CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 533|Reply: 4

[Tempatan] 11 wakil PAS berkecuali, MT Umno ucap terima kasih

[Copy link]
Post time 14-11-2017 08:51 AM | Show all posts |Read mode
11 wakil PAS berkecuali, MT Umno ucap terima kasih
13 Nov 2017, 9:40 pm      13 Nov 2017, 11:19 pm

PARLIMEN | Bajet 2018 diluluskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini dengan undian 107 daripada 222 anggota parlimen menyokong.
Sebanyak 59 anggota parlimen menentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, sementara 11 berkecuali.
Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) memohon agar pengundian belah bahagi (bloc voting) dilakukan untuk bacaan kedua petang tadi.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan bacaan kedua dan ia akan dirujuk kepada peringkat jawatankuasa.


Ketika dihubungi, Mahfuz berkata 11 yang berkecuali merupakan wakil PAS.
“Sebanyak 12 wakil PAS berada dalam Dewan Rakyat (semasa bacaan kali kedua diadakan). Saya menentang rang undang-undang itu, manakala 11 yang lain berkecuali,” katanya.
Menurut Mahfuz, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) tidak hadir.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berterima kasih kepada PAS.



"Bajet 2018 diluluskandi peringkat dasar di Parlimen dengan 107 menyokong dan 59 menentang. Sementara 11 anggota parlimen PAS berkecuali. Terima kasih PAS," katanya melalui akaun laman sosial Twitter.
Bajet 2018 sebanyak RM280.25 bilion, yang dibentangkan pada 27 Oktober lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sudah melalui enam hari perbahasan.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/401852#Euk16hcTweYGH48S.99

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2017 08:51 AM | Show all posts
lobai = jahil bajet dan ekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 09:01 AM | Show all posts
tak perlu UG pun takperrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:26 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:29 AM | Show all posts
Edited by sayang_mulut at 15-11-2017 02:31 AM

agak2 kalau time mengundi RUU 355 .. let say if that happens, 107 menentag, 11 setuju dan 59 berkecuali ... agak2 PAS nak cakap apa eh

sekali lagi... Hadi ponteng... die ni mmg keje ponteng je ke?? halal ke makan gaji buta .. ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.086279 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list