CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1227|Reply: 2

penyanyi indon ini sekarang jadi retis popular kat malaysie sanggup sampai dibu

[Copy link]
Post time 15-11-2017 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 02:05 PM | Show all posts
PENYANYI Aiman Tino tidak melupakan peristiwa yang disifatkan sebagai mencemaskan ketika dia menjayakan promosi lagunya di Indonesia.
Pemilik nama sebenar Mohd Aiman Yusri, 19, ini berkata, ketika menghadiri sebuah acara di sana, berlaku kejadian mencemaskan apabila ada peminat tiba-tiba jatuh lalu pengsan ketika melihat kelibatnya.
"Ada satu kejadian peminat pengsan kerana teruja berjumpa saya dan terpaksa ditenangkan oleh kru yang berada di lokasi.

Wajah comel Aiman Tino menjadi tarikan peminat terutamanya golongan remaja.

"Mujurlah, beberapa minat kemudian peminat perempuan tersebut sedar dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Apa yang buat saya lebih terharu ialah peminat tersebut datang dari jauh semata-mata ingin berjumpa dengan saya," katanya kepada mStar Online.
Aiman terbang ke Indonesia selama lima hari bagi mempromosikan single Ku Rela Dibenci  bermula 24 Oktober lalu.
Lagu tersebut yang merupakan single pertama Aiman di cipta oleh A.C.K serta Riena dan diedarkan oleh syarikat MyMusic Records di Indonesia.


Aiman bersama pengacara program StartTrack MNC di Indonesia.

Tambahnya lagi, ada peminat yang sanggup menunggu di luar konti radio setelah mengetahui dia berada di Jakarta.
"Ada yang naik bas semata-mata nak jumpa saya dan beritahu perjalanan mereka mengambil masa hampir empat jam.
"Mereka beritahu terlihat foto saya di laman Instagram stesen radio berkenaan dan tanpa membuang masa terus menaiki pengangkutan awam ke lokasi promosi.
"Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat di Indonesia dan harap mereka akan terus menyokong karier nyanyian saya di sana," katanya.



Aiman bergandingan bersama kakaknya, Fara Hezel dalam lagu terbaharu berjudul Terasa Cinta.

Bercakap mengenai kerjaya seni, Aiman dan kakaknya, Fara Hezel sudah melancarkan lagu terbaharu berjudul Terasa Cinta.
Lagu duet mereka berdua itu dicipta oleh ACK serta Riena dan video lirik sudah dimuat naik di laman Youtube sejak 3 November.
Sehingga kini, ia telah menerima hampir 500,000 jumlah tontonan di laman tersebut.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... 24jKTLRMgb3i1Bi0.99

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 10:57 AM | Show all posts
lantak lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.062532 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list