View: 2375|Reply: 28
|
[Tempatan]
Kementerian dedahkan 20,807 unit kediaman siap dibina TAPI masih tiada pembeli
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Unit kediaman siap dibina yang tidak terjual meningkat 40 peratus kepada 20,807 unit bernilai RM12.26 bilion pada separuh pertama 2017 berbanding tempoh yang sama 2016, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong.
"Kondominium dan pangsapuri berharga lebih RM500,000 mendominasi kediaman (siap dibina) yang terjual dalam negara,” katanya ketika berucap pada majlis taklimat Pasaran Awalan Harta Tanah 2017 di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau berkata, lokasi dan harga kediaman turut menjadi faktor kepada masalah tidak terjual.
"Di Kuala Lumpur, kediaman berharga RM300,000 dianggap mampu milik tetapi perkara ini mungkin berbeza mengikut negeri," katanya.
Justeru itu, Lee menyarankan pihak berkuasa tempatan membuat kajian pasaran menggunakan statistik dan petunjuk pasaran harta tanah yang diterbitkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di bawah Kementerian Kewangan sebelum mempertimbangkan kelulusan pembangunan harta tanah.
"Saranan yang sama juga diberikan kepada pemaju harta tanah supaya keputusan yang tepat dapat dibuat bagi menjamin kelestarian pasaran harta tanah negara," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, terdapat sebanyak 68,000 unit kediaman mula dibina​​​​​​​pada separuh pertama 2017, meningkat 16 peratus berbanding jumlah yang dicatatkan pada separuh​​​​​​​pertama 2016.
“Peningkatan ini disumbangkan oleh unit strata yang kebanyakannya terletak di Kuala Lumpur. Kenaikan 16 peratus dalam projek permulaan harta tanah ini memberi petanda bahawa terdapat keyakinan terhadap ekonomi negara, jika tidak, mereka (pemaju perumahan) tidak akan memulakan projek berkenaan,” katanya. – Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Developer ni memang buat je rumah walaupun takda keperluan..asal tanah kosong je buat rumah bertingkat-tingkat.ngeri betul bila ada yang buat projek sampai 44 tingkat |
|
|
|
|
|
|
|
Tp bagis juga byk lambakan rumah yang tak terjual. Semoga harga rumah boleh adjust balik ke harga yg betul2 mampu milik |
|
|
|
|
|
|
|
tanda2 nak jual kepada warga asing la ni rakyat kena bersatu padu tentang dasar penjualan rumah kepada warga asing. Sewa takper, tapi limited rakyat Malaysia ada rumah cuma 3 biji sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
adm7 replied at 13-11-2017 05:32 PM
Tp bagis juga byk lambakan rumah yang tak terjual. Semoga harga rumah boleh adjust balik ke harga yg ...
Bunyi mcm nk panggil china prc habiskn rumah yg tak laku tu je ....
|
|
|
|
|
|
|
|
ada yang sependapat dengan kaka. dah lama benda ni berlaku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dah income untuk household negeri lain pun rendah banding kl, opkos kalo buat rumah 300k xlaku..
300k buat kat KL lain dengan 300k buat kat ganu.. ganu yg kata ulu banat tu pun harga rumah bukan main.. |
|
|
|
|
|
|
|
cina peking xpe...cina molia
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak rumah xlaku.. main con, sub con memang mengeluh sekarang ni sebab developer delay bayar duit dgn alasan tak ada buyer.. rumah buat 500k, ko rasa?? Jangan jual pada warga asing.. teruk market nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 13-11-2017 05:54 PM
tanda2 nak jual kepada warga asing la ni rakyat kena bersatu padu tentang dasar penjualan ruma ...
Setuju dengan kaka..
Tanda2 nak jual pada warga asing ler tu.. say no ti foreign ownership.. biar hujung doniya sajo yg jahanam jangan satu malaysia kena tempias |
|
|
|
|
|
|
|
adm7 replied at 13-11-2017 05:31 PM
Developer ni memang buat je rumah walaupun takda keperluan..asal tanah kosong je buat rumah bertingk ...
Property project bukan setahun dua.. nak masuk km pun kekadang mkn setahun kekadang 6 bulan.. constructions lagi.. so mereka planning lama sejak dalam jangka masa 2012-2013—>masa harga rumah tengah naik dgn rancak.. normal reaction bila harga naik, supply dalam market bertambah.. cuma kena pastikan sama ada genuine demand or externalities la.. property overhang salah satu petanda/kesan property burst jika supply dalam elastic.. gitew |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan pembeli je bernasib malang rupanya pemaju pun ada
Akak beli rumah yang pemajunya dah muflis. Bila jual rumah tu balik banyak sungguh masalah, dah hampir setahun akak belum dapat duit jualan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa mcm tu.. rumah kt sabah harga tak masuk akal like semi D $600k kt kaw luar bandar pun habis orang beli |
|
|
|
|
|
|
|
Jorja replied at 13-11-2017 08:23 PM
Kenapa mcm tu.. rumah kt sabah harga tak masuk akal like semi D $600k kt kaw luar bandar pun habis o ...
Kalo ada tanah sendiri, buat rumah sendiri..lebih jimat |
|
|
|
|
|
|
|
Ideanya untuk tiru spore . ada satu pehak yg akan beli segala kondo tu dan menyewakannya .contoh yg banyak ada .. segala myanmar , bangla , negro sebijik rumah boleh dikongsi beramai2 kalau bangla tu mungkin lebih dari 10 org . Korang bayangkan sewanya kalau 2k pun ..kalau 10 org pun , jatuh satu kepala pun cuma 200 rm . Ini sungguh berbaloi . |
|
|
|
|
|
|
|
Cuma kalau yg local tu yg melayu yg gaji bawah 3k tu , yg ketua keluarga tu yg terpaksa menanggong family tu .. korang sendirilah mau ingat .cekau lah sana sini .. berhutanglah selagi boleh . |
|
|
|
|
|
|
|
Dkt ipoh kawan iols kata dkt tepi Jerat cina taman polo pun nak dibangunkan jugak... samp round about tu... abis la pokok2 besar2 kt situ... dorg asal blh je..... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-11-2017 10:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Petanda nk bagi warga asing beli la tu
Sebelum ni pernah jadi mcm tu
Kerajaan BN tunduk melutut dgn desakan pemaju |
|
|
|
|
|
|
|
turun sampai 100k ribu seunit pun melayu tetap komplen mahal
|
|
|
|
|
|
|
| |
|