CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3475|Reply: 61

[Tempatan] Bilal Philips saman Zamihan menuntut ganti rugi RM 1 juta, dakwa difitnah

  [Copy link]
Post time 15-11-2017 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 15-11-2017 09:32 AM

Bilal Philips saman Zamihan, dakwa difitnah

https://www.malaysiakini.com/news/402061

Hari ini, 3:32 pm      Hari ini, 5:24 pm



Seorang pendakwa daripada Kanada Abu Ameenah Bilal Philips memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin.

Langkah itu diambil susulan satu tulisan di Facebook Zamihan yang merujuknya sebagai “international terrorist supporter” (penyokong keganasan antarabangsa).




Bilal Philips menamakan Zamihan sebagai defendan tunggal dalam kes yang difailkan pada 28 September tahun ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pengurusan kes dibuat hari ini dan Bilal Philips diwakili oleh peguam Meor Amir Meor Omar Baki.

Meor memberitahu Malaysiakini bahawa perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes lanjutan pada 30 November susulan permintaan peguam Zamihan terhadap jaminan kos sebelum prosiding.

Dalam pernyataan tuntutan Bilal Philip, beliau berkata telah memeluk Islam pada tahun 1970-an dan berucap di pelbagai tempat di seluruh dunia serta menulis lebih 50 buku berkaitan Islam.


Ganti rugi RM1 juta

Beliau juga terlibat dalam rancangan bercorak Islam seperti di di Peace TV, Huda TV, dan Deen Show, Chicago, Amerika Syarikat.

Beliau mendapat ijazah sarjana muda dan sarjana daripada Madinah dan Riyadh, Arab Saudi serta doktor falsafah daripada University of Wales, United Kingdom.

Bilal Philips berkata beliau pernah menyampaikan ceramah agama di Malaysia, terhadap kerabat diraja Perlis.

Beliau mendakwa Zamihan telah memuat naik status di Facebook pada 26 November yang memaparkan gambarnya dengan tulisan “international terrorist supporter” dan maklumat berkaitan acara di Perlis pada Disember tahun lalu.

Bilal Philips berkata perkataan itu palsu, fitnah dan tidak berasas sama sekali.

Beliau sebagainya berkata sentiasa mempromosikan keamanan dan kefahaman agama serta menolak keganasan yang dilakukan atas nama agama.

Bilal Philips menuntut ganti rugi am lebih RM1 juta yang akan ditentukan oleh mahkamah, serta ganti rugi teruk dan teladan.

Beliau menuntut perintah sekatan dan injunksi yang menghalang Zamihan daripada mengulangi kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka di akhbar pilihan plaintif.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah bilal! Saman laknat mihan smpai bankrupt, baru dia tau langit tinggi rendah!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 05:40 PM | Show all posts
kalo x cukup duit byr saman, leh mintak zahid komedi
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 05:41 PM | Show all posts
dah nampak zamihan bakal kalah ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 05:43 PM | Show all posts
kalo tgk utube pun ceramah zamihan ni byk unsur fitnah & label melabel..sebijik pangai lobai kat CI ni


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 05:47 PM | Show all posts
selayaknyer la kena saman si zamihan ni..
mulut  mcam org tak beragama..
memaki org tak igt dunia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2017 05:48 PM | Show all posts
Rasanya Zamihan lagi besar dari Ameenah Philips sebab Zamnihan ialah Presidin Penganut Isle versi Wal Jemaah dan Bersunnah selain menjadi pakar cara membersihkan dubor selepas verak yang dituntut Allah!

Lagi pon Zamihan ada PhD dari UKM tapi Ameenah Philips ada PhD dari University of Wales sahaja!

May the better lebai win.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 06:02 PM | Show all posts
pengganas gaduh dgn pengganas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai cerdik Vs. Lobai kepam tongong
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 09:42 PM | Show all posts
Masaallah lobai sama lobai juga bergaduh?
Lobai sememangnya kuat berfantasy.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:19 PM | Show all posts
ustaz suka kutuk merata dah kena..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
zamihan = utusan versi bernyawa
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:01 PM | Show all posts
ni mesti kerja musuh2 islam nk melagakan ulamak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:03 PM | Show all posts

uztad2 kalau bab sex kebanyakan sependapat. bab2 lain tu selalu berbeza pendapat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku igt paderi tadi. Okbai
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-11-2017 09:42 PM
Masaallah lobai sama lobai juga bergaduh?
Lobai sememangnya kuat berfantasy.

Boleh buat bideo game nih, the Lobai Predator, atau Angry Lobai, misalnya @cikgukafa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 06:13 AM | Show all posts
Kita harap penganut Isle versi WalJjamaah dan wal Sunnah akan hadir beramai ramai di Mahkamah nanti untuk memberi sokongan kepada Presidin mereka.........

P/S Jangan lupa bawak sepandok "Boikot KFC!" sekali! hahahahahahaha

Maideen~It's a way of life.......Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpffftght
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Saman je sampai tinggal spender je si Zamihan ni. Muka berkerak lagi huduh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru la bertemu buku dan ruas
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:09 AM | Show all posts
zamihan ada apa? mulut je ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.072217 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list