CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1032|Reply: 10

[Tempatan] Nak makan apa ni: 35 pekerja pembersihan di 5 sekolah di Kuala Kedah, Alor Set

  [Copy link]
Post time 14-11-2017 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 14-11-2017 09:55 AM

Nak makan apa ni, dah tiga bulan tak bergaji

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/283634/nak-makan-apa-ni-dah-tiga-bulan-tak-bergaji

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2017 @ 5:15 PM

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


Sebahagain 35 pekerja pembersihan lima sekolah di Kuala Kedah menunjukkan salinan laporan polis dan slip gaji terakhir mereka.  FOTO Zuliaty Zulkifli.

TIGA puluh lima pekerja pembersihan di lima sekolah di Kuala Kedah, Alor Setar mendakwa tidak dibayar gaji oleh majikan sejak tiga bulan lalu hingga menyukarkan mereka untuk menyara kehidupan harian.

Mereka mendakwa tertekan apabila gagal menghubungi majikan untuk mendapatkan penjelasan dan berasa teraniaya dengan apa yang berlaku.

Wakil pekerja terbabit, Shahrom Yahya, 45, berkata, dia sudah 13 tahun terbabit dalam bidang itu, namun baru tiga tahun bekerja dengan syarikat yang mengambil alih kontrak di sekolah berkenaan.

Pada mulanya, pembayaran gaji mereka tidak bermasalah, namun sejak kebelakangan ini gaji yang dibayar tidak menentu dan ada pekerja menerima gaji antara RM300 hingga RM500 sebulan sedangkan mereka sepatutnya menerima bayaran RM900 sebulan.

"Keadaan lebih tertekan apabila kami tidak dibayar gaji sejak Ogos lalu hingga sekarang, malah batang hidung majikan pun tak pernah nampak.

"Sepatutnya majikan bayar RM2,700 untuk tiga bulan tunggakan tetapi langsung tidak dibayar menyebabkan kami buntu memikirkan masalah kewangan ini.

"Kami sudah menyuarakan perkara itu kepada pihak sekolah yang kemudian dipanjangkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum dinasihatkan supaya melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan membuat laporan polis," katanya ketika ditemui di Kuala Kedah, hari ini.

Shahrom berkata, walaupun dibelenggu masalah kewangan, mereka terpaksa meneruskan tugas dan bekerja di sekolah masing-masing kerana tidak mahu hilang mata pencarian.

Katanya, pendapatan suaminya yang bekerja dengan syarikat pembersihan tidak cukup memandangkan anak mereka masih bersekolah dan seorang lagi masih menuntut di institusi pengajian tinggi.

"Kami juga sudah membuat laporan ke Jabatan Tenaga Kerja Kota Setar untuk memaklumkan perkara itu dan berharap tindakan segera dapat diambil supaya majikan dapat menjelaskan gaji kami yang tertunggak," katanya.

Ahmad Taib, 56, pula berkata, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak dibayar penuh, malah majikan hanya berjanji menaikkan gaji pekerja RM100 setiap seorang namun tidak mengotakannya.

Kali terakhir dia menerima gaji pada Ogos lalu sebanyak RM300 dan baki RM600 lagi tidak dibayar sehingga hari ini.

"Sebelum ini hanya ejen yang datang menghantar wang pada kami secara tunai dan slip gaji hanya diberi pada hujung bulan.

"Kami rasa dianiaya dan berharap ia dapat diselesaikan segera kerana kami perlu menjelaskan hutang tertunggak pada bank selain bil air dan elektrik setiap bulan.

"Saya terpaksa meneruskan kerja ini walaupun mempunyai masalah kencing manis kerana perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan,"katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan, Jabatan Tenaga Kerja Kedah, Iskandar Jassa berkata, pihaknya sudah menerima laporan daripada pekerja terbabit sejak Julai lalu dan dalam proses mengesan majikan berkenaan.

Beliau berkata, sebelum ini mereka berusaha mencari individu terbabit melalui alamat rumah yang diperoleh, namun gagal mengesannya.

"Kami berharap majikan tampil berurusan dengan kami bagi menyelesaikan masalah ini dan setakat ini tidak mendapat kerjasama walaupun pihak kami menghantar surat kepada majikan terbabit.

"Dalam kes ini, ia seperti menganiaya pekerja pembersihan terbabit kerana mereka tidak dibayar gaji dan kes boleh disiasat mengikut Seksyen 19 Akta Kerja 1955 dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 setiap pekerja.

"Majikan yang lambat membayar gaji pekerja lebih daripada seminggu selepas tempoh sebulan boleh dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang bagi seksyen di atas,” katanya.

Iskandar berkata, setakat ini pihaknya sudah membuka lapan fail siasatan berhubung kes itu yang turut disiasat mengikut Akta Majlis Perundangan Gaji Negara.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2017 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya...35 pekerja..kalau setiap family member ada 5 orang..byk mulut nk kena suap tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Skolah sini pon de masalah camni. Majikan lambat dpt bayaran ke hape
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 06:59 PM | Show all posts
sekolah tmpt aku lagi besh, pekeja pembersih terpakse dipecat, psl tk mmpu bayar gaji ,
dorg kata xmmpu nk baya gaji, majikan claim xdpt2
so,
majikan tu sapa sebenarnya?
kementerian pendidikan burkina faso, afrika ka?

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:13 AM | Show all posts
eh.. ingatkn sekolah sini jek.. kat sini pekerja pembersihan dah x di bayar gaji nk dekat 3 bulan jgk... apa masalah ni eh? kerajaan xdak duit lagi ka camne?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:27 AM | Show all posts
"Sementara itu, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan, Jabatan Tenaga Kerja Kedah, Iskandar Jassa berkata, pihaknya sudah menerima laporan daripada pekerja terbabit sejak Julai lalu dan dalam proses mengesan majikan berkenaan."

Laporan dah diterima sejak Julai tapi sampai bulan November masih dalam proses mengesan majikan?  Apa ke lembab sangat ni?  Dah 4 bulan nak suruh pekerja tu makan pasir jer ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2017 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja sekolh me pon dulu ngadu xdibayar gaji..last2 nk mkn pen knan yg belanja..or cikgu2 panggil hujung minggu cuci rumah so daptlah duit poket utk belanja hari2..tak harap tunggu gaji bulan2...mmg nk tunggu gaji mau kebulur dorg anak beranak....kesian sgt...
Jgnla aniaya org gini..dorg tu dahla miskin.. tu je sumber duit dorg..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian makcik2 tu..dorang penat2 kerja ..3bln tu entah mcmmana laa keadaan mereka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 08:47 AM | Show all posts
dah la gaji 900 je sebulan
ko skip2 pulak bayaran tu
jap 300 jap 500
takde hotak ke nak fikir orang ada hidup jugak
bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 09:17 AM | Show all posts
its started already..banyak dah claim2 tak masyuk b4 bulan 10 lagi..hadap je lah kaum "special" ni...

bila tak dapat bayar claim..last2 nak bayar "gaji" kaum "special" tu pun mungkin tak dapat..

maybe sebab tu nak bayar gaji 2bulan sekali..cash flow beb..

tunggu punggutan gst ke apa masuk..buat bayar puak "special" tu..

muahahhah..lama mana la boleh "tahan" agaknye
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 09:21 AM | Show all posts
Gomen tak bayar vendor?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.195056 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list