CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 832|Reply: 19

[Tempatan] Rumah bakal dirobohkan untuk projek pembinaan pusat perniagaan, 80 penduduk moho

[Copy link]
Post time 14-11-2017 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Mohon rumah baru

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/283626/mohon-rumah-baru

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2017 @ 5:02 PM

Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my


ANTARA penduduk yang memohon pihak berkenaan memberikan rumah baru selepas kediaman yang dihuni bakal dirobohkan.  FOTO Mohamad Fahd Rahmat.

KIRA-KIRA 80 penduduk daripada 12 keluarga di Kampung Low Piak Baharu, Batu Pahat, memohon pihak berkenaan memberikan rumah baru selepas kediaman yang dihuni sejak beberapa generasi bakal dirobohkan bagi memberi laluan projek pembinaan pusat perniagaan.

Seorang penduduk, Rasidah Rahmat, 56, berkata, dia yang tinggal di rumah yang diwarisi oleh orang tuanya tidak mempunyai rumah lain dan kediaman yang dihuni sekarang itu satu-satunya harta yang dimiliki.

Katanya, kawasan perkampungan berkenaan wujud 100 tahun lalu, di mana ketika itu mereka yang tinggal di situ adalah pekerja kilang kayu, pemilik asal tanah yang mereka duduki sekarang ini.

“Namun beberapa tahun lalu, tanah berkenaan dijual kepada syarikat hartanah dan kemudian ianya dijual tanpa perbincangan dengan penduduk setempat yang masih tinggal di sini.

“Kami hanya mendapat tahu tanah ini bakal dimajukan pada penghujung bulan Ogos lalu dan pada hujung bulan ini kami diarah untuk mengosongkan rumah kami untuk tujuan pembinaan kompleks niaga berkenaan.

“Manakala, pampasan untuk kami diberikan sebanyak RM12,500 untuk rumah papan dan RM25,000 untuk rumah batu tetapi kami tidak bersetuju dan mengharapkan rumah sebagai ganti kediaman kami, kerana kami tidak mempunyai kediaman lain,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Ibrahim Rahmat, 53, mengharapkan pihak pemaju dapat menangguhkan urusan untuk merobohkan kediaman mereka, sekurang-kurangnya dalam masa enam bulan.

Katanya, ada dalam kalangan mereka yang bakal mengadakan kenduri kahwin pada Disember dan awal tahun depan, dan sekiranya dirobohkan, majlis berkenaan akan terganggu.

“Saya bersependapat dengan penduduk yang lain, yang mahukan kediaman dan bukannya wang pampasan seperti yang dicadangkan oleh pihak pemaju peremis perniagaan yang dirancang untuk dibina di sini.

“Kami semua tidak menghalang projek pembangunan, termasuklah di sini, cuma kami mengharapkan ihsan dan pembelaan daripada pemaju dengan menggantikan kediaman untuk kami.

“Kami juga mengharapkan pemaju dapat mencontohi tindakan yang dilakukan kepada penduduk di Kampung Low Piak Lama, yang sekitar 100 keluarga yang diberikan rumah setelah kawasan perkampungan dimajukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Kebajikan Umno Bahagian Batu Pahat, Mohd Hamidi Mad Tap berkata, pihaknya akan berhubung dengan pamaju, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat untuk membantu keluarga berkenaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 09:30 AM | Show all posts
apa ni....merempat kat tanah orang pun masih nak demand??? dah duduk few generations pun masih x beli rumah lagi????
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:15 AM | Show all posts
tanah melayu tergadai!!!...oo silap ni bukan kt Selangor, so tak tergadai


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:37 AM | Show all posts
mintak kat soltan laaa.....
soltan kan kaya.....
kata org johor laaa....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:05 AM | Show all posts
kentel replied at 15-11-2017 09:30 AM
apa ni....merempat kat tanah orang pun masih nak demand??? dah duduk few generations pun masih x bel ...

kan... sekali lagi kes merempat duduk tanah orang for free tak bayar satu sen dna dalam kes ni siap beberapa generasi lagi... pastu demand orang ganti rumah dia... kalo aku la, aku tuntut duit sewa tanah selama 100 tahun yang diorang duduk tu baru dok cerita pasal ganti rumah... tengok sape yang terduduk...

dan aku setuju, takkan takde menyimpan untuk beli rumah lain since dah duduk situ for free...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:12 AM | Show all posts
org2 yang duduk setinggan nie mmg jenis meminta jer ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2017 11:17 AM | Show all posts
leylapple replied at 15-11-2017 11:12 AM
org2 yang duduk setinggan nie mmg jenis meminta jer ker?

sesungguhnya, semua manusia meminta2. meminta2 pada tuhannya setiap hari. berdoa dan berdoa meminta itu dan ini. hingga di alam kubur manusia tetap meminta2. meminta hidupkan kembali, kononnya untuk berbuat baik dan beriman apabila dihidupkan kembali.

wasalam.








Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:21 AM | Show all posts
eyansss replied at 15-11-2017 11:05 AM
kan... sekali lagi kes merempat duduk tanah orang for free tak bayar satu sen dna dalam kes ni sia ...

spesis yang minda tak terbukak kot...mmg dah diindoktrin dari muda yang rumah meka duduk tu akan kekal abadi kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 11:24 AM | Show all posts
kentel replied at 15-11-2017 11:21 AM
spesis yang minda tak terbukak kot...mmg dah diindoktrin dari muda yang rumah meka duduk tu akan k ...

semua rumah didunia hanya sementara. yang kekal rumah diakhirat kelak.


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:25 AM | Show all posts
ini bukan masalah org kampung ni setinggan merempat bagai..
isu dia..kampung ni kampung lama..
macam kampung tradisi gitu la..
geran maybe geran besar..
so, ada orang yang dah jual tanah sekampung ni tanpa perbincangan atau persetujuan penduduk2 yg lain..nak untung besar la tu

so tu yg jadi nampak seolah2 org kampung ni merempat....
org2 kampung ni pun x halang pembangunan, dia akur jer..cuma minta pertimbangan n jasa baik pemaju..
tu aja....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
SWORKS27 replied at 15-11-2017 11:25 AM
ini bukan masalah org kampung ni setinggan merempat bagai..
isu dia..kampung ni kampung lama..
mac ...

betul juga...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:38 AM | Show all posts
kentel replied at 15-11-2017 11:21 AM
spesis yang minda tak terbukak kot...mmg dah diindoktrin dari muda yang rumah meka duduk tu akan k ...

i guess...  tapi patutnya dia dah nampak dah beberapa kes orang2 sepesen dengan dia yang cuba fight untuk bukan hak mereka dan end up get nothing...

in this case siap pertikaikan kenapa tanah dijual tanpa berbincang dengan diorang...  i like, what???  apa hak ko atas tanah tu sampai orang kena berbincang dengan ko...  pastu siap cakap mintak ehsan dan pembelaan pemaju...  abuden, dah diberi pampasan tapi tuntut lebih dari tu...  in fact, ko yang kena bayar pemaju tau sebab kena keluarkan kos untuk robohkan segala mala rumah kat situ...

aku harap, orang2 melayu yang masih duduk kat tanah orang for free secara haram amek pengajaran dalam kes ni dan kes2 lain...  pi la cepat2 beli rumah lain supaya tak menyusahkan tuan tanah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:48 AM | Show all posts
kesian  tu je yg mampu aku kongsi... harap nasib dorang dapat pembelaan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:57 AM | Show all posts
eyansss replied at 15-11-2017 03:38 AM
i guess...  tapi patutnya dia dah nampak dah beberapa kes orang2 sepesen dengan dia yang cuba figh ...

nko cakap senang la mek..kalau kene setepek kat muka nko ke waris2 nko baru ada akai..
isu dia...bukan masalah apa hak kena bincang dengan penduduk kampung tuh..
isu dia, ni kampung lama..
maybe geran besar dan ada persetujuan lama tok nenek moyang depa ..yg pegang perjanjian ni ada la sorang dua malaun2 yg diwariskan..
jadinya, sudah timbul isu jual tanah tanpa persetujuan atau permuafakatan sesama penduduk..
tu yg dia amik contoh sebab dah ada precedence case..pemaju ganti semula dengan setimpal..
tu je yang penduduk kampung ni fight...
simple.


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:06 PM | Show all posts
SWORKS27 replied at 15-11-2017 11:57 AM
nko cakap senang la mek..kalau kene setepek kat muka nko ke waris2 nko baru ada akai..
isu dia... ...

alhamdulillah atuk nenek mak ayah aku ajar jangan duduk tanah orang sesuka hati...  one more thing, kalo betul ada perjanjian lama, tanah tu takkan dapat dijual n diorang boleh fight menda ni kat mahkamah...  ni terang2 mintak rumah sebijik sorang...

stop using lame excuses pastu meratib melayu ditindas...

nuff said...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:09 PM | Show all posts
eyansss replied at 15-11-2017 04:06 AM
alhamdulillah atuk nenek mak ayah aku ajar jangan duduk tanah orang sesuka hati...  one more thing ...

alhamdulillah la..atok nenek enkau bagus orangnya,,x semua orang senasib dengan atok nenek moyang enkau...
nasib orang lain2..
so dalam kes ni..
biarlah dia nak mintak apa pun..selagi ada hak..sebab dah ada precendence case....kampung sebelah..
so apa salahnya..
bukan dia mintak dari generasi nenek moyang enkau pun...
simple je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 12:10 PM | Show all posts
eyansss replied at 15-11-2017 12:06 PM
alhamdulillah atuk nenek mak ayah aku ajar jangan duduk tanah orang sesuka hati...  one more thing ...

mungkin itu sahaja yang mereka ada. harapan. harapan untuk mendapat ganti tempat tinggal. anda suruh mereka "pi beli rumah cepat2" seolah2 anda menyuruh mereka membeli gas saat kehabisan gas semasa memasak.

andai kata anda orang berada, jangan sesekali anda bongkak sombong berjalan2 dan berkata2 dimuka bumi. ingatlah, rezki anda pada bila2 masa boleh ditarik dan tak mustahil anda merempat tak berharta malah menanggung hutang yang banyak.


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:14 PM | Show all posts
selama duduk kt tanah tu kenapa tak apply geran? dh duduk lebih 100 tahun tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:20 PM | Show all posts
cikgukafa replied at 15-11-2017 04:10 AM
mungkin itu sahaja yang mereka ada. harapan. harapan untuk mendapat ganti tempat tinggal. anda sur ...

betul tu..
si eyanss ni kena ingat..
zaman la ni...semua benda boleh dibeli...ada wang ada kuasa semua jalan..
org2 kampung ni pun x da la nampak cikai sangat..tengok rumah ok je..cuma x disangka2 nasib sama juga dengan kampung sebelah.
jadi, apa salahnya, pemaju2 ni buat rumah atau gantikan dengan mana2 development scheme yg dia ada dengan harga murah or bagi diskaun sikit kat org kg ni.
win2 situation..
x payah nak belagak nenek moyang bagus bagai...

simple...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:25 PM | Show all posts
eyansss replied at 15-11-2017 11:38 AM
i guess...  tapi patutnya dia dah nampak dah beberapa kes orang2 sepesen dengan dia yang cuba figh ...

nope...they'll never learn....sebabnya melayu2 ni masih berpegang dengan konsep "ketuatnan mulayu"....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.758845 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list