CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 955|Reply: 10

[Tempatan] Bolehkah Pelampau Memulihkan Pelampau?-MAZA

[Copy link]
Post time 10-11-2017 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hairan apabila terdapat pihak yang memakai gelaran agama yang gagal memahami Islam sebagai agama rahmat.

Melalui kenyataan yang dimuat naik ke Facebook semalam, Mohd Asri mengatakan individu tersebut mempertikaikan tindakan orang Islam yang memberikan bantuan kepada orang bukan Islam pada waktu bencana.

"Orang seperti ini boleh mempertikaikan non-muslim yang diberikan pertolongan ketika bencana dengan beralaskan kefahaman fekahnya yang sempit," kata Mohd Asri.

Tambahnya, lebih menghairankan lagi khidmat individu tersebut digunakan untuk memulihkan mereka yang dituduh pengganas dan ekstrimis.


"Persoalan kita, bolehkah 'pelampau' memulihkan pemikiran pelampau?! Ini bukan kali pertama beliau menzahirkan pemikiran pelampaunya," ujarnya lagi.

Mohd Asri berpendapat, pihak terlibat wajar menilai perkhidmatan individu tersebut.

"Pihak berkuasa wajar menilai semula hal ini dengan serius," kata Mohd Asri.

Baru-baru ini, tindakan seorang ahli jawatankuasa surau membuka pintu surau kepada mangsa banjir bukan beragama Islam menarik perhatian ramai pihak.

Tindakan tersebut bukan sahaja mendapat pujian orang ramai dan pelayar laman sosial, malah Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Dr Fathul Bari Mat Jahya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga memuji inisiatif tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Puji surau, masjid dibuka untuk mangsa banjir]

Tidak ketinggalan, mangsa banjir Pulau Pinang yang berlindung di dalam surau tersebut juga melahirkan rasa syukur mereka dengan tindakan tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2017 09:46 PM | Show all posts
Mmmmmmm........boleh ka atau tidak boleh ka....:

sama sama kita renungkan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 09:50 PM | Show all posts
jika khidmat beliau masih diperlukan, bermakna beliau berjaya menjalankan tugas yang diamanah kepada beliau dengan begitu berkesan.


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 09:53 PM | Show all posts
zamihan aset

"Ustaz Zamihan adalah seorang pakar pemulihan itu dan mengikut rekod, kejayaan beliau untuk melakukan pemulihan akidah terhadap orang Islam yang terbabit dalam keganasan atau melakukan keganasan berat ini cukup berjaya.

"Ertinya beliau adalah aset untuk memulihkan akidah apatah lagi dalam mengembalikan kumpulan itu ke jalan yang benar dari segi agama, dan saya tidak fikir beliau harus dihukum dengan jawatan yang diberikan Jabatan Penjara itu," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 10:06 PM | Show all posts
Siapakah yang dimaksudkan oleh Dr. Asri ini?

Adakah pelampau yang dia maksudkan pakar cara membersihkan dubor selepas verak yang di redhoi Allah merangakap Presidin Persatuan Penganut Isle versi wal jamaah dan Wal Sunnah apaka nama dia itu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 10:12 PM | Show all posts
rekod menunjukkan Dr Zamihan telah berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2017 09:12 AM | Show all posts
Kalau pakar pulihkan ekstremis dr angkat senjata ke bukak dobi halal, yg tu mmg zamihan taliban berjaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2017 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang banyak kejayaan zamihan.dalam youtube semua kalau nak tengok taip je zamihan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2017 11:41 AM | Show all posts
mmg zamihan agak keras & aku pun tak setuju. tp nak tau jugak apa kejayaan Asri dlm kemaslahatan ummah selain suami boleh jilat 'tut' bini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Send Zamihan to China, Tawfik tells Putrajaya
Sheith Khidhir Bin Abu Bakar
ShareTweetPinMail
Tawfik-Ismail_zamihan-mat-zin_china_600

PETALING JAYA: Moderation advocate Tawfik Ismail has proposed that the government send Zamihan Mat Zin to one of China’s Muslim regions so he can learn to understand the Chinese better.

“Let him feel the bitterness of a Chinese winter to understand why people don’t bathe daily but remain clean,” he said.

Tawfik was reacting to Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi’s defence of the preacher, who created a stir last month when he criticised the Sultan of Johor for rebuking the operator of a Muslim-only laundrette in Muar.

Zamihan also made derogatory remarks about the hygiene of Chinese Malaysians.

Zahid recently described the controversial preacher as an expert in the rehabilitation of terrorists or potential terrorists. “He is an asset when it comes to rehabilitating the faith of those who have gone astray,” he said.

Speaking to FMT, Tawfik accused the government of “blindly” supporting Zamihan.


“My response to Zahid’s endorsement of Zamihan is that the government should send guys like him to Muslim China for a year to experience life as a Chinese Muslim,” he said.

Maszlee Malik, a member of Institut Darul Ehsan’s Community Unity Research Centre, also criticised Zahid for his endorsement of Zamihan, saying it had no value without the testimonies of experts.

He said it was crucial that a third party evaluate the effectiveness of the rehab programmes conducted by Zamihan.

“Third party experts like the Malaysian Human Rights Commission (Suhakam), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) and Southeast Asia Cooperation and Training (Seacat) or any researcher in the field must get involved,” he told FMT.

“We are dealing with the nation’s future and with efforts that have been funded by taxpayers’ money. People like Zamihan must be accountable and transparent.”

Maszlee, who teaches at the International Islamic University, also said the non-Muslim leaders of Barisan Nasional should have their say in the matter as well.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2017 12:23 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 11-11-2017 10:10 AM
Memang banyak kejayaan zamihan.dalam youtube semua kalau nak tengok taip je zamihan

tapi kantoi rasis dan hina bangsa lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.559369 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list