View: 6697|Reply: 30
|
Asyik Cuci Mata Di Luar Je, Kenal Tak 7 Pulau Indie Di Semenanjung Malaysia Ini?
[Copy link]
|
|
Asyik cuci mata ke luar negara sahaja, kali ini apa kata buka mata untuk pulau-pulau di Semenanjung Malaysia pula. Menurut Kaki Sini, terdapat tujuh pulau yang kurang popular dan jarang dikunjungi (indie) tetapi mempunyai pemandangan cantik dan menarik.
Jom tengok sama ada anda pernah dengar dan tahu kewujudan tujuh pulau ini atau tidak!
1. Pulau Rawa, Besut - Terengganu
Foto: http://shahrilshalji.blogspot.my
Memang tak dinafikan, terdapat ratusan pulau menarik di Terengganu yang kaya dengan keindahan hidupan laut. Antaranya adalah Pulau Rawa. Aik, Pulau Rawa bukan di Mersing, Johor ke?
Ha, jangan terkejut bila tahu Terengganu pun ada Pulau Rawa tau. Pulau ini berdekatan Pulau Perhentian dan tak ramai menyedari kewujudannya. Peminat aktiviti snorkeling harus berkunjung ke sini kerana airnya sangat jernih sehingga boleh nampak ikan-ikan berkeliaran di gigi air.
2. Pulau Bunting, Yan - Kedah
Foto: Flickr nurads
Pasti tak ramai menyangka terdapat sebuah pulau indah di negeri Jelapang Padi ini. Daerah Yan sangat terkenal dengan ikan tenggiri, malah Pulau Bunting ini menjadi lubuk bagi kaki pancing.
Dihubungkan dengan tanah besar oleh sebuah jambatan, pulau ini juga berjiran dengan beberapa pulau menarik lain seperti Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Songsong.
3. Pulau Songsong, Yan - Kedah
Foto: MNYMalaysiaHomestay.com
Berjiran dengan Pulau Bunting, Pulau Songsong ini tidak berpenghuni dan merupakan tempat pendaratan penyu bertelur. Pulau ini memang kena dengan dunia penyelam skuba. Bermacam spesies ikan boleh ditemui di sini.
4. Pulau Gemia, Marang - Terengganu
Foto: Kaki Review
Selain dikenali sebagai Coral Island atau Gem Island, Pulau Gemia memiliki panorama matahari terbit yang sangat indah dan romantik.
Kedudukannya yang berhampiran Pulau Kapas sering menggamit pelancong berkunjung ke sini untuk aktiviti snorkeling, menyelam dan menikmati pemandangan pantai yang menawan.
5. Pulau Tinggi, Mersing - Johor
Foto: http://tadmarineresort.com
Rimas dengan kehidupan kota yang sibuk? Pulau terpencil ini akan membuat percutian anda tenang dan lebih menyeronokkan dengan aktiviti seperti memancing, berkayak, berenang dan menyelam skuba.
Lebih menarik, lawatan ke pulau-pulau berhampiran atau membuat pengunjung boleh meredah hutan untuk menjejaki laguna dengan air terjun yang jarang diusik hanya 30 hingga 45 minit perjalanan.
6. Pulau Susu Dara, Besut - Terengganu
Foto: http://www.timothytye.com
Foto: www.asiaexplorers.com
Terletak berhampiran Pulau Perhentian, Pulau Susu Dara ini menarik pelancong untuk menikmati keindahan dunia bawah laut menerusi aktviti snorkeling kerana airnya yang jernih membolehkan kita melihat ikan di dasar laut dengan jelas.
Selain itu, pasir halus di pulau ini sangat halus dan cantik sekali. Memang seronok nak berbaring di bawah sinaran matahari!
7. Pulau Tenggol, Kuala Dungun - Terengganu
Foto: AMI Travel & Tours
Pulau Tenggol adalah syurga bagi penyelam dengan 20 tempat menyelam menarik dan cantik untuk dinikmati. Dulu, pulau ini tidak berpenghuni, namun kini beberapa hotel dan resort disediakan bagi keselesaan pelancong.
Bagaimana? Pernah dengar kesemua tujuh pulau indie yang disebutkan di atas? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam malaysia ni semuanya cantik. Kau g negara luar pun sbb nak tgk negara dorg mcm mana. tapi satu je yg aku sedih. toilet xde.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik januari tempoh hari dah puas pulun pulau. Snorkelling bagai. Sekarang dah takleh dah nak pergi pulau sebab dah ada baby kecil |
|
|
|
|
|
|
|
baby kecik x da masalah la sis
gilir2 ngan somi la, bb pun leh enjoy snork
|
|
|
|
|
|
|
|
Andyscenes: Dalam malaysia ni semuanya cantik. Kau g negara luar pun sbb nak tgk negara dorg mcm mana. tapi satu je yg aku sedih. toilet xde..
Habis tu macam mana nak kencing, berak?
|
|
|
|
|
|
|
|
lamanya xkena air laut... |
|
|
|
|
|
|
|
SecretLuv replied at 2-11-2017 04:13 PM
Habis tu macam mana nak kencing, berak?
Kau bygkn aku kena tahan berak, kecing tu kau lepas je dalam air, tapi x selesa la. Malaysia ni kena buat toilet walauoun kecik. Perut keras tahan berak Cipet tol |
|
|
|
|
|
|
|
Perghh... Aku tak boleh la kalau macam ni. Tak sanggup nak tahan kencing dan berak.
|
|
|
|
|
|
|
|
SecretLuv replied at 2-11-2017 06:50 PM
Perghh... Aku tak boleh la kalau macam ni. Tak sanggup nak tahan kencing dan berak.
Tulah. Xkn nak bwk beg plastic llak kn. Berak pastu baling haha |
|
|
|
|
|
|
|
Serius ke pulau songsong tu cantik gitu?
Yg iols ingat masa dok sana, pulau bunting tu tempat kaki pancing je |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jelajah kesemuanya sebab tu layan yang kat overc lak |
|
|
|
|
|
|
|
akak pernah camping kat pulau sapi tahun 89. 4 malam camping sana masa semester break... best giler... macam pulau tu kita yang punya.... memang cantik masa dulu... air pun jernih.. jelly fish pun xde... kedai pun tak wujud lagi kat pulau tu... yang ada renjer pulau saja... nasib baik masa tu jamban dah ada... |
|
|
|
|
|
|
|
tioman di hatiku |
|
|
|
|
|
|
|
pernah pergi sibuan x da toilets...
ke belukar je lah kita, bw botol air mineral
|
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 3-11-2017 04:42 PM
pernah pergi sibuan x da toilets...
ke belukar je lah kita, bw botol air mineral
knn.. susah kalau xde toilet ni. Cadangan setiap tempat mesti toilet. |
|
|
|
|
|
|
|
saviour_09 replied at 3-11-2017 04:23 PM
tioman di hatiku
Aku kena kacau kat pulau genting kau tau |
|
|
|
|
|
|
|
wah!! kira pangkat akak dah ni. 89 tu aku msh sekolah menengah lg.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena bawak penyodok korek tanah |
|
|
|
|
|
|
| |
|