CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6139|Reply: 54

Tumbuklah, Tumbuk… Kau Tak Kenal Siapa Aku Lagi

[Copy link]
Post time 13-11-2017 12:02 PM | Show all posts |Read mode

KECOH pengguna media sosial bercerita mengenai tindakan seorang pemandu Proton Saga BLM bersikap seperti samseng jalanan hanya kerana perselisihan faham yang boleh dielakkan.


Kejadian pelik tersebut dipercayai sempat dirakamkan oleh mangsa pada 9 November lalu sebelum menjadi tular menerusi media sosial, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang di Kilometer 34.4 Lebuhraya Senai Utara, mangsa yang memandu Perodua Myvi mendakwa telah dimaki hamun oleh lelaki berkenaan dengan menggunakan kata-kata kesat.

Malah, si lelaki tersebut cuba melakukan provokasi meminta agar ditumbuk mukanya pula.

“Semasa saya memandu kereta untuk pulang ke rumah di Taman Senai Baru, apabila sampai di persimpangan lampu isyarat, saya telah berhenti di lorong sebelah kanan.

“Tiba-tiba ada sebuah kereta jenis Saga BLM berwarna silver mendekati belakang kereta saya dengan rapat.

“Selepas itu, kereta tersebut telah berhenti di sebelah kereta saya dan menurunkan tingkap sebelah pemandu.

“Selepas bertanya kepadanya ‘Apa masalah?’, lelaki itu memaki hamun sebelum beredar meninggalkan kami,” dakwa mangsa seperti yang dipetik laman Facebook JB Traffic Report.

Namun secara tiba-tiba lelaki itu memberhentikan keretanya di bahu jalan dan kemudian cuba melakukan ugutan kepada mangsa dan seorang lagi lelaki dipercayai suaminya.

“Lelaki itu memberhentikan keretanya di persimpangan industri murni dan menghalang kereta saya dari meneruskan perjalanan. Saya turun dari kereta dan bertanya apa masalah lelaki itu.

“Dia kata, ‘kau yang bodoh, jalan besar kenapa nak berhenti?!’, malah saya dimaki hamun dan dilemparkan dengan kata-kata kesat,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa bersama suaminya terus membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Video berdurasi satu minit 18 saat itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan kebiadapan pemandu Saga berkenaan.

“Ptuik! Ni abang long kawasan mane ni? Baru pakai Saga dah berlagak besar, kalah orang bawak BMW,” tulis seorang netizen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2017 12:05 PM | Show all posts
warga negara J
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaya muka tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:10 PM | Show all posts
samseng2 jalanan macam ni buang masa je layan
menyusah ke orang lain pulak dah nak kena bagi laluan ke dia nak bergaduh
elok mampus je la
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:14 PM | Show all posts
ak dah berapa kali kena ngn beberapa jantan x guna, tunjuk samseng ngn ak bila diorg gesel kereta aku (contoh : ak parking elok diam2 dlm kerera then dia yg rapat pahtu bergesel pintu)  lps tu ajak gaduh. dh la bersalah, x mtx maaf, ajak gaduh!

euwwww takde telur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2017 12:16 PM | Show all posts
chinta89 replied at 13-11-2017 12:14 PM
ak dah berapa kali kena ngn beberapa jantan x guna, tunjuk samseng ngn ak bila diorg gesel kereta ak ...



telur ada, cuma saiz tak padan dengan saiz telur manusia biasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2017 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
gaya dah mcm orang sewel
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Waragnegara J.. X heran pun. Acah2 lanun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2017 12:20 PM | Show all posts
chinta89 replied at 13-11-2017 12:14 PM
ak dah berapa kali kena ngn beberapa jantan x guna, tunjuk samseng ngn ak bila diorg gesel kereta ak ...

teruknya...ni yg buat aku lagi takut drive
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ouhhh kat negara J
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik keja kt hiway jugak..myvi dah kemik sebelah..lg 1 keta apatah..baru...2 laki malay n 1 chinese..betekak tepi hiway..tah apa jadi..bumper myvi tanggal duk atas hiway..aku langgar serpihan..choiii jahanam keta aku
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah kerana cuba mengejar lampu merah tetapi kereta depan tetiba break emergency? Pdn ler muke kena break mengejut,ikut lagi dekat2
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:35 PM | Show all posts
alieyrina replied at 13-11-2017 12:33 PM
Balik keja kt hiway jugak..myvi dah kemik sebelah..lg 1 keta apatah..baru...2 laki malay n 1 chinese ...

Kenapa Alieyrina tak join mereka bertekak juga untuk menuntut hak sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:42 PM | Show all posts
chinta89 replied at 13-11-2017 12:14 PM
ak dah berapa kali kena ngn beberapa jantan x guna, tunjuk samseng ngn ak bila diorg gesel kereta ak ...

psg aja dvr camera kakpemandu pmpn patut diwajibkn psg dvr, dari beli sematpon, tudung, baju,kasut mahal2 tu
(yg para suami,abang,bapa kt sni jgnla kedekut kt sedara pmpn hang tu.., pi blikn pstu psg kt kete dia)

seketul baru rm80 aja


psg keliling, dpn blkg , sudut 170 degree punya
yg HD punya
dpt la bukti, pstu tepek kt tenet,
baru dia terasa kehilangan kemaluan dia


ni ada kes, baru nk pegang tepon, nk rekod cm dlm thread ni.
cmnela org nk tau cerita dari awal
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:45 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 13-11-2017 12:35 PM
Kenapa Alieyrina tak join mereka bertekak juga untuk menuntut hak sendiri?

Langgar manja jah..biar leww..lg pun benda mcm plastik..kalau besi nangis lah..
Bahaya duk berenti tepi hiway gitu..kalau komtena lalu sipi2 nk begesel
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila agaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2017 12:52 PM | Show all posts
org cani tunjuk samseng dgn driver pompuan je
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:57 PM | Show all posts
memeque12 replied at 13-11-2017 12:16 PM
telur ada, cuma saiz tak padan dengan saiz telur manusia biasa

hahahaha



Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 01:11 PM | Show all posts
bagi aku 2-2 pun serupa sakai.yg sorang tu dok provoke..ko x kenal sapa aku lagi.mmg senang mengundang.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 01:25 PM | Show all posts
mcm bapok siam je gemuk ni
sakai bawak saga mmg beruk
org duk kata myvi je padahal saga pun sama sakai gak
sbb bkn salah tp mentaliti sakai tu dibawak xkire bawak keta ape
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.367899 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list