CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18237|Reply: 142

AYDA JEBAT TAK PUAS HATI LAGU 'MATA' TIDAK MARA KE FINAL AJL? #UPDATE: RESPON DA

  [Copy link]
Post time 14-11-2017 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by munahjolie at 15-11-2017 04:31 PM

Kalau dah ada thread mohon maaf yaa

https://twitter.com/IniAlannn/status/930064037676703744


Semalam sebanyak 12 lagu terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke 32, tetapi malangnya lagu Ayda Jebat gagal ke pentas akhir. Menerusi Instagram, Ayda ada memuat naik gambarnya bersama kata-kata positif untuk dirinya dan peminat yang kecewa lagu Mata tidak terpiilh.
Namun apa yang menarik perhatian, Ayda seolah tidak berpuas hati dengan keputusan juri yang tidak memilih lagunya. Dalam beberapa komen itu, Ayda sempat menyindir industri hiburan yang terlalu banyak permainan politik sehingga sukar untuk penyanyi mengembangkan bakat.

Dalam perkongsian itu, ramai yang turut sama mempersoalkan keputusan juri dan menyokong pendapat Ayda. Ramai juga ingin memboikot AJL pada tahun ini hanya kerana penyanyi kesayangan mereka tidak terpilih ke peringkat akhir. Wah, bertuah betul Ayda punya peminat fanatik sebegitu rApa yang pasti sebagai anak seni pasti ada pasang dan surutnya, mungkin kali ini tiada rezeki untuk Ayda bertanding ke peringkat akhir. Kalau lihat pada AJL kali ini banyak bakat baru dipilih untuk mewarnai pertandingan tersebut. Usaha lagi tahun depan ya Ayda! (rtky/w)
##UPDATE
Sejak dua hari lepas, perbualan Ayda Jebat dengan peminatnya di Instagram telah menjadi boral kerana menyataan Ayda membuat telahan bahawa lagu Mata yang dinyanyikannya di peringkat separuh akhir mungkin tidak layak ke akhir kerana ‘juri tidak sukakannya’.

Kenyataan Ayda itu menyebabkan dia menerima reaksi negatif Netizen yang menganggap kenyataan itu tidak berpijak di bumi yang nyata. Kepada Harian Metro, Ayda menyatakan bahawa isu itu sebenarnya tidak perlu diperbesarkan.

Isu ini sebenarnya tidak perlu diperbesarkan. Saya sekadar meluahkan perasaan kecewa termasuk ingin tahu kriteria pemilihan sesuatu lagu itu untuk melayakkannya bertanding di AJL.

Sebagai penyanyi, saya hanya ingin tahu adakah lagu tidak layak disebabkan melodi tidak kuat atau penulisan lirik yang lemah. Jika betul, saya boleh perbaiki kelemahan itu pada masa akan datang.

Ayda memberitahu dia bukanlah mempertikaikan keputusan juri, sebaliknya hanya inginkan penjelasan mengapa lagunya tidak sebaris dengan 12 lagi yang telah layak. Ini kerana dia ingin memperbaiki lagu dan persembahannya di masa akan datang.

Dalam pada itu, ketua juri AJL32, Datuk Mokhzani Ismail ketika dihubungi berkata, Mata tidak dipilih kerana melodi dan hala tuju lagu ciptaan Audi Mok, Shazee Ishak dan Ayda itu tidak begitu kuat.

Saya bersama lima lagi juri profesional lain mencapai kata sepakat tidak memilih lagu itu kerana kekuatan melodi yang belum layak untuk dipertandingkan di AJL.

Kami tidak menganggap Mata tak bagus, cuma kekuatan melodinya saja tidak kuat seperti 12 lagu yang dipilih daripada pelbagai genre muzik.

Katanya, lagu dinilai berdasarkan 40 peratus melodi, 20 peratus lirik, 20 peratus penerimaan khalayak dan pendengar manakala 20 peratus lagi menerusi persembahan.

Saya tahu lagu itu popular dalam kalangan peminat Ayda dan pendengar muzik tanah air. Bagaimanapun, ia masih tidak kuat untuk dipertandingkan di AJL.

Kemunculam genre muzik EDM juga pada saya satu perkembangan baru dalam industri muzik tanah air dan ia diterima baik peminat.

Bagi penulis, Anugerah Juara Lagu sebagai satu majlis berprestij memberi impak mendalam kepada karier muzik seorang penghibur. Oleh itu ramai mengimpikan untuk beraksi di pentas legenda itu.

Mungkin Ayda kecewa kerana gagal terpilih kali ini, bagaimanapun dengan apa yang diberitahu oleh Datuk Mokhzani, ternyata kelayakan sesebuah lagu untuk dipertandingkan di AJL adalah atas unsur profesional semata-mata dan tiada sebarang unsur peribadi seperti kecenderungan atau minat juri kepada mana-mana artis.

Justeru, semua orang perlu berusaha memberikan yang terbaik supaya dapat bertanding sebaris dengan penghibur hebat yang lain. Apa kata anda? – beautifulnara.com






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2017 04:39 PM | Show all posts
In my honest opinion lah kan, dia tak payahlah mendiva sangat. Kalau setakat menang trofi atas undian peminat tak bererti diri tu bagus sangat. Chill je la. Hmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:46 PM | Show all posts
Tepek la artikel tu sis
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:51 PM | Show all posts
Bagi aku apa Ayda tulis tu ada benarnya, kita semua tahu dan sedar politiknya industri musik. Kalau si polan tu masuk confirm menang, dia mcm trend tapi lagu-lagu Ayda sedap utk didengar cuma di pandangan juri lebih kpd certain kind of song. Dia kena usaha lebihlah. Mungkin mmg sekarang org suka dengar balad 90an..sejak Gegarveganza meletop
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:52 PM | Show all posts
Oopsssss.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mata???? ehh tak pernah dengar plak lagu dia yg nih??? lagu baru ke?? omg sendu nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2017 04:53 PM | Show all posts
cmf_blingblings replied at 14-11-2017 04:51 PM
Bagi aku apa Ayda tulis tu ada benarnya, kita semua tahu dan sedar politiknya industri musik. Kalau  ...

iols second komen chuols. iols suspek maybe sheols dah tak tahan kot pendam. before ni org asyik kutuk sheols jer, kesian gak tgk sheols ni tp tulah, netizen msia kot, semua benda pun nak jadikan isu. hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:55 PM | Show all posts
EhhEtonLahh replied at 14-11-2017 04:52 PM
mata???? ehh tak pernah dengar plak lagu dia yg nih??? lagu baru ke?? omg sendu nya

Lagu dia baru then tak mcm lagu cinta meleleh tu, musik semua ala-ala dance music
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2017 04:56 PM | Show all posts
sblm ni pun byk je lagu sampah masuk final..crowd puller katanya..ngaper sampah ni x lepas pulak masuk final
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:57 PM | Show all posts
EhhEtonLahh replied at 14-11-2017 04:52 PM
mata???? ehh tak pernah dengar plak lagu dia yg nih??? lagu baru ke?? omg sendu nya

iols pun zapp terus ke utube. Sorry aj, takleh hadam lg lagu ni. Maybe iols kena dgr byk kali kot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak tanya lagu amboi tu lyk ke masuk ajl
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgh sedih lg sbb ct nana xdpt masuk. Huk huk
Balik2 ajai. Tau dah pmainan dia
X dayang menang or ajai punye lagu menang
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings replied at 14-11-2017 04:55 PM
Lagu dia baru then tak mcm lagu cinta meleleh tu, musik semua ala-ala dance music

ohh baru dengar kat youtube tadi..not bad laaaa..lirik pon okeyy..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 05:01 PM | Show all posts
matchstick replied at 14-11-2017 04:56 PM
sblm ni pun byk je lagu sampah masuk final..crowd puller katanya..ngaper sampah ni x lepas pulak mas ...

Have you heard the song? By Audi Mok ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 05:02 PM | Show all posts
lepas baca ni meols terus dengar lagu MATA kat youtube.
Ya ampun Aydaaa.. ko feeling lagu ni masterpiece karya agung ke? Ko ibarat beruk dapat bunga. Aku suka penutup La La Land. Bak kata Sajat "tuihhh... pukiiii.... heyy.. nonsense!!"
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
aku skali dgr lagu mata nie mcm lagu beyonce run the world..dia nie suka ciplak lagu org ek..ker iols ajer rasa sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2017 05:07 PM | Show all posts
EhhEtonLahh replied at 14-11-2017 04:59 PM
ohh baru dengar kat youtube tadi..not bad laaaa..lirik pon okeyy..

Put it this way, tak semua lagu di Malaysia yg bagus-bagus sesuai utk Pertandingan. Ada org produce banyak lagu, selalu main kat radio, tapi selalu tak menang, lagu yang menang tu maybe hanya satu lagu setahun utk singer tu dan selalu menang. Kita senang cakap lagu sampah tapi kita bukan yg produce, bagi dia org itu harta hasil karya. Lepas ni kita tengok pencipta muda mcm Amylea AF3 tu, actually dia banyak buat lagu yg bagus, catchy, lain dari yg biasa tapi org tak support. Bila org tak request lagu tu terus sendu kat station radio dan dia tak demand utk buat lagu-lagu lain yg lebih berkualiti. Give new faces a chance.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengang la die da 3 thn try x lepas2.. pdhal nubhan 4 kali try pon x lepas2 jugak.. nubhan punye lagu lg sedap2 kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah masuk pon xpela dekk.nko nyanyi bknnye best pon.hari tu nengok dia nyanyi lagu 'bring me to life' evanescen pon hauk sgttt .
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba lagi aj. Tak best la banyak bunyi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.255527 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list