CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6181|Reply: 80

[Tempatan] Isteri buat alasan kononnya diculik, padahal larikan diri bersama lelaki lain.

[Copy link]
Post time 14-11-2017 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Diculik konon

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/283592/diculik-konon

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2017 @ 2:53 PM

Ayusliza Azizan
am@hmetro.com.my


GAMBAR hiasan

HELAH isteri yang mendakwa diculik terbongkar apabila mengaku melarikan diri bersama seorang lelaki selepas ditemui polis di Meru, Klang, semalam.

Kejadian berlaku 4.30 petang Jumaat lalu apabila wanita berusia 40 tahun itu tidak muncul ketika suaminya mahu mengambilnya pulang dari tempat kerja di sekolah di Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, mangsa yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sekolah itu tidak pulang pada hari berkenaan dan keesokannya suami mangsa berusia 55 tahun menerima panggilan melalui nombor telefon isterinya.

"Panggilan itu meminta suami mangsa menyediakan wang tebusan RM5,000 jika mahu isterinya dilepaskan.

"Bimbang dengan keselamatan isteri, suaminya melaporkan kejadian itu kepada polis," katanya.

Beliau berkata, hasil risikan polis dari cawangan IPD Klang Utara berjaya menahan wanita dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu, 9.30 pagi semalam di Klang.

Mazelan berkata, susulan penahanan itu, polis menemui mangsa di hadapan restoran di Jalan Meru, Klang, 11.30 pagi semalam.
Beliau berkata, ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan baik.

Katanya, polis berjaya menahan suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa, 2.30 petang semalam.

Menurutnya, soal siasat mendapati, mangsa mengaku tidak diculik tetapi melarikan diri daripada suaminya kerana bimbang dipukul jika suaminya mengetahui hubungannya dengan suspek.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2017 03:11 PM | Show all posts
adoi la makcik umo dh 40taun pun membirah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyokkk...dah ler isteri org,lau dah xnk sgt kt somi tu,mtk cerai jela n kawin ngn boipren baru tu drpd bt zina mcm tu..hmm. Makin pelik prangai mnusia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 03:18 PM | Show all posts
Umur dah 40 tapi perangai macam BBNU.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:06 PM | Show all posts
lagi cerita bini birah..
janji lagi laku dari janda or andartu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 14-11-2017 03:18 PM
Umur dah 40 tapi perangai macam BBNU.

Ingatkan pepatah,tua2 keladi hanya untuk lelaki,rupanya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2017 04:14 PM | Show all posts
zulka replied at 14-11-2017 03:11 PM
adoi la makcik umo dh 40taun pun membirah lagi

selagi biji masih berdenyut selagi itu membirah konsepnyer sister....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:15 PM | Show all posts
Modngengade1 replied at 14-11-2017 04:14 PM
selagi biji masih berdenyut selagi itu membirah konsepnyer sister....

40thn?? lagi banyak airnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2017 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hrmm dah nk masuk stage menopause pun still membitching lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
taknak laki tu cerai jelah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:17 PM | Show all posts
Simunggu replied at 14-11-2017 04:15 PM
40thn?? lagi banyak airnya...

selagi x menopos selagi itu masih boleh merembes sister
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:17 PM | Show all posts
dah tua2 buat perangai..


dh kenapa buat hal tua2 mcm ni?????

elok sgt la membirah ngn jantan.

kalau budak muda, kate la akal kurang berfikir.

ni dh tua nk masuk kubur pun, ape cter?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:18 PM | Show all posts
mampus la boipren dia tuh... kena dakwa culik. Bukan ke dakwaan culik ni berat hukumannya?

Teringat kes mana yg budak melayu culik cina utk gertak dia sebab permainkan islam ke haper ntah... berat hukuman budak tu walau kita semua rasa puas ati cina tu kena belasah ngan budak melayu tu. Ujung2 budak melayu tu kena dakwa culik. Sadis betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk membirah tp sengkek lah ni. Buat helah mntk 5ribu..penculik x ugut ke kalu report polis sy bunuh isteri awak. Ke laki nya lebih sayang 5ribu tu. U made the right decision pakcik
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:29 PM | Show all posts
x faham aku masih ada suami nak berboyfren lg
kurang kasih syang kerrr...
menakutkan zaman sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgu ke? tempat kerja sekolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2017 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
First time I dengar minta wang tebusan 5k aja
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:38 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 14-11-2017 07:16 AM
Aiyokkk...dah ler isteri org,lau dah xnk sgt kt somi tu,mtk cerai jela n kawin ngn boipren baru tu d ...

patut la orang pandang hina kat kerja cleaner. rupanya senang di bawa lari.
kalau aku jadi laki akak cleaner tu aku bior je. Siap cakap. " Eh RM 5k je ke? macma tu awak simpan je la"
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la contoh MBNU
Konon plan bagus la tu
Padan muka jd kes polis terus
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:44 PM | Show all posts
Ingatkan bebudak jer yang guna idea gila ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.360714 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list