CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1507|Reply: 1

Moto G5S Plus Dan Moto X4 Kini Di Malaysia

[Copy link]
Post time 8-11-2017 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Lenovo Mobile Malaysia telah mengumumkan telefon pintar keluaran terbaharunya untuk pasaran tempatan iaitu Moto G5S Plus.


Peranti ini memiliki skrin paparan FHD berukuran 5.5-inci, pemproses kelas pertengahan Qualcomm Snapdragon 625, 4GB RAM,64GB ROM, bateri berkapasiti 3,000mAh dan sistem operasi Andorid 7.1 Nougat. Pastinya lebih hebat dari keluaran lain yang sebelumnya.


Moto G5S Plus juga memiliki kamera utama 13MP + 13MP yang disertakan dengan flash LED dan kamera selfie 8MP yang turut memiliki flash LED.



Foto: amanz.my



Selain itu, spesifikasi lain yang dimiliki Moto G5s Plus adalah slot micro SD, sensor cap jari, slot Nano SIM dan pembesar suara yang lantang.


Peranti ini mula ditawarkan di Malaysia dalam dua warna iaitu kelabu dan emas dengan harga penjualan RM 999.


Bukan hanya Moto G5S Plus, satu lagi telefon pintar baru iaitu Moto X4 turut dilancarkan.


Peranti ini menawarkan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 630, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB yang boleh ditambah menggunakan kad mikro-SD.


Kamera belakangnya dilengkapi 12-megapixel Dual Autofocus Pixel Sensor, dengan gabungan 8-megapixel untuk rakaman sudut luas.


Foto: amanz.my


Kamera hadapannya pula dilengkapi  16-megapixel dengan sokongan pencahayaan LED. Motorola turut menyertakan lensa sensor khusus 4-megapixel untuk tujuan rakaman selfie pada keadaan cahaya malap.


Moto X4 juga hadir dengan sokongan kalis air IP68. Motorola melengkapkan ia dengan Android 7.1 Nougat, dan ia dijangka akan menerima kemaskini Android Oreo.


Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM1899.


Mana satu pilihan anda? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2017 11:02 AM | Show all posts
Aku keliru jap.. Salah type ke atau aku tak tau yang lenovo dah beli motorolla...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.692268 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list