CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7046|Reply: 79

"Hazami Tahu Saya Hanya Bergurau" - Nabil Ahmad

[Copy link]
Post time 2-11-2017 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Baru sahaja seminggu program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) bersiaran di Astro, ternyata sudah ada kisah kurang manis hangat bertebaran di media-media sosial.


Antaranya, kebanyakan netizen mengecam tindakan Nabil Ahmad memegang leher peserta lelaki, Hazami dalam rancangan siaran langsung rancangan itu pada Ahad lalu.

Menurut segelintir mereka, perlakuan Nabil itu boleh disifatkan keteralaluan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan para penonton yang melihat program tersebut.

Bagi menjawab kecaman yang dilemparkan kepadanya, Nabil berkata, “Hazami tahu apa yang berlaku, ia merupakan lawak dan gurauan di antara saya, dia dan Tok Ram (Datuk Ramli MS). Dia pangkat abang saya dan dia faham saya bergurau dengan dia. Saya pun memang tiada niat apa-apa, kami dah biasa bergurau ketika masa rehearsel.

“Saya bukan baru kenal dia, kami sudah kenal sejak saya baru masuk industri dan Hazami antara artis pertama yang saya kenal, malah kami pernah buat show sama-sama dan dia tahu perangai saya macam mana. Bagi saya orang lain yang lebih-lebih, saya memang selalu bergurau macam itu dengan Hazami di belakang pentas. Saya tak tahu apa isunya, sunnah nabi kan boleh salam, peluk, cium pipi lelaki.

“Misalnya kalau saya pegang kemaluan dia, itu baru gangguan seksual, saya tanya awak leher itu kemaluan ke? Yang bercakap ini mereka tak tahu ke sunnah nabi kalau bersahabat lelaki, boleh sampai cium pipi, benda itu sunnah, tak tahu ke?

“Kalau setakat pegang leher, mereka kata saya buat gangguan seksual, mereka tak tahu hukum agama ke? Tak belajar ke atau saja nak cari pasal dengan saya, apa masalah mereka ni?” luahnya dengan nada kesal ketika dihubungi KopiPlanet.com.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kritikan Datuk Profesor Chef Wan terhadap cara pengacaraannya dan Jihan Muse yang dilihat agak berlebihan pada minggu lalu, Nabil menyatakan ia bukanlah satu isu yang besar buat dirinya.

“Apa Chef Wan nak cakap ke, apa orang nak cakap pasal saya ke, saya belajar daripada yang terbaik. Lagipun beliau merupakan salah seorang daripada rujukan saya (bab mengacara). Ini bukan pertama kali beliau beri komen menerusi Instagramnya, sebelum ini bukan program yang beliau hos pun, beliau akan komen juga.

“Saya tak kisah pun beliau nak cakap apa dan saya pun tak kisah orang di luar sana nak cakap pasal saya.  Lagipun saya memang tak pernah baca komen-komen dan kritikan terhadap saya. Senang cakap saya memang tak kisah,” katanya menutup perbualan.
Chef Wan diundang menjadi juri jemputan GV4 minggu lalu bersama-sama juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan penyanyi seberang, Hetty Koes Endang. – KopiPlanet.com

https://kopiplanet.com/hazami-ta ... rgurau-nabil-ahmad/

sumber: www.kopiplanet.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2017 01:53 PM | Show all posts
kan dah pak aji keluar semua sunnah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:00 PM | Show all posts
pak hajbil dah keluar tazkirah..pd dia ape org nk ckp..i couldn't care less..hazami pun mmg xde perasaan..lantak la haji bilball nk buat ape..janji dpt masuk GV..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
senang jd pelawak.. buat apa pon boleh guna label saya hanya melawak.. saya hanya bergurau.. sexual harassment ni bkn takat ko pegang kemaluan ke hape..  kalau buat lawak lucah then org tu rasa x selesa pon dah sexual harassment.. tolong la jd cerdik sikit bila melawak
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:00 PM | Show all posts
nabil, nabil. ko kalau bgurau gitu kt luar takdenye orang nk kisah. ni live kot. berlawak secara bijak sikit tak boleh ke? ada lawak yg tak perlu nk tunjuk kt tv.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:04 PM | Show all posts
bangang. tak tau beza  atas stage ngan belakang stage.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2017 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mendongak ke langit sgt dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ni bukan soal kat mana ko pegang si hazami tu nabil.. soalnya ko saje je nak point out si hazami tu gayah.. dengan chef wan sekali ko kenakan terang2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2017 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bila pelawak2 keluaran program realiti ni cerdik?
Kebanyakannya buat lawak bodoh lucah dan menghina orang. Tak kira la menghina fizikal atau intelektual orang..
Tp yg hina tu korang semua la hadap sgt golongan artis2 ni diorg buat lawak bodoh pun tetap dpt duit dan job disebabkan org2 mcm korang yg sokong diorg ni


Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:18 PM | Show all posts
bodohnya kau nabil. sejak bila sexual harassment hanya involve sentuh kemaluan?

dah bodoh, ada hati nak bodohkan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:18 PM | Show all posts
Bambil, iollsss tetap sokong cuollss
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:21 PM | Show all posts
ape2 je lah hajbil
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:25 PM | Show all posts
kau bergurau tu satu dunia tengok, kau malukan dia, walaupun hazami kata tak terasa, kau xde kat tempat dia, die yang memang nampak macamtu, kau bahankan dia lagi nabil .. lain la belakang stage kau buat camtu, ini siaran langsung kot .. gggrrrr

aku suka kau bil, tapi beragak sikit ye .. kan aku dah emo haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Erm yela memangla ko xbaca kritikan orang sebab bacapun bukan ko nak ikutpun...ko je la bagusnye hajbil
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:32 PM | Show all posts
"Yang bercakap ini mereka tak tahu ke sunnah nabi kalau bersahabat lelaki, boleh sampai cium pipi, benda itu sunnah, tak tahu ke?"

kalau nak ikut sunnah, iols nak konsert kedua nanti Nabil buat yang sama kat Lan Kristal, Firman, Tia Jinbara, Ferhad, Aqasha... cium pipi semua tu boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
iols rasa kakmimi pun mcm ok je, tak terasa kot. Cuma iols harap sangat2 jangan jadikan joke berbaur lgbt dibiasakan on national tv. antara kawan2 lantak korang lah, tapi depan tv jangan biasakan pls.

Contoh joke lgbt:
- nabil buat muka sesuatu bila hetty sebut dinamik nyanyian kakmimi mcm pompuan
- nak try kakmimi sebab still single mcm syura, haida, etc
- melembut2 kan badan sambil raba tengkuk kak mimi on stage
- tanya tokram (yg hamboi semakin hover jua, selevel nabil & jihan dah) ada apa2 dgn kakmimi ke beria secret bagai

Apa2 pun nabil memang menyerikan acara cuma kwna tone down 30% kot, buang bahagian lembu, beruk & kata2 nista semua tu. Cringe iols dengar, takut dalam gelak2 satgi jadi gaduh besar terusssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2017 02:35 PM | Show all posts
Tu la korang, tak tau sunnah ker?




Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kadang cara dia mengacara i suka ja.tapi kenkadang yg terlampau over n takda batas2 dari segi melawak,mmg rasa takleh terima akal jugak.

Tapi yg peliknya.kami satu rumah ni kemahen haa gelak sakan jugak bila depa dok over over.ciss
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:43 PM | Show all posts
yela kau, jela bagussss babil oi

Lepas tu tak habis2 guna ayat "saya hanya bergurau" ...choi la kau babil....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Apersal nabil semakin blagak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.202365 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list