CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195532|Reply: 3218

[Edisi AJL 32] Tema #FesyenXMuzik. Malam Ini Penentu. Siapa Bakal Pemenang AJL 3

     Close [Copy link]
Post time 13-11-2017 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by enchikfitz at 11-2-2018 09:35 AM


Memandangkan benang AJL kelolaan @qqOfficial dah cukup 100 pages, meols dengan ini membuka thread baru Anugerah Juara Lagu 32. Tema masih belum diketahui. Tetapi segala informasi tentang AJL 32 akan diupdate di sini. Anugerah Juara Lagu akan berlangsung pada 11 Februari 2018.



Pengacara masih lagi Sherry Al Hadad & Hefny Sahad.

Mod @teky , supermod @seribulan mohon highlightkan benang ini sebagai benang rasmi yach!





12 LAGU FINALIS YANG MARA KE ANUGERAH JUARA LAGU 32





1. Lagu: Sejati
Artis : Azmi (Caliph Busker)
    Komposer/Lirik : Faizal Tahir & Mike Chan / Faizal Tahir & Mike Chan




2. Lagu: Tergantung Sepi
    Artis : Haqiem Rusli
    Komposer/Lirik: Ghuffran & Ibnu /Ghuffran & Ibnu



3. Lagu: Jampi
    Artis : Hael Husaini
Komposer/Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong



4. Lagu: Separuh Mati Ku Bercinta
    Artis : Dayang Nurfaizah      
    Komposer/Lirik: Ajai / Ajai



5. Lagu: Amboi

    Artis : Altimet
    Komposer/Lirik: Navigator / Altimet



6. Lagu: Lebih Sempurna
    Artis : Syamel
    Komposer/Lirik: Syamel




7. Lagu: Aku Yang Sebenar
    Artis : Hazama & The Penglipurlara
    Komposer/Lirik: M.Nasir / Ad Samad



8. Lagu: Akhirnya Cinta
    Artis: Salma
    Komposer/Lirik: Ajai / Slen




9. Lagu: Menahan Rindu
    Artis : Wany Hasrita
    Komposer/Lirik: Ghuffran & Ibnu /Ghuffran & Ibnu



10. Lagu: Aku Cinta
      Artis: Syamel & Ernie Zakri
      Komposer/Lirik: Syamel/Syamel



11. Lagu: Bayang
      Artis: Khai Bahar
Komposer/Lirik: Harry Khalifah/Patrick Anahoda



12. Lagu: Warkah Untukku
      Artis : Ara Johari
      Komposer/Lirik: Hang Nadim / Laq



Jadi silakan berkongsi pendapat, kritikan anda mengenai AJL 32 yang bakal berlangsung tak lama lagi. Selamat berforum!




Single Polls, Total 1507 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2017 06:43 PM | Show all posts
Edited by enchikfitz at 18-1-2018 01:38 AM

Brand Ad AJL 32


Trofi AJL tahun ini



Trofi Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) diberi kelainan dengan suntikan elemen fesyen daripada pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, suntikan elemen fesyen itu bersesuaian dengan tema tahun ini iaitu Fesyen dan Muzik.

"Memasuki edisi ke32, Anugerah Juara Lagu masih utuh mendominasi sebagai pentas terbaik bagi mengangkat usaha pemuzik tempatan merangkumi komposer, penulis lirik dan penyanyi melalui penjurian profesional.

"Kami turut berbangga kerana tidak hanya mengiktiraf lagu terbaik, AJL dilihat menjadi pentas idaman para penyanyi untuk mempamer kualiti vokal dan persembahan.


"Selain itu, buat pertama kali demi menampilkan kelainan bersesuaian tema, trofi AJL32 telah disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama pereka fesyen Rizman Ruzaini," ujarnya.

Dia ditemui pada majlis sidang media Anugerah Juara Lagu ke32 yang berlangsung di JW Marriot, di sini, Rabu.

12 buah lagu akan bertanding pada 11 Februari depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tambahnya, fesyen antara perkara yang paling ditunggu oleh penonton selain persembahan lagu.

"Muzik dan fesyen saling melengkapi, tema yang dipilih tahun ini sangat bertepatan.


"Mengambil kira transisi fesyen yang sentiasa berubah-ubah dari tahun 1986 hingga kini, pasti ramai masih ingat fesyen pilihan Ramlah Ram yang berani berevolusi ketika itu memakai baju berbentuk hati," ujarnya.

Sementara itu, pada majlis tersebut turut mengumumkan penyanyi Alif Satar dan pengacara Sherry Al Hadad sebagai hos pertandingan nyanyian itu.


AJL 32 dibawa khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+. Selain itu, Samsung turut menyumbang hadiah bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan persembahan terbaik.

Pada malam itu, peminat juga bakal dihiburkan dengan persembahan artis iaitu Stacy, AG Coco, Edrie Hashim, Waris, Awie, Siti Sarah, A Rahman Hassan dan Jeffrey Din.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2017 06:43 PM | Show all posts
Edited by enchikfitz at 23-1-2018 12:10 AM

Poster rasmi finalis AJL 32























Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2017 06:43 PM | Show all posts
Edited by enchikfitz at 18-1-2018 02:36 AM

Trivia AJL 32
1. Pentas AJL kembali semula ke Axiata Arena (dahulunya dikenali sebagai Stadium Putra Bukit Jalil) selepas dua edisi AJL diadakan di tempat lain. AJL 30 (Stadium Melawati) & AJL 31 (PWTC)

2. AJL 32 dikendalikan oleh Sherry Al-Hadad dan Alif Satar. Tema AJL tahun ini adalah FESYEN & MUZIK.

3. Trofi AJL diberi design baru oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

4. Sebanyak 12 lagu dipertandingkan pada edisi ke 32 kali ini. 6 lagu balada, 1 lagu hip hop, & 5 lagu berentak pop/rock

5. Altimet satu-satunya penyanyi hip hop yang layak ke final AJL 32 dan Amboi satu-satunya lagu rap penuh layak ke pentas akhir.

6. Hanya Wany Hasrita, Khai Bahar & Ara Johari layak ke final dengan single debut.

7. Syamel satu-satunya singer-songwriter yang berjaya ke final dengan dua lagu (Lebih Sempurna & Aku Cinta)

8. Hanya Ezra Kong, Ajai, Ibnu & Goufran merupakan komposer yang layak ke final dengan 2 lagu (Jampi/Sejati, Separuh Mati Ku Bercinta/Akhirnya Cinta, Menahan Rindu/Tergantung Sepi)

9. Tiada band layak ke final (kecuali Hazama dengan band iringan)

10. Ernie Zakri & Syamel satu-satunya pasangan duet bakal beraksi di pentas akhir AJL 32.

11. AJL 32 menyaksikan Hazama (2012, 2013, 2014, 2015, 2016) & Dayang Nurfaizah (2001, 2004, 2014, 2015, 2016)  beraksi untuk kali ke 6 di pentas akhir.

12. Hanya lagu Sejati akan dinyanyikan oleh penyanyi gantian (Azmi Caliph Busker).

13. Kembalinya lagu ciptaan M. Nasir ke final AJL selepas kali terakhir bertanding pada edisi ajl 26 (Awan Nano) & Aidit Alfian pada ajl 23 (Kalis Rindu) menerusi lagu Aku Yang Sebenar.

14.

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 07:04 PM | Show all posts
11 ke 18 feb sis? iols konpius yach
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 07:05 PM | Show all posts
Eh rmai gak vote lagu jampi
Ingtkn iols sorg je suka lg tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2017 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Done vote, walaupun iolls rase jampi akan menang juara lagu tapi tetap vokal terbaik bakal dimenangi oleh my superb dayang nurfaizah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Iol suke lgu tergantung sepi

Sejati pun layak juara tp nak FT yg nynyi. Caliph busker mcm xde aura juara

Menahan rindu iol hrap dpt bg kezutan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2017 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Theyols dah susun ikut susunan tu.. i jangka Sejati wins Juara Lagu. Pencabar terdekat dik qiem!! Whoever performs better wins that night.. Btw 11 Feb kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt ada edisi tacang x ajl kali ni mcm tahun2 lepas?

Walo meols xberapa restu senarai lagu yg masuk ajl tahun ni tp meols tetap nak ngundi gak. Byk lagu bbnu. Rase nak terjun lombong je
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ajl kali ni meols restu lagu sejati n jampi je. Lagu bbnu lain baibai esp lagu ara johari tu. Menyampah dgr
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jampi/sejati juara ajl no 3 aku cinta
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 07:45 PM | Show all posts
meols ada terbaca yang konon2 ayda jebat mcm x puas hati lagu sheols x dpt masuk juara lagu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I nk merempan lagu sabar xmasuk boleh x? Lagu syamel tu emm i who r yus kn je. Lagu xsedap & xpenah dgr pon
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih Salma masih 0% vote. Harap Salma cipta kejutan mcm Ana Rafalli haha
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat peristiwa tahun lepas bila forumer vote Shilalat sbg bakal juara AJL 31. Alih2 Dayang dgn mek mehah suara gegar2 dpt spot dlm AJL. Terus merempan shilalat akibat diberi harapan palsu oleh pengundi forumer Cari.

Adakah bam pejal, kak haelina dan dik haqim bakal melalui sejarah yg sama tahun ini? Adakah Salma bakal mencaras Anna Rafali dan Ajai&Nurul sbg juara AJL paling tak direstui dlm sejarah AJL?

Harap ada kejutan utk edisi AJL kali ni. Khai Bahar, Erni&Syamel, Wany Hasrita mybe buleh buat kejutan di samping Salma. Sila caras calon2 yg kunun nya feveret itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2017 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
iols hrp lagu sejati jd juara..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 09:07 PM | Show all posts
persembahan paling bosan iols awal2 bagi kat dayang yach sebab tiap2 tahun sama jah konsepnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 09:10 PM | Show all posts
tahniah Dayang bakal juara lagu  

ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
adoi..tiap2 thun dayang ada...mmg ksyangan tbi 3 kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.104321 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list