CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3008|Reply: 6

Takut Ditinggalkan Kekasih, Lelaki Gemukkan Teman Wanita Kerana Cemburu

[Copy link]
Post time 3-11-2017 11:00 AM | Show all posts |Read mode

Sikap  cemburu seorang teman lelaki di China yang sengaja mengemukkan teman wanitanya sehingga 88kg dengan menghidangkannya pelbagai makanan setiap hari menjadi perbualan orang ramai terutamanya di media sosial China.





Difahamkan, You Pan, 25 setiap hari membelikan makanan ringan untuk teman wanitanya, Yan Tai supaya berat badan wanita berkenaan naik.
Tindakan ini diambil oleh lelaki tersebut agar teman wanitanya tidak dipandang oleh lelaki lain.
Memetik laporan Metro. Uk, wanita yang cantik itu dikatakan mempunyai tubuh badan yang ramping sebelum ini.
Tetapi, selepas dua tahun mengenali teman lelakinya,  berat badan wanita berkenaan bertambah dua kali ganda.
Wajah Yan Tai pada dua tahun yang lepas


Menurut You Pan, dia berbuat begitu supaya teman wanitanya tidak akan meninggalkan dia untuk lelaki lain.
Cinta luar biasa pasangan ini bukan sahaja menarik perhatian rakyat China, tetapi juga masyarakat dunia.
Menurut jiran mereka, Yi Chiang, memang sukar untuk dia percaya bahawa berat badan gadis itu naik sebegitu tinggi.
Rupa terkini Yan Tai selepas proses ‘transformarsi’
“Memang sukar untuk dipercayai, tetapi walaupun berat badan Yap sudah naik, dia tetap cantik, ” kata jirannya.
Sementara itu, pelbagai reaksi diluahkan oleh netizen di laman Twitter di mana terdapat  sesetengah pengguna berpandangan perbuatan lelaki itu sebagai tidak masuk akal dan seolah-olah mendera wanita itu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2017 12:55 PM | Show all posts
Dah dah overweight cam tu nampak berusia pulak jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2017 08:41 AM | Show all posts
abis kang esok2 kalo dia tglkan pompuan tu sbb jumpa y slim n lawa, dah menyusahkan pompuan nak diet balik
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 07:48 AM | Show all posts
Bukan sebab cemburu tp mmg dia taste awex hemok agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 12:22 PM | Show all posts
so insecure mamat nih..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 01:36 PM | Show all posts
pastu gf dia kiok awal... family gf, sila saman bf dia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2017 04:59 AM | Show all posts
Edited by aurorae at 16-11-2017 05:00 AM

sedara aku pun macam ni, dia berusaha diet tapi suami tak bagi.     Dia kata bini dia lagi cantik gemuk, tapi sedara aku kata suami dia takut kena tinggal .     Sedara aku ni  gemuk2  pun masih ramai  lelaki  nak mengorat dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.238372 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list