CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2677|Reply: 0

5 Cara Berkesan Mengatasi Stres

[Copy link]
Post time 14-11-2017 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Stres, tekanan dan manusia seolah tidak boleh dipisahkan. Sebagai manusia normal sekuat mana sekalipun mental dan fizikal seseorang itu, mereka tidak terkecuali berdepan dengan pelbagai masalah dalam melayari kehidupan.

Ada waktunya berdepan dengan tekanan kerana masalah kewangan, kesihatan, keluarga, tempat kerja dan sebagainya. Di zaman yang semakin mencabar ini juga ramai antara kita lebih cenderung berdepan dengan masalah tekanan sehingga boleh memberi kesan terhadap kesihatan diri.

Tidak salah untuk berasa tertekan. Namun jangan terlalu lama kerana ia bakal memberi kesan negatif pada emosi dan fikiran seseorang. Beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan tekanan yang sering anda alami.

Luah Perasaan
Masalah yang dipendam semakin lama akan menjadi beban kepada diri. Seeloknya cari teman pendengar yang anda percayai dan untuk berkongsi segala tekanan yang terbuku di hati. Luahkan kesemuanya supaya beban tekanan yang ditanggung semakin berkurang.

Menangis

Menangis adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan rasa tekanan di dalam diri terutamanya bagi golongan wanita. Nangis sepuas-puasnya untuk melegakan rasa yang sedang bergolak di dalam hati dan jiwa anda. Selepas menangis, pasti anda akan merasa lebih lega.

Tidur
Apabila kepala sudah sarat dengan pelbagai tekanan dan akhirnya sakit kepala mula menyerang. Cara yang paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan tidur. Selain dapat merehatkan minda dan tubuh, tidur juga dapat membantu melupakan tekanan yang sedang dihadapi.

Bersukan
Mungkin ramai yang tak menyedari bersukan, bersenam atau beriadah mampu mengurangkan rasa tekanan yang dihadapi. Cuba lakukan aktiviti sukan yang anda gemari atau sekadar mencuba. Sebagai contoh bermain badminton, futsal atau berbasikal. Selain mengeluarkan peluh, aktiviti tersebut juga menyihatkan badan serta mampu menghilangkan stres.

Meditasi
Sebaik-baiknya lakukan meditasi selepas bangun daripada tidur, sebelum anda bersiap ke tempat kerja dan menyediakan sarapan. Lakukan meditasi dengan tujuan untuk mengurangkan tekanan dan membantu anda berasa tenang. Sekiranya anda benar fokus dan konsisten dengan aktiviti meditasi anda. Sekaligus ia akan membantu mengurangi tekanan, cemas, murung yang sering dialami oleh anda.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.698230 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list