CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2712|Reply: 44

[Tempatan] Rupanya rakyat diberi gambaran palsu ekonomi Malaysia..kantoi lagi!

  [Copy link]
Post time 14-11-2017 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Anggota Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham mendakwa kerajaan persekutuan memberikan gambaran palsu bahawa perdagangan antarabangsa dan ekonomi Malaysia meningkat.

Kata Ngeh, hakikat sebenarnya adalah ekonomi dan perdagangan negara merosot dengan drastik dalam tempoh 2013 hingga 2016.

Ngeh berkata ia sekali gus membuktikan bahawa ekonomi Malaysia bukanlah seindah yang digambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Umno-BN.

"Kerajaan Persekutuan BN telah mengelirukan rakyat dengan merujuk jumlah perdagangan dalam ringgit, yang telah jatuh nilai 49.3 peratus berbanding USD dalam tempoh tersebut untuk memberikan gambaran bahawa jumlah perdagangan antarabangsa Malaysia meningkat," kata Ngeh dalam sidang media di bangunan parlimen, hari ini.

Perdagangan antrabangsa dijalankan dalam mata wang Dolar Amerika (AS$).

Kadar pertukaran mata wang Ringgit Malaysia telah merosot daripada AS$1.00 bersamaan RM3.00 pada Januari 2013 kepada AS$1.00 bersamaan RM4.48 pada 30 Disember 2016.

Mengambil contoh eksport Malaysia, Ngeh berkata jumlah tersebut sebenarnya merosot tetapi kelihatan meningkat apabila dirujuk dalam Ringgit Malaysia.

"Sekiranya Malaysia mengeksport 10 kontainer barangan dagangan pada tahun 2013 dengan harga AS$1,000 satu kontainer, nilai eksport tersebut adalah AS$10,000 atau RM30,000.

"Akan tetapi, jika eksport Malaysia menurun sebanyak 10 peratus pada tahun 2016, Malaysia hanya akan dapat 9 kontainer barangan dagangan dengan harga yang sama iaitu AS$1,000 sekontainer dan kita akan dapat AS$9,000 sahaja tetapi nilai dalam Ringgit Malaysia akan mencatatkan satu peningkatan iaitu sebanyak RM40,320," tegas Ngeh.

Mengulas lanjut Ngeh berkata, hal ini jelas menunjukkan kerajaan persekutuan tidak jujur kerana mencerminkan jumlah perdagangan antarbangsa semakin meningkat tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

Tambah Ngeh, adalah penting untuk kerajaan sedar bahawa ekonomi Malaysia semakin merosot tetapi harga barangan dan perkhidmatan meningkat.

Akibatnya menurut beliau, rakyat Malaysia sedang menderita dan kerajaan mesti berhenti daripada terus menafikan hakikat sebenar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2017 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik nor name kau. Ngehhh koo ham
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 06:40 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 14-11-2017 06:30 PM
Pelik nor name kau. Ngehhh koo ham

ngeh ngeh ngeh

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cacai sial a9 Pro jah percaya ekonomi makin bagus. @bioessence @memeque20 @Skuau @Simunggu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bile kerajaan bole dipercayai?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 09:36 PM | Show all posts
cash kerajaan negara penipu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2017 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodonye.. pelaburan masuk memang dikira dalam matawang tempatan la ngok

Bukannya niat kerajaan nak tipu ke ape hahahaha peon bengap je percaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Peon2 yang tak paham artikel pon acah2 reply kerajaan menipu bagai..

Padahal sepatah habuk pon takpaham hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2017 09:41 PM | Show all posts
Walaupun Spidey bukan penyokong kerajaan tetapi untuk beliau berkata rakyat kita sedang menderita dalam keadaan semasa sekarang adalah suatu penipuan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lupa juga eksport berasaskan sawit Dan petroleum (termasuk chemicals) is about 28% of total export value.

Tolong account for the drop in commodity values as well kalu nak buat analisa sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 11:07 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 14-11-2017 09:41 PM
Walaupun Spidey bukan penyokong kerajaan tetapi untuk beliau berkata rakyat kita sedang menderita da ...

kita masih ada kerja, masih terima gaji, masih lagi mampu cari sumber pendapatan, masih lagi mampu menjual dan membeli, kesana dan kemari
maknanya ekonomi kita dan negara kita masih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
malas nk komen pasal ekonomi..kang menteri kata mc d masih penuh..kah kah ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 11:15 PM | Show all posts
ngeh ni bengap ekonomi

tu je
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 11:40 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 14-11-2017 09:41 PM
Walaupun Spidey bukan penyokong kerajaan tetapi untuk beliau berkata rakyat kita sedang menderita da ...

kan...mcd dan kfc masih penuh sampai xde tempat duduk
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Selagi tak buat announcement ya Malaysia bankrupt selagi tu tak puas hati.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:11 AM | Show all posts
tobobon replied at 14-11-2017 11:40 PM
kan...mcd dan kfc masih penuh sampai xde tempat duduk

itu yg peliknya...kata ekonomi tak bagus...tapi rakyat Malaysia berbelanja semacam aje...hotel2 penuh dimusim cuti...
kena booking awal untuk musim cuti tahun depan...shopping tak cukup2 kat shopping mall...shopping online pun dibelasahnya...
kete tak cukup sebijik...sesak parking kat rumah dibuatnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
nak nasi tambah...? orng beratur panjang kt kedai ekor...pusat urut aka pelacuran bersesak sesak tunggu giliran....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 01:12 AM | Show all posts
Yang I tak faham nape Oreo Thins lagi mahal dari Orea biasa. Padahal Oreo Thins lagi sikit gram nya. Rasa? Macam takde beza.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh matematik itu macai. Kalau ringgit hampir 6.00 satu dolar baru la boleh dikata nilainya turun 49.3 peratus
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 06:42 AM | Show all posts
sofiazara replied at 14-11-2017 11:15 PM
ngeh ni bengap ekonomi

tu je

Betul betul betul. Ngeh Koo Ham adalah seekor macai yang amat bengap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.058840 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list