sekali lg PALSU. Dan....satu dunia pun dah tahu tentang surat palsu derma 2.6 billion yg di gunakan konco2 najib bg memperbodohkan dan mempergunakan Peguam Negara, PDRM dan SPRM mensucikan najib dari dosa. Tahun lepas lg media Australia telah mendedahkan tentang surat pengesahan palsu yg kononnya dari Putera Arab yg sebenarnya tidak wujud dan sudah semestinya surat palsu yg di reka. Sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun Putera Raja Abdullah yg mengaku memberi 'derma' tersebut. Nama putera yg tercatat dalam surat derma itu juga salah dan tidak terdapat dalam senarai rasmi nama anak2 Raja Abdullah. Malah bg mengesahkan segalanya, kementerian luar Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan rasmi yg memaklumkan bahawa mereka tidak tahu menahu tentang wang derma tersebut. Jadi kpd najib dan konco2nya jangan lh menipu rakyat lg dan jgn lah memperdayakan ahli UMNO untuk mempercayai cerita wang derma tersebut. Semua orang dah tahu duit itu duit curi.

Mari kita bercerita pasal apa yg berlaku di mahkamah Singapura baru2 ini pula.

Baru2 ini, mahkamah Singapura telah mendedahkan aliran wang tunai 1MDB di dalam kes pengubahan wang haram di Singapura. Dalam salah satu kertas pertuduhan kes, pengurus Bank Falcon di Singapura, Jens Fred Sturzenegger telah di dapati bersalah bersubahat dan meluluskan transaksi2 yg mencurigakan pemindahan wang haram yg datangnya dari 1MDB.

Tak ada sesiapa yg kenal Jens Fred Sturzenegger, berusia 42 tahun. Orang2 UMNO tambah2 lh lg tak kenal.
Beliau adalah seorang Pegawai di Falcon Private Bank Singapore dan dia telah di dakwa oleh Mahkamah Singapura dengan 16 pertuduhan.

Dari semua pertuduhan itu, 6 pertuduhan di sebut sebagai "MEMBERSIHKAN WANG HARAM". Dan 10 pertuduhan lg adalah kerana "MEMBERIKAN MAKLUMAT PALSU" dalam siasatan pemindahan wang haram 1MDB.

Dalam salah satu drpd 16 kertas pertuduhan yg di kenakan ke atas Sturzenegger, dia di tuduh gagal atau ingkar untuk melaporkan transaksi wang berjumlah USD 1.265 billion yg jelas sekali mencurigakan. Beliau juga telah menipu pihak polis  Singapura berkaitan Jho Lwo dan Eric Tan yg kemudiannya di dapati adalah orang yg sama. Mengikut kertas pertuduhan wang itu telah di masukkan ke dlm 2 buah akaun Falcon Private Bank S'pore yg tertera milik Jho Lwo dgn no akaun 8550299001 dan 8550298001 pd tarikh 21 dan 25 Mac 2013.

Hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja wang itu kemudiannya di dakwa telah di pindahkan sebanyak USD681 juta (rm2.6 billion) ke dalam akaun Ambank peribadi milik Najib Razak.

DENGAN KUASA ALLAH SWT, Satu demi satu bukti terdedah.
SIAPA ORANG2 UMNO YG BOLEH MENJELASKAN dan menyanggah hujah2 saya tentang surat dan derma tok arab dan kes mahkamah di Singapura?

Untuk makluman Sturzenegger adalah pegawai bank ke lima yg telah di dapati bersalah dan di sumbatkan ke dalam penjara menuruti 4 lg rakan subahat Jho Lwo yg terdahulu di dapati bersalah dan bank pun di arahkan tutup iaitu, Yeo Jia Mei, Kelvin Ang, Yak Yew Chee dan Yvonne Seah.
Perlu di ingat bahawa ini adalah bukti2 yg di sebutkan di dalam mahkamah Singapura. Adakah mahkamah telah menfitnah Jho Lwo. Adakah mahkamah Singapura sedang berkonspirasi utk mengenakan dan menjatuhkan najib? Sudah tentu tidak kerana ke lima2 mereka telah mengaku bersalah dan menerima hukuman.

Kertas siasatan sebenarnya telah mendapati, Jho Lwo telah mengarahkan Sturzenegger utk meluluskan prmindahan wang berbillion ringgit dari beberapa akaun untuk di masukkan ke dalam akaunnya di Syarikat Tanore.
Perbualan2 telefon antara Sturznegger dan Jho Lwo serta CEO Falcon Bank kepada Pengerusinya turut di rekodkan dan di siarkan di dalam mahkamah. Antara lain, CEO Falcon Bank iaitu Eduardo Leeman memarahi Jho Lwo kerana dokumentasi yg mereka terima utk meluluskan transaksi itu tidak masuk akal.
Sebelum ini pun ramai orang telah melihat pembongkaran awal tentang transaksi kemasukan wang ke akaun Ambank milik najib. Di dalam penyata bank, tertera nama Syarikat Tanore Finance milik Jho Lwo dan kemasukan wang yg di sebut sebelum ini iaitu pada 21hb. dan 25 Mac 2013.  


Kesemua transaksi2 ini benar2 berlaku wahai penguasa2 Peguam Negara, SPRM dan PDRM. Ia bukan fitnah wahai Mufti2 dan rakyat Malaysia. Ia adalah benar. Tetapi yg rakyat musykil adalah, kenapa tiada sebarang tindakan dan siasatan hingga kini dgn bukti2 baru yg telah di dedahkan? Tak kan Peguam Negara masih nk guna pakai laporan PAC yg dah di OSA kan. Kenapa tak buka kertas siasatan baru?  KENAPA? KENAPA? DAN KENAPA? Bila lagi hendak bertindak? Nak tunggu PRU 14 dgn harapan BN menang? Dan selepas itu di lupakan? Kalau
di Singapura mereka telah mengadili satu kes penipuan dan menghukum mereka2 yg terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram atau lebih mudah di sebut wang yg Jho Lwo dan najib curi, jadi sebagai negara yg bermaruah yg mendaulatkan undang2 sesuatu wajib di buat bg menegakkan keadilan. Kalau rakyat biasa yg mencuri setin susu di pasaraya di tangkap polis, di dakwa dan di hukum setahun penjara maka apa pulak hukuman kpd pencuri yg mencuri 2.6 billion?

Bagi menjadikan kes ini kes yg lebih rumit,
BETUL KE.... ?
2 nyawa telah hilang dan melayang demi menutup kes yg melibatkan 1MDB ini?
Betul kah khabarnya ANTHONY KEVIN MORAIS di bunuh kerana kertas pertuduhan terhadap Najib dan beberapa orang lg berkaitan SRC????.
Manakala Hussien Najadi, Pengasas Ambank di katakan di bunuh kerana ada kaitan dgn transaksi wang 2.6 billion di bank miliknya. Betul ke pembunuhan ini ada kaitan dgn 1MDB? Untuk jawapan ini juga maka siasatan terhadap 1MDB wajib dan perlu di segerakan. Tetapi adakah najib berani?

ALLAH LAH YANG LEBIH MENGETAHUI. Namun saya amat yakin dan percaya bahawa kebenaran  makin kian kunjung tiba kerana ALLAH itu lebih Maha Berkuasa berbanding kuasa yg di pinjamkan kepada seorang Perdana Menteri. Ingat lh wahai rakyat Malaysia, sezalim mana sekalipun Tun M, dia sama sekali tidak pernah terlibat dalam kes yg sedahsyat dan sekejam begini.

Orang2 UMNO dan pemakan dedak tegar mereka mungkin selamanya tidak akan percaya.  Bagi mereka semua itu adalah dusta dan fitnah belaka. Tetapi bg orang yg rasional dn mahu berfikir mereka amat benci kpd kerajaan pencuri Najib dan akan terus membangkitkan isu 1MBD kerana kes ini lh yg menjadi kunci kepada segala kesusahan dan bebanan rakyat Malaysia hari ini, yg setiap rakyatnya terkesan dn merasakan keperitan. Benarlah kata Tun M, Najib adalah "BAPA" kepada semua keburukan di Malaysia ini. Bapa Perompak, Perasuah, Penipu dan segala2 nya termasuklah BAPA MUNAFIK.

Bagi pengampu2 dan pendokong Najib, jika masih mahu mnggunakan hujah lapok utk mengatakan bahawa ini semua adalah fitnah terancang untuk menggulingkn pentadbiran khalifah Islam maka teruskanlah dgn kejahilan anda itu. Maka anda semua boleh lh menambah dalam hujah anda bahawa Mahkamah Singapura juga bersama 5 orang yg telah di jatuhkan hukuman sebagai satu lg pihak yg berkomplot mahu mengguling kn najib dan BN. Atau najib boleh saja menyaman mana2 pihak di Singapura pada Selasa depan kalau dia mahu. Silakanlah.....!!!

Kepada Peguam Negara Apandi Ali, Ketua Pengarah SPRM Abg Dz dan Ketua Polis Negara yg baru, sesungguhnya rakyat sedang memerhatikan anda. Samada anda penjawat awan yg jujur, amanah dan berentigriti atau pensubahat kpd seorang pencuri, rakyat sedang menilaikannya.

Kepada semua pembaca2 dan sahabat fb ku, samada yg berparti atau tidak berparti, buka lg mindamu dan berfikirlah tentang kebenaran....! Bukankah Allah sudah memperingatkan kita dan di suruh kita berpesan2 tentang kebenaran?

Perlu juga kita sedar bahawa dgn segala bukti baru yg terbongkar di  dedahkan di Mahkamah Singapura maka kertas siasatan baru boleh di buat terhadap najib. Secara jelas kita tahu siapa sebenarnya tok arab yg menderma. Tetapi di sebabkan segala kuasa penyiasatan terletak di bawah orang2 najib yg sama2 bersubahat dgn najib dan pemakan dedak najib yg lain, maka amat susah utk siasatan di buat dan di dakwa.

FIKIRKANLAH........ADAKAH KITA MASIH INGIN MENYOKONG ORANG2 ZALIM LAGI KEJAM SEBAGAI PEMIMPIN NEGARA?

ADAKAH KITA MASIH INGIN TERUS BERSUBAHAT DENGAN PEMIMPIN YANG MUNGKAR?

Berkata2 lah yang benar wahai RAKYAT MALAYSIA.
Jika anda inginkan kpd perubahan maka kita wajib mengubahnya pada PRU 14 yg akan datang. Kita runtuhkan tembok kemungkaran dan kerosakan UMNO pada PRU14 akan datang. Kita bentuk kerajaan baru bersama PAKATAN HARAPAN.  
.
Terima kasih.
KAMARUZAMAN MOHD. ARSHAD
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.209829 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list