CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6860|Reply: 115

[Tempatan] Selepas Dobi ‘mesra Islam’, Kedai Jepun Larang Cina Masuk Premis?

  [Copy link]
Post time 10-11-2017 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Selepas isu kedai dobi “mesra Islam” di Muar September lalu, kini sebuah kedai menjual produk Jepun di Johor Bahru dilaporkan melarang orang Cina memasuki premis itu.

China Press memetik seorang lelaki berusia 48 tahun yang mengadu kakitangan di kedai menjual produk penjagaan kesihatan dan rumah di Taman Larkin Perdana itu melarang beliau memasuki premis berkenaan bulan lalu.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan dasar diskriminasi itu memberitahu kakitangan berkenaan beliau akan membuat aduan kepada menteri besar Johor.

Kakitangan itu bagaimanapun menjawab: “Orang Melayu ada kedai Melayu, orang Cina ada kedai Cina”.

China Press melaporkan hasil pemeriksaan wartawan ke kedai itu mendapati ada notis bahasa Melayu dan Cina yang ditampal di luar pintu.

Notis itu tertera “Harap maklum bahawa kami menggunakan bahasa Melayu dalam sebarang aktiviti penerangan semasa promosi dijalankan. Hanya warganegara Malaysia yang berbangsa MELAYU sahaja dibenarkan masuk. Segala kesulitan amat dikesali”.

Di bawah notis itu tertera perkataan Cina berbunyi: “Pelanggan Cina dialu-alukan mendapatkan lokasi promosi untuk orang Cina daripada pengurus kedai dan mengunjungi tempat itu”.

Akhbar itu difahamkan syarikat berkenaan memasuki pasaran orang Cina 25 tahun lalu dan kini ia sudah matang dan mula meneroka pasaran bukan Cina sejak setahun setengah lalu.

Seorang pengurus wanita di kedai itu menjelaskan syarikat berkenaan tidak mengamalkan “diskriminasi kaum” kerana mereka ada cawangan dibuka di Johor dan negeri lain yang khusus untuk orang Cina.


Beliau berkata, demi meneroka pasaran baharu, mereka menubuhkan cawangan di Ipoh, Kuala Lumpur dan Johor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta terbuka kepada pelanggan Melayu dan India sahaja.

Katanya, ramai orang Cina sebenarnya mengetahui produk syarikat itu dan mereka dialu-alukan ke cawangan dibuka khusus untuk kaum itu.

Beliau mengakui bimbang dengan kedai khusus untuk umat Islam sahaja, tetapi katanya itu adalah strategi pemasaran syarikat yang bukan bertujuan meminggirkan kaum Cina.

Beliau berkata, syarikat itu pernah mengutamakan pelanggan Cina sahaja kerana ketika itu produk diperkenalkan mereka belum mendapat sijil halal.

Sementara itu, seorang peniaga berusia 56 tahun berkata, syarikat berkenaan membuka cawangan di Taman Larkin Perdana itu September lalu.

Wanita itu yakin cawangan berkenaan hanya membuka pintu kepada pelanggan Melayu dan India kerana bimbang kaum Cina tidak memahami bahasa Melayu.

Seorang pengusaha bengkel motosikal berkata, ada kakitangan yang membenarkan beliau memasuki cawangan itu, tetapi bimbang beliau akan berdepan masalah jika orang Cina lain juga mahu masuk.

Difahamkan, majoriti penduduk dan peniaga di Taman Larkin Perdana terdiri daripada orang Melayu.

Pada 27 September lalu, Sultan Johor mengarahkan pemilik Elite Laundry, sebuah kedai dobi layan diri di Muar, memohon maaf atau berdepan penutupan kerana menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan Islam sahaja atas “faktor kesucian”.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, pemilik itu boleh meninggalkan Johor jika mahu meneruskan dasar itu.

“Saya mahu pemilik kedai meminta maaf kepada saya dan rakyat Johor. Dia membuat rakyat Johor marah dan berasa malu kerana ini bukan Johor yang kita mahu.

“Saya cadang dia buka kedai di Afghanistan,” katanya dipetik The Star.

Pemilik itu akhirnya akur dan memohon maaf kepada Sultan Johor serta menamatkan dasar “mesra Islam” itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2017 08:34 AM | Show all posts
kedai apa lak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bideo ada? Gambo ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 08:36 AM | Show all posts
bangsa jepun memang membenci bangsa cina dr dulu lagi...mereka anggap cina ni kotor cam babi
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 10-11-2017 08:36 AM
bangsa jepun memang membenci bangsa cina dr dulu lagi...mereka anggap cina ni kotor cam babi

Jepun mmg rasa diorang superior, superior daripada segala bangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2017 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
trakea replied at 10-11-2017 12:34 AM
Bideo ada? Gambo ?

Takde video atau gambar lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2017 08:45 AM | Show all posts
Siapa cakap talak paham bahasa ? Gua olang malisia misti boleh cakap melayu maaa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 08:47 AM | Show all posts
ashcroft86 replied at 10-11-2017 08:42 AM
Jepun mmg rasa diorang superior, superior daripada segala bangsa.

Jepun superior ke atas semua bangsa dari segi saiz zakar. Hahahahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2017 08:49 AM | Show all posts
Produk apa yang mereka tak nak sangat cina beli ?  
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 08:49 AM | Show all posts
ifanonline replied at 10-11-2017 08:36 AM
bangsa jepun memang membenci bangsa cina dr dulu lagi...mereka anggap cina ni kotor cam babi

jual brg dari jepun tokey nya malaysian
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 08:55 AM | Show all posts
korang tak paham ke.. aku salah paham ke.. atau korang tak bace berita ni..


bukan dia kata dia bukak satu kedai tu untuk khas bahasa melayu and india..
untuk org cina dia bukak kat tempat lain.. khas utk guna bahasa cina..

bukan gitu ke dia ckp
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 08:59 AM | Show all posts
Melayu saja? Itu ertinya india pun takleh  masuk la kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal khusus utk melayu jer nk sentap... kan dia ckp ada jgk khusus utk cina saja... pi la sana.. tang yg tu xder plak yg viral yer...
Wth, aku pelik awat kna buat segalanya special utk satu2 kaum? Dh berzaman kita hidup berbilang kaum tp duk highlights benda mcm br smlm hidup skali
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 09:03 AM | Show all posts
elok lah....yang cina sekor ni pun nak meroyan kenapa???? hadap sgt ke nak masuk kedai tu smpai gigih buat report dkt press bagai... aku dok perati je...cina2 msia ni suka sgt nak viralkan smua bnda...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 09:09 AM | Show all posts
hahahahaha







Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ashcroft86 replied at 10-11-2017 08:42 AM
Jepun mmg rasa diorang superior, superior daripada segala bangsa.


Jepun sudah lemah sekarang, kalau terus rasa superior pun tak berguna, hanya syiok sendiri.

Pasal china dah lebih maju drp jepun sekarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2017 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Cara owner ni business mmg mengamalkan diskriminasi, dgn mulanya target pada market cina di johor, kemudian PJ hanya utk melayu...ni kalau bukan diskriminasi ialah apa?

Kedai mcm ni patut ditutup, tak kira utk target "hanya" utk cina/melayu bla bla2...kenapa mesti nak asingkan malaysian?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 10-11-2017 08:55 AM
korang tak paham ke.. aku salah paham ke.. atau korang tak bace berita ni..



Tapi kenapa mesti asing2 senhingga halang bangsa tertentu masuk?

Masuk akal?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nama kedai ni?
Tengah hari jap i pergi sana amik gambar...


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya pernah masuk kedai jual barang2 utk melayu saja, utk india saja...tapi bezanya, owner kedai tak pernah kasi notis kaum lain tak leh masuk, mesti pakai bhs apa, semua kaum dilayan walaupun produknya hanya target market suatu kaum saja...

Contohnya, kedai jual songkok...kedai jual barang2 sembahyang utk hindu dan sbgnya...kadangkala, we buy too based on curiousity
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.088161 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list