JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
1592
View
1
Reply

Marquez Juara Dunia Kali Keempat

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-11-2017 09:08 AM | Show all posts |Read mode



VALENCIA:
Marc Marquez merangkul gelaran juara dunia MotoGP untuk kali keempat dalam tempoh lima tahun selepas pencabar terdekatnya Andrea Dovizioso gagal menamatkan perlumbaan selepas terlibat dengan kemalangan dalam aksi terakhir Grand Prix Valencia, malam tadi (waktu Malaysia).

Pelumba Sepanyol berusia 24 tahun itu hanya perlu menamatkan perlumbaan hari ini di kedudukan ke-11 atau lebih baik untuk memastikan kemenangan musim ini, tetapi dengan malang yang menimpa Dovizioso tugasnya menjadi mudah.

Pelumba Repsol Honda yang memulakan perlumbaan di petak hadapan itu menamatkan persaingan di belakang juara perlumbaan yang juga rakan sepasukannya Dani Pedrosa manakala kedudukan kedua menjadi milik pelumba Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco.

Dovizioso yang merupakan satu-satunya pelumba yang mampu mencabar Marquez berharap pelumba dari Sepanyol itu menamatkan persaingan di kedudukan ke-12 untuk merangkul gelaran juara pertamanya.

Pelumba berusia 31 tahun itu bagaimanapun ditimpa nasib malang ketika perlumbaan berbaki enam pusingan.

Sementara itu, aksi Moto 2 menyaksikan pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan persaingan musim ini di kedudukan ke-10 keseluruhan selepas pelumba Petronas Raceline Malaysia itu mencatat masa 43 minit, 30.438 saat (s) untuk menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

Penunggang Red Bull KTM Ajo, Miguel Oliveira yang menjuarai perlumbaan tersebut dengan masa 43:15.843s manakala tempat kedua menjadi milik juara dunia Moto2 yang baharu Franco Morbidelli daripada pasukan EG 0,0 Marc VDS (43:17.997s). Tempat ketiga dimenangi oleh rakan sepasu­kan Oliviera, Brad Binder (43:20.024s).

Seorang lagi pelumba Malaysia dalam saingan Moto2, Khai­rul Idham Pawi yang bernaung di bawah pasukan Idemitsu Honda Team Asia hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-25 dan menghuni kedudukan ke-27 secara keseluruhan.

Sementara itu, dalam Moto3, pelumba SIC Racing Team, Adam Norrodin gagal mengutip mata setelah menamatkan aksi­nya di kedudukan ke-17 de­ngan catatan masa 40:18.591s sekali gus menamatkan saingan musim ini di kedudukan ke-17 senarai kejuaraan dunia selepas mengumpul 42 mata.

- Utusan Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 09:37 AM | Show all posts
tahniah.......................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054579s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list