CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4266|Reply: 27

[Tempatan] Kerabat Diraja Johor Ke Penjara

  [Copy link]
Post time 15-11-2017 02:54 PM | Show all posts |Read mode

PUTRAJAYA - Hukuman pemenjaraan empat tahun yang dihadapi Kerabat Diraja Johor, Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir kerana sengaja mencederakan petinju kebangsaan Muhammad Farkha Mohd Haron, dikurangkan kepada dua tahun oleh Mahkamah Rayuan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel hakim yang diketuai oleh Datuk Zawawi Salleh selepas membenarkan permohonan perayu, Tunku Nick Tazuddin,32, terhadap hukuman.

Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk mengetepikan sabitan.

Zawawi yang membacakan keputusan tersebut berkata, hukuman empat tahun adalah tidak wajar kerana wujudnya elemen provokasi di dalam kes tersebut.

"Perlaksanaan hukuman bermula hari ini dan turut mengambil kira enam minggu yang telah dilaksanakan perayu sebelum ini," katanya.

Selain itu, mahkamah turut mengenakan denda RM10,000 dan penjara tambahan setahun sekiranya gagal membayarnya.

Tunku Nick Tazuddin yang memakai kemeja hitam mengangguk faham ketika ditanya Zawawi terhadap keputusan itu.

Turut bersidang, Hakim Datuk Idrus Harun dan Datuk Yaacob Md Sam.

Tunku Nick Tazuddin diwakili peguam, Mohd Daud Ismail manakala  pendakwaan selaku respondan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Kwan Li Sa.

Pada 28 Jun 2013, Tunku Nick Tazuddin bersama rakannya, Alex Foo Hee Wee, 46, dan Mohd Arif Husin, 40, dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu selepas didapati bersalah secara bersama-sama melakukan kesalahan itu di Jalan Molek 3/2, Taman Molek, Johor Baharu, antara 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei 2012.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam ramai jah kerabat JDT takleh pakai...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha.... kerabat mana yg boleh pkai kak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 03:02 PM | Show all posts
tak penah tau berita ni. sepupu tmj ka ? ka sepupu dua papat ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
yang ni mengaku sedara ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 03:09 PM | Show all posts
kes lama ni..taun 2012
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2017 03:14 PM | Show all posts
chazey replied at 15-11-2017 02:55 PM
Macam ramai jah kerabat JDT takleh pakai...

berhati2 iya sister...takut masuk lokap pula....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 03:16 PM | Show all posts
petinju? oh my BM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 03:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
YM. Tunku Qadir bin Tunku Muhammad Archibald. b. 30th August 1964 (s/oShirley). m. Che’ Puan Rose Aziah binti Ahmad. He d. after a long illness, from sceptic shock and multi-organ failure, 26th January 2009, having had issue, one son and two daughters:
(1) Y.M. Tunku Nick Taz ud-din Izwan Shah bin Tunku Qadir. b. at Johor Specialist Hospital, Johor Bahru, 26th June 1985, educ. English Coll (MSAB), Johor Bahru, and Coll Damansara Utama (KDU), Petaling Jaya, Selangor. Employed with Wellguard Sdn Bhd. m. at Johor Bahru, 1st September 2012, Che’ Puan Suriani binti Mashood [Yan Cherry]. He has issue, a son:
       (a) Y.M. Tunku Adrian Shah bin Tunku Nick Shah. b. at Sultanah Aminah Hospital, Johor Bahru, 19th June 2013.
(1) Y.M. Tunku Asha Zarina Maimunah binti Tunku Qadir. b. at Johor Bahru, 18th December 1983.
(2) Y.M. Tunku Aisyah Amel Natalia binti Tunku Qadir. b. at Johor Specialist Hospital, 17th July 1988, educ. MRSM Mersing, Johor, English Coll (MSAB), Johor Bahru, and Kuala Lumpur Metropolitan Univ Coll (KLMU), Kuala Lumpur. m. at Johor Bahru, 30th August 2014, Encik Shafulfefzeli bin Sulaiman. She has issue, a daughter:
(a) Wan Adelia Iris Daniella binti Shafulfefzeli. b. at Pusat Pakar Bersalin Mount Austin Johor Bahru, 24th June 2015.

Rujukan : https://www.royalark.net/Malaysia/johor14.htm
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ni kes twitter tu ke...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 04:22 PM | Show all posts
oooo ni kes pukul kat tempat parking tu eh.
sampai dah lupa cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 04:42 PM | Show all posts
bukan mamat tinju ni sekarang tmj sponsor training luar negara ke?
farhan ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 04:44 PM | Show all posts
7 org lawan 1

gajah pun boleh mati

lain kali fight sorg2 lar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 04:51 PM | Show all posts
ni dah kena buang sedara ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 04:57 PM | Show all posts
mendapat lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kes kerabat jdt yg pukul guna kayu hoki tu ada kaitan ka dgn kerabat sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 08:55 PM | Show all posts
archibald clan neh mmg penyangak kah?selalu dengar byk masalah je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 15-11-2017 02:55 PM
Macam ramai jah kerabat JDT takleh pakai...

hahahahahs
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 04:43 PM | Show all posts
ok.. dah putus sedara pun

Bukan kerabat diraja Johor

KENYATAAN dikeluarkan JMD

Mazizul Dani
mazizul@hmetro.com.my


JUMAAH Majlis Diraja (JMD) Johor menafikan lelaki yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan didenda RM10,000 kerana menumbuk petinju negara, semalam adalah kerabat diraja Johor.

Yang Dipertua JMD, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata, JMD menafikan sekeras-kerasnya yang tertuduh, Tunku Nick Tazuddin Syah Tunku Qadir sebagai seorang kerabat diraja Johor.

"Jumaah Majlis Diraja menekankan kenyataan pada 22 September 2017 bahawa hak dan kuasa melantik, menjadi dan memasukkan seseorang sebagai kerabat diraja Johor terletak kepada Sultan Johor.

"Ia sebagaimana termaktub di bawah Fasal 7(2)(e) Bahagian Kedua Undang-undang tubuh kerajaan Johor pada 1895.

“JMD mengesahkan tertuduh tidak pernah dilantik, dijadikan atau diiktiraf sebagai kerabat diraja Johor," katanya.

JMD mengulas mengenai laporan media semalam yang antaranya bertajuk, "Kerabat Diraja Dipenjara 2 Tahun, denda RM10,000" dan "Kerabat Diraja Dipenjara Dua Tahun, denda RM10,000 kerana tumbuk Peninju Negara".

Semalam, hukuman penjara terhadap Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah dikurangkan kepada dua tahun namun ditambah dengan denda RM10,000 selepas Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengekalkan sabitannya terhadap pertuduhan mencederakan Muhammad Farkhan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.346849 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list