CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2307|Reply: 20

[Tempatan] Angkara dendam, tiga beranak dibunuh. #19. Pic suspek.

[Copy link]
Post time 15-11-2017 07:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-11-2017 02:44 AM

Tiga beranak dibunuh

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/284083/tiga-beranak-dibunuh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 7:53 PM

Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa di taman Bahagia. FOTO Fathil Asri.

ANGKARA dendam, tiga beranak maut, manakala seorang lagi kritikal selepas ditikam dengan pisau dan dihentak dengan tukul serta besi di rumah di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.

Kejadian 2.30 petang tadi dipercayai dilakukan oleh lelaki yang dikenali keluarga berkenaan.

Mereka yang maut adalah Kha Eng Ni, 42; isterinya Chua Joo Seok, 37, dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13.

Sementara itu, anak perempuan, Kha Xing Rhuu, 15, parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad berkata, mangsa pertama, Eng Ni ditemui dalam keadaan tertiarap dekat pintu rumah dengan tiga kesan tikaman di dada.

"Dua lagi mangsa iaitu isterinya ditemui di dapur dalam keadaan terduduk dengan kesan tikaman pada badan dan anak lelaki di tengah rumah dengan kecederaan di belakang leher dipercayai dihentak dengan tukul.

"Seorang lagi mangsa iaitu anak perempuan dilapor kritikal dan masih menerima rawatan. Siasatan awal dapati suspek menggunakan senjata jenis pisau, tukul dan besi yang terdapat di dalam rumah berkenaan.

"Mangsa berasal dari Bachok dikatakan ke rumah itu yang dijadikan stor penyimpanan barang untuk membuat audit sebelum diserang suspek dipercayai pekerja mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Beliau berkata, mangsa mempunyai perniagaan menjual barang perkakas dan siasatan awal tidak menolak kemungkinan kejadian disebabkan dendam.

Menurutnya, kejadian itu disedari penduduk yang melalui kawasan terbabit dan melihat suspek melarikan diri bersama kenderaan jenis pikap milik mangsa.

"Kita masih mengesan senjata digunakan suspek dan mengambil kesan darah pada tingkap rumah untuk siasatan," katanya.

Din berkata, usaha memburu suspek giat dilakukan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, abang mangsa berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, mengetahui kejadian itu apabila dimaklumkan ahli keluarga.
"Saya segera ke tempat kejadian dan melihat adik perempuan saya mati bersama suami dan anaknya.

"Kehilangan mereka sangat mendukacitakan kami dan mahu pelaku itu segera ditangkap serta terima balasan sewajarnya," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah ..kejam dan jahatnya ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin bengang kat bapak jer tapi satu family dia bunuh. Takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dendam apa lah tu sampai satu keluarga dibunuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kasihannya anak yg tinggal sorang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke jatuh cinta dengan anak tokey tapi ketahuan. Cinta tak kesampaian. Terus dibunuhnya satu family terus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap anak yg sorang tu survive and boleh cam pembunuh family dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 15-11-2017 09:14 PM
Ke jatuh cinta dengan anak tokey tapi ketahuan. Cinta tak kesampaian. Terus dibunuhnya satu family t ...

achik byk nonton sinetron indon ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 15-11-2017 09:18 PM
achik byk nonton sinetron indon ka?

tak dik. Sinetron indon org gila seperti awak je tgok sinetron. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis satu famili dia bunuh. Budak 13 tahun pun sanggup tu dia bunuh. Kesian
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutang? Along?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 15-11-2017 09:22 PM
tak dik. Sinetron indon org gila seperti awak je tgok sinetron. Haha

pekerja yg jaga stor brg yg nak di audit jatuh cinta ngan anak dara tokey 15 tahun or mungkin anak lelaki tokey 13 tahun bunuh satu keluarga kerana cinta ditolak?? parah gila achik ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:32 PM | Show all posts
ni kesan pil kuda ke? jauhilah pil kuda..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takjiah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:56 PM | Show all posts
baca tajuk saja, dah agak samada kelantan atau sabah.

sejak akhir2 ni banyak betul pembunuhan bermotifkan dendam dari 2 negeri ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts

Mgkin ank2 dan isteri nmpk dia bunuh tokey..jd bunuh smuaa..
Kejam sgt...hrp cepat jmpa suspek tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 15-11-2017 09:32 PM
pekerja yg jaga stor brg yg nak di audit jatuh cinta ngan anak dara tokey 15 tahun or mungkin anak ...

Cinta tak kenal usia kekdahnya. Itu speku iols je nokkk. Jgnlahh dikecammmss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2017 10:44 AM | Show all posts
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tiga-beranak-diburu

Suspek bunuh tiga beranak diburu


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 10:22 AM


SUSPEK yang diburu polis.  FOTO Ihsan Polis

POLIS Kelantan sudah mengenal pasti suspek utama yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh tiga beranak di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, suspek dikenal pasti sebagai Sharat Eh Wan @ Pot, 31, yang juga pekerja mangsa sejak tiga tahun lalu.

Katanya, usaha memburu suspek yang berasal dari Kampung Jubakar Darat, Tumpat sedang giat dijalankan.

"Kita percaya penangkapan suspek dapat membantu selesaikan kes ini.

" Oleh itu orang ramai yang memiliki maklumat diminta terus berhubung dengan balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

" Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan angkara dendam, tiga beranak maut, manakala seorang lagi kritikal selepas ditikam dengan pisau dan dihentak dengan tukul serta besi di rumah di Taman Bahagia.

Dalam kejadian 2.30 petang itu mereka yang maut adalah Kha Eng Ni, 42; isterinya Chua Joo Seok, 37, dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13.

Sementara itu, anak perempuan, Kha Xing Rhuu, 15, parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Kejadian itu disedari penduduk yang melalui kawasan terbabit dan melihat suspek melarikan diri bersama kenderaan jenis pikap milik mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 01:22 PM | Show all posts
suspek tu org melayu ke org siam? namanya mcm org siam pun ada..

apalah yg dia dendam sgt dgn mangsa sampai dia tekad cuba bunuh 1 family.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.073281 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list