CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6175|Reply: 95

[Tempatan] 'Ibu Durjana' Yang Melacurkan Dua Anak Perempuannya Kepada Lelaki Asing Dihukum

  [Copy link]
Post time 13-11-2017 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 13-11-2017 12:45 PM



'IBU Durjana' yang melacurkan dua anak perempuannya kepada lelaki warga asing dihukum penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor, hari ini.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 39 tahun mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan melakukan perbuatan terbabit.

Berdasarkan lima kertas pertuduhan, ibu tunggal itu yang mempunyai pemeliharaan dan hubungan amanah sebagai ibu kandung kepada remaja perempuan 13 tahun didakwa menganiaya dari segi seks dengan cara melacurkan mangsa.

Manakala, bagi lima lagi pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang lagi anaknya iaitu kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Semua perbuatan itu dilakukan antara 9.25 pagi, 1 Oktober lalu hingga 12.21 tengah hari, 7 Oktober lalu, di hotel bajet di Larkin Perdana, Johor Bahru.

Pendakwaan bagi semua perbuatan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum hukuman dijatuhkan, wanita yang tidak bekerja itu kelihatan tenang dan memohon hukuman denda sahaja memandangkan mempunyai dua lagi anak berusia 4 dan 5 tahun di bawah jagaannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh yang dianggap amat serius.

Beliau berkata, sebagai ibu kandung, tertuduh sepatutnya memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak dan bukan sahaja menjaga kebajikan tetapi juga keselamatan mereka.

"Mengikut keterangan impak mangsa, ternyata kedua-dua mereka trauma dengan kejadian ini. Mohon hukuman yang bukan sahaja memberi pengajaran kepada tertuduh, tetapi buat semua masyarakat atau ibu bapa yang lain," katanya.

Hakim yang turut menasihatkan tertuduh supaya insaf dan bertaubat itu kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan pertuduhan yang sama tarikh berjalan serentak, manakala yang lain dilaksanakan selepas tamat hukuman sebelumnya.

Mengikut fakta kes, pihak sekolah kepada remaja 13 tahun itu ada menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan mangsa dijual ibunya kepada lelaki warga asing dan oleh kerana mangsa sudah tidak hadir ke sekolah selama 18 hari, pihak sekolah berasa curiga sebelum memaklumkan kepada polis.

Polis kemudian membuat tangkapan terhadap tertuduh di rumah di Senai pada 25 Oktober lalu selepas wanita yang tidak bekerja itu memberitahu pernah beberapa kali membawa dua anak perempuannya itu ke hotel bajet berkenaan untuk dilacurkan kepada dua lelaki warga Bangladesh.

Perbuatan itu membolehkan tertuduh menerima bayaran RM50 bagi setiap anak, manakala mangsa akan menerima bayaran RM1, RM5, RM10 dan RM20.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereput la dalam penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:50 PM | Show all posts
gelaran binatang pun tak layak utk betina  ni....
dia hanya layak panggil setan betina
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:55 PM | Show all posts
lps ni dh tua2 jgn wat cerita sedih dibuang anak derhaka plk!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 01:05 PM | Show all posts
Mendapat susah hadap je ler hukuman yang dikenakan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 01:10 PM | Show all posts
semoga dirogol dalam penjara nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2017 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mereput dlm penjara..tak guna pny mak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 01:16 PM | Show all posts
semoga mak nya insaf.. tergamak lacurkan ank sendiri..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2017 01:19 PM | Show all posts
chinta89 replied at 13-11-2017 12:55 PM
lps ni dh tua2 jgn wat cerita sedih dibuang anak derhaka plk!

hat ni aku sokong.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjara 75 tahun ... tggu mati je la kak
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
You give mothers a bad name and reputation lah akak. Demm what was on her mind masa dia lacurkan anak2 dia tu? Gila betul!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ai jadik akak polis tu ai tendang2 jah saitan berkerudong tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 01:45 PM | Show all posts
hari tu ada yg persoalkan kenapa sendiri x melacur...tgk drpd gambar tu mmg mcm xde value utk dilacurkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 01:47 PM | Show all posts
kau sibuk mintak kurangkan denda sbb pikir ade anak kecik lg 2 org...abis, 2 bdk yg kau lacurkan tu sape??????


weh pompuan!!!!!!

kau x layak utk milik hak penjagaan laa setan......

semoga maut menjemput sebelum kau keluar dari penjara.....

supaya 2 bdk tu xsempat jadik anak derhaka....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nama ??
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 02:24 PM | Show all posts
sendiri duduk rumah makan hasil lacur anak...

gila... mmg nak beranak sbb nak dpt rezeki mcm nie kot...lagi ramai anak pompuan lagi bagus?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2017 02:26 PM | Show all posts
patut di sebat jugak pompuan jongos ni...

ko meringkuk sampai mapus dlm penjara pun, maruah anak ko dah tergadai dah tak boleh nak patah balik
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 02:26 PM | Show all posts
Kau ni manusia ke setan?!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
asalkan bertudung....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum kena tahan ntah2 free hair x? Plsla jgn pakai tudung pegi court,org akan pandang serong perempuan yg pakai tudung..dosa kau dah buat cukup besar. Mana pegi hati perut seorang ibu tergamak lacurkan anak sendiri? Apa yg perempuan ni fikir? Sbg ibu,ko wajib protect anak ko,bkn dgn cara mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.063878 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list