CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2692|Reply: 48

[Tempatan] Sakit hati dengan jabatan meteorologi, Guan Eng mahu cipta amaran sendiri

[Copy link]
Post time 15-11-2017 10:25 AM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan mencipta amaran cuaca buruk tersendiri berdasarkan kepada data daripada perkhidmatan meteorologi di rantau ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini.

Beliau berkata, oleh kerana ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) lewat dan tidak boleh diharap, satu kajian khas akan dijalankan mengenai bagaimana data ramalan cuaca serantau boleh dihimpun dan digunakan sebagai amaran.
“Saya kecewa dan masih terganggu mengenai amaran merah hujan lebat yang dikeluarkan MetMalaysia pada minit-minit terakhir baru-baru ini.

“Jadi, saya akan minta Penang Green Council untuk mengkaji bagaimana boleh kita memanfaatkan data daripada jabatan meteorologi asing dan gunakan ia untuk manfaat kita,” kata Lim kepada Dewan Undangan Negeri pada ucapan penggulungan hari ini.

Lim mendakwa MetMalaysia mengeluarkan “amaran merah” hanya pada 9.30 malam pada 4 November lepas, 1 jam sebelum hujan lebat melanda negeri itu dan mengakibatkan banjir besar-besaran.

Notis “amaran merah” oleh MetMalaysia merupakan nasihat hujan lebat di satu-satu kawasan yang mungkin melebihi 240mm selama 24 jam. Nasihat itu boleh diturunkan ke tahap kuning jika kadar hujan berkurangan atau cuaca bertambah baik.
Banjir kilat di Pulau Pinang menyebabkan lebih 6,000 orang terpaksa berpindah dan meragut 7 nyawa.
MetMalaysia bagaimanapun menafikan dakwaan mereka lewat mengeluarkan amaran cuaca buruk.

Ketua Pengarah Alui Bahari berkata amaran dikeluarkan seawal 1 November dan diajukan ke pihak berkuasa negeri.
Beliau berkata “amaran kuning”, atau amaran tahap pertama, dikeluarkan pada 1 November.

Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang menyeru amaran cuaca lebih awal kerana kilang bernilai tinggi berpangkalan di Pulau Pinang dan perlukan masa untuk buat persiapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 10:38 AM | Show all posts
Anak Mr.RM1billion bayar 4 kali ni tak tau ke kiterrr nyerrr ramalan kaji cuaca share dengan sistem super computer British, Ada keluar news beberapa tahun lalu tentang kerjasama ni....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:41 AM | Show all posts
kaki taici mangkuk ni.......nak salahkan jabatan met pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:42 AM | Show all posts
Website Jabatan Meteorologi pun sendu. Update thru FB. Link ke website diorg. Manjang aje tak boleh masuk. Kalau boleh pun, slow giler..Weekend tak boleh access. Server cuti kott....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:43 AM | Show all posts
pi ambik schedule hujan dengan tuhan

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:55 AM | Show all posts
kalipah ni buat kertas kajian pun makan beratus juta....ni nak makan duit lagi ke?adeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2017 11:06 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 15-11-2017 11:07 AM

masa mencari kambeng hitam untuk di salahkan.
itu la dia perangai ahli politaik jamban demokrasi.
masa gondol kan bukit, tak nampak kesan alam sekitar.
cuma nampak duit jer.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 02:39 PM | Show all posts
cina selalu betul.
cina xmungkin salah

org lain yg salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 02:43 PM | Show all posts
Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang menyeru amaran cuaca lebih awal kerana kilang bernilai tinggi berpangkalan di Pulau Pinang dan perlukan masa untuk buat persiapan.


kiranya nak amaran seminggu lebih awal la ni.... ala ala taufan telok mexico
baik ko pack je lah pindah kat vietnam ke thailand ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 02:53 PM | Show all posts
xpdckelate replied at 15-11-2017 10:55 AM
kalipah ni buat kertas kajian pun makan beratus juta....ni nak makan duit lagi ke?adeh

itulah cara DAP nak bagi projek pada kroni...nanti suku sakat dia yg dpt projek meramal hujan ini...walhal sendu jua
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Data MET dh ok, perlu pembaharuan dr segi penyebaran maklumat. Dah berbuih kite tegur & kasi suggestion.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
namapun ramalan kaji cuaca. ramalan kata esok hujan.tengok2 esok cerah. nama pun ramalan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
memeque12 replied at 15-11-2017 10:43 AM
pi ambik schedule hujan dengan tuhan

Tuhan ke hantu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai tukang tilik la sng
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelakar. Sakit hati sampai tak mahu ambil ramalan meteorologi malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 15-11-2017 02:39 PM
cina selalu betul.
cina xmungkin salah


Betul..... Beritahu si khalifah tu.
Semuanya salah orang lain. Dia tak salah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 06:06 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 15-11-2017 05:51 PM
Betul..... Beritahu si khalifah tu.
Semuanya salah orang lain. Dia tak salah.

bukankah dia ibarat tokong kepada orang cina
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni Pulau Pinang nak ambil laporan cuaca Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembangunan dlm bidang meteorologi ni kena ditekankan la... Lagi pun  iklim dunia x menentukan semenjak dua menjak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 15-11-2017 06:13 PM
Lepas ni Pulau Pinang nak ambil laporan cuaca Indonesia.

Kenapa indo?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.334653 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list