CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2312|Reply: 25

[Dunia] beritahu tergempar: Jenazah ibu timbul selepas sebulan Dikebumikan!

  [Copy link]
Post time 15-11-2017 11:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-11-2017 07:20 AM

Video.... https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=m6xCBbj3FPE

Keadaan mayat masih berkain kapan yang timbul di permukaan kubur di Pontianak, Indonesia.

INDONESIA - Hujan lebat dipercayai punca jenazah yang masih lengkap berkain kapan naik ke permukaan kubur yang menggemparkan penduduk di Pontianak, Indonesia, sejak Isnin lalu.

Jenazah berkenaan ditemui orang ramai di atas kubur di Pemakaman Umum Jalan Hasanudin, Kelurahan Sungai Jawi Luar, Pontianak Barat, Isnin lalu.

Menurut Jawa Pos, jenazah itu ditemui dalam posisi terlungkup di permukaan tanah dan berita penemuan jenazah berkain kapan itu merebak pantas, termasuk melalui media sosial menyebabkan orang ramai berpusu-pusu ke tanah perkuburan itu.

Seorang penduduk tempatan, Rio, berkata jenazah itu ditemui penduduk yang datang memotong rumput untuk makanan ternakan di kawasan perkuburan itu sebelum penemuan itu dilapor kepada polis.

Polis yang datang kemudian mengawal lokasi kejadian sehingga keluarga jenazah berkenaan datang.

Menurut penduduk, hujan lebat berlaku di Pontianak sejak beberapa hari lalu dan peningkatkan paras air dalam tanah dipercayai menyebabkan jenazah berkenaan naik ke permukaan.

Ketua Polis Sektor Pontianak Barat, Komisioner Bermawis, berkata: “Siasatan mendapati jenazah itu dikebumikan sebulan yang lalu.

“Keluarga memberitahu ia adalah jenazah ibu mereka.”

Menurutnya, polis menjangka mayat itu timbul kerana air pasang dan bagi mengelak keadaan kecoh serta khabar angin tidak betul, jenazah berkenaan dikebumikan semula.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017...-sebulan-video



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
'pontianak'?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
pandai polis tu sebelum ada yang karang cerita mastika tok adi
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Skeri juga
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Walau pun aku caya jer pasal hujan lebat tu.. Tapi  aku still amaze mayat yang tujuh kaki kedalaman boleh timbul begitu sahaja. Namun aku tetap husnuzon bahawasanya mayat tersebut masih mengalami proses pereputan dimana perut masih kembung ke apa sebab itu mudah naik keatas seperti mana mayat terapung dilautan..
Logik kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:12 AM | Show all posts
'dikebumikan sebulan lalu'
tapi semak belukar tu mcm dah bertahun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2017 09:13 AM | Show all posts
semak samunnya kubur dorang ni..tak pernah bersihkan gamaknye
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:16 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 16-11-2017 09:18 AM

sepatutnya kalau banyak air/ becak, makin tenggelam..bukan timbul..kalau tak caya buang duit syiling dalam lumpur...tengok timbul kah tenggelam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 02:24 PM | Show all posts
kenapa kubur dia berbentuk sfera ?
tapi memang banyak kemusykilan mcm mana boleh timbul jenazah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:42 PM | Show all posts
aku tk rasa dia tanam 7 kaki

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa mayat tuh terlangkup... bukan kalau terapung dek sebab air naik pon mayat itu akan tetap terlentang?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:53 PM | Show all posts
manusia apabila sudah mati, mereka akan merayu2 untuk dikembalikan kedunia. mereka berjanji akan berbuat baik dan beriman.

tetapi semua sudah terlambat, walaupun berjaya keluar dari kubur, mereka tetap tidak hidup kembali didunia ini.

wasalam

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:59 PM | Show all posts
aku ada tgk kejadian nie dalam video.. tepi2 jenazah tu ada cecair pekat kaler merah gelap...

penaakulan awal awam - tanah becak mayat naik ke atas.

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:06 PM | Show all posts
~anya~ replied at 16-11-2017 02:46 PM
Kenapa mayat tuh terlangkup... bukan kalau terapung dek sebab air naik pon mayat itu akan tetap terl ...

terlangkup mungkin kerana menahan siksa dipukul. seperti jua manusia, apabia dipukul, mereka akan membelankangi sipemukul untuk menahan sakit atau kerana tidak mahu melihat wajah sipemukul.
wallahu a'lam


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:07 PM | Show all posts
ni kira bumi tak terima ke caner ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:10 PM | Show all posts
krustykrab replied at 16-11-2017 03:07 PM
ni kira bumi tak terima ke caner ni

percayalah, bumi senantiasa menunggu manusia2 yang membuat kerosakan dan syirik semasa hidup. tak zabarrr ingin menghimpit mereka2 yang selama ini membuat kerosakan pada keindahan pada bumi.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 03:10 PM | Show all posts
naina replied at 16-11-2017 04:10 AM
Walau pun aku caya jer pasal hujan lebat tu.. Tapi  aku still amaze mayat yang tujuh kaki kedalaman  ...

versi mastika :
mayat tak diterima bumi uols..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:12 PM | Show all posts
missyqaldina replied at 16-11-2017 03:10 PM
versi mastika :
mayat tak diterima bumi uols..

bumi dan neraka kubur senantiasa menunggu kedatangan kaum munafik, murtad dan syirik.


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:17 PM | Show all posts
cikgukafa replied at 16-11-2017 03:06 PM
terlangkup mungkin kerana menahan siksa dipukul. seperti jua manusia, apabia dipukul, mereka akan  ...

i takut baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
versi mastika dengan siakapkeli mana lagi best? mak saya baik orangnye suka menolong orang tu yang mayat tak reput. nasib la bog bodies tu dah beribu tahun anak pun dah mati tak boleh claim mak dier baik orangnya suka baca injil.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.404898 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list