CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2399|Reply: 1

Sejarah Besut di Terengganu . . Berapa Ramai Anok Muda Akan baca ?

[Copy link]
Post time 1-11-2017 03:23 PM | Show all posts |Read mode



Assalamualaikum w.b.t…disini ingin saya ceritakan mengenai sejarah ditempat saya sebagai permulaan saya dalam dunia blog ini…



Menurut sumber awal BESUT didiami oleh beberapa keluarga puak sakai yang diketuai oleh TOK SUT. Namun begitu setelah kedatangan ENCIK LATIF dari patani, beliau telah mengambil alih kawasan besut setelah puak sakai bersetuju berpindah daripada kawasan kawalan mereka. Persetujuan ini diperolehi daripada TOK SUT setelah berlakunya pertukaran segantang mata kail antara beliau dengan ENCIK LATIF.


Setelah pentadbiran daerah dikawal oleh Encik Latif, Beliau telah dianggap sebagai RAJA BESUT. Semasa negeri Terengganu di perintah oleh SULTAN MANSUR 1, baginda telah menghantar putera baginda, TENGKU ABDUL KADIR memerintah Besut sebagai Raja Besut pada tahun 1815 yang berpusat di KAMPUNG RAJA.


Selepas kemangkatan Tengku Abdul Kadir, Daerah Besut diperintah oleh Tengku Hitam, kemudian Tengku Ali. Semasa Besut dibawah pentadbiran Tengku Ali lah berlakunya PERANG BESUT gara-gara keengganan Tengku Ali menurut perintah SULTAN BAGINDA OMAR. Dalam insiden ini Sultan Baginda Omar menghantar 8,000 orang tentera untuk menyerang Besut. Tengku Ali akhirnya berundur ke KELANTAN dan mangkan di sana pada tahun 1876.


Apabila Tengku Ali melarikan diri ke Kelantan, Baginda Omar telah melantik TENGKU NGAH sebagai pemerintah Besut. Namun demikian, terdapat sedikit pertelingkahan menyebabkan Tengku Ngah meletak jawatan dan melantik TENGKU CHIK HAJI sebagai pemerintah. Semasa pemerintahan Tengku Chik, daerah Besut menjadi terkenal dan berkembang pesat di dalam bidang perdagangan.


Hasil yang diperdangangkan adalah seperti beras,pinang,rotan,dammar,buluh,kayu gaharu dan getah. Malah terdapat juga penghijrahan orang siam di daerah ini dan wujud lah beberapa buah kampong siam seperti Kampung Pak Wong, Kampung Pak Kiang, Kampung Seberang Limbongan dan Kampung Gaung. Selepas kemangkatan Tengku Chik tampuk pemrintahan daerah ini diambil oleh Tengku Ngah (bekas pemerintah) dan kemudiannya diganti oleh TENGKU LONG Pesuruhjaya Besut terakhir.


Daerah Besut pernah ditadbir oleh beberapa PENASIHAT BRITISH antaranya P.A B Mc Kerron, Mr.Ross, Mr.Day, Mr.Tembone, dan semasa pendudukan JEPUNdaerah ini ditadbir oleh Mr.Aidi dan Mr.Dee. Sebelum tahun 1920an, Daerah Besut tidak berada dalam daerah yang sama sehingga lah pada tahun 1920an selepas campurtangan British Setiu dimasukan kedalam Daerah Besut yang di namakan JAJAHAN BARAT. Pada tahun 1985, Setiu telah diasingkan dengan Daerah Besut.


Dalam Sistem Pentadbiran, Daerah Besut dan juga daerah-daerah lain di Terengganu ditadbir oleh Pejabat Tanah Daerah dan Tanah Daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah dengan dibantu oleh Penolong Pegawai Daerah dan sebagainya lagi. Manakala di peringkat Mukim ditadbir oleh Penggawa dan Penghulu di peringkat kampong.


Sekian, sejarah mengenai tempat kelahiran saya dan jika masa mengizinkan saya akan ceritakan sejarah keturunan saya iaitu kedatangan pakistan di Besut.



Sumber : afhamsabri


Comments

waalaikumsalam :)  Post time 7-11-2017 03:15 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.062263 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list