CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2755|Reply: 35

[Tempatan] ERL rugi terkumpul RM661.34 juta, konsesi dilanjutkan 30 tahun elak kenaikan tam

  [Copy link]
Post time 16-11-2017 06:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 16-11-2017 04:00 PM

PARLIMEN l Kerajaan telah melanjutkan kontrak konsesi 30 tahun Express Rail Link (ERL) selama 30 tahun lagi, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Karpawi

Beliau memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa lanjutan itu diberikan susulan tindakan kerajaan yang menolak permintaan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) untuk mengkaji semula tambang kereta api itu sebanyak tiga kali.

Beliau mendedahkan mengikut kontrak awal 30 tahun itu, yang akan tamat pada 2029, ERL berhak mengkaji semula tambang setiap lima tahun.

“Kontrak ini akan habis 2029, 30 tahun, tetapi oleh kerana kita buat perjanjian awal rejim dulu pada 2002, telah ada satu sistem, setiap lima tahun boleh review tambang, dia tak review tiga kali.

“Sampai 2016, kerajaan buat pendekatan, tambang kita bukakan, tapi kita letak siling (pada RM64), bila kita tidak benarkan kenaikan, sepatutnya kita beri pampasan, tapi kita panjangkan konsesi 30 tahun.

“Selepas 30 tahun, kerajaan tidak bayar lagi caj servis penumpang (PSC), selepas 2029, kerajaan tidak bayar lagi,” katanya semasa sesi soal jawab.

Sementara itu, Abdul Aziz juga berkata, MAHB bagi pihak kerajaan telah mengemukakan bayaran PSC kepada ERL sejak 2002 hingga September 2017, dengan jumlah bayaran keseluruhan RM741,234,295.

Menurutnya, sejak ERL mula beroperasi, kadar purata bilangan penumpang adalah 5.4 juta orang setahun.

Namun pada 2015 terdapat peningkatan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya 11.03 juta orang.

“Bagaimanapun, peningkatan kadar tambang ERL pada 2016 telah menyaksikan penurunan kadar bilangan penumpang sebanyak 19 peratus, menjadi 8.9 juta orang,” katanya menjawab soalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) mengenai jumlah keseluruhan yang dibayar MAHB kepada ERL sejak 2002.

Abdul Aziz berkata ERL juga mengalami kerugian selepas tahun kewangan cukai selama enam tahun berturut-turut iaitu 2009 hingga 2014.

“Sehingga tahun 2016, kerugian selepas cukai terkumpul adalah RM661.34 juta,” katanya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) mengenai diskaun bagi tambang ERL, Abdul Aziz berkata diskaun 30 peratus ditawarkan kepada warga emas, orang kurang upaya dan pelajar.

“Bagi pengguna kerap, terdapat pas bulanan. Jika individu itu bekerja di KLIA, dia boleh dapat sehingga 82 peratus diskaun (bagi penggunaan KLIA transit).

“Selain itu, diskaun juga diberi bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan dalam talian (10 peratus) dan Visa payWave (15 peratus). Banyak kemudahan diskaun diberi kepada rakyat tempatan,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 08:20 AM | Show all posts
nak kena tukar top management erl ni...jgn dok bagi kat MAHB...

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:24 AM | Show all posts
wirazam replied at 16-11-2017 08:20 AM
nak kena tukar top management erl ni...jgn dok bagi kat MAHB...

bukan erl ni ytl punya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pengguna setia erl, lepas naik harga tambang, hmmm bye bye erl. Harga fare kanak2 sama dgn dewasa
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:49 AM | Show all posts
ERL pun boleh rugi.. padahal tengok ramai yang naik..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:00 AM | Show all posts
yg g KLIA tu kan..?

dah naik tmbng dari rm30 ke rm50 pun rugi lg..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2017 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Uiks lama gila tak naik erl.. Best. Laju dan selesa.  Masa tu tak ramai org.. Tapi mahal. Klu sekali sekala ok la. Kalau daily memang tak
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak kalo nak gi klia mmg akan naik erl jah sbb akak duk kat kay ell je
Lg selesa.. Kowser nak naik uber grab teksi bagai gi sepang nun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 10:42 AM | Show all posts
bagi top managerial umngok cmtu lah....bagi plak spesis2 kroni kaki x reti buat keje...smua bnda punah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Cmne boleh rugi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 11:03 AM | Show all posts
tambang erl mahal gila one way pun dah 50hengit kl ke klia.Koser sangat rakyat marhen cam aku ni nak naik.Bayar mahal mahal kalau berdesut takpe juga ni totap la aku rasa train ni slow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2017 04:02 PM | Show all posts

Tiket ERL KL Sentral-KLIA Sepatutnya Lebih RM74, Tetapi Kerajaan Kekalkan RM55

Mengikut perjanjian konsesi 'kerajaan' Tun Dr Mahathir Mohamad bersama syarikat YTL yang membangunkan Ekspres Rail Link (ERL), harga tiket bagi perjalanan dari KL Sentral ke KLIA berharga RM74 bermula 2014 berbanding RM35 ketika mula beroperasi.

Penganalisis politik/ blogger Lim Sian See (LSS) berkata, walaupun 'kerajaan' Datuk Seri Najib Tun Razak hanya membenarkan kenaikan sehingga RM55 pada 2016.

"Jika perjanjian konsesi Mahathir bagi ERL ditandatangani bersama rakan baiknya YTL pada 1997 dituruti, hargaya akan menjadi RM41 pada 2004, RM56 pada 2009, RM74 pada 2019, RM97 pada 2017 dan RM126 pada 2024.

"Tetapi memandangakan kerajaan tidak membenarkan mereka menaikkan harga tiket pada 2004, 2009, 2014 - dan juta pada 2019, kerajaan mesti membayar pampasan.

"Pampasan berdasarkan persetujuan jangkaan perolehan keseluruhan berdasarkan perjanjian Mahathir," ujarnya dipetik kenyataan.

Kata LSS, berdasarkan perjanjian tersebut, perolehan yang dipersetujui bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM1.1 bilion namun nilai sebenar pada tahun berkenaan adalah RM200 juta.

Justeru baki pampasan tersebut dibayar dengan melanjutkan tempoh konsesi daripada 30 tahun kepada 60 tahun.

Dalam pada itu, perjanjian Mahathir juga membenarkan ERL juga mengambil bayaran tambahan mengenakan caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang dikutip daripada cukai lapangan terbang KLIA.

"Pada masa ini, ERL mengutip PSC RM5 dan RM1 masing-masing bagi penumpang penerbangan keluar antarabangsa dan domestik tetapi dibenarkan menaikkan 10% setiap 5 tahun.

"Sejak mula beroperasi pada 2002 hingga September 2017, KLIA telah membayar sejumlah RM741.23 juta dalam bentuk PSC kepada ERL," jelasnya lagi.

Walaubagaimanapun, segala bentuk pampasan daripada kerajaan dan KLIA akan berakhir pada 2029 apabila perjanjian yang dimeterai ketika zaman Dr Mahathir tamat.

"Terdapat banyak alternatif kepada ERL maka kerajaan membiarkan sahaja ERL bersaing dengan meritnya sendiri - tanpa perlu kerajaan membayar pampasan atau KLI perlu membayar peratusan cukai lapangan terbang diterimanya.

"Sepertimana perjanjian berat sebelah lebuhraya dan pengeluar tenaga bebas (IPP), ini (ERL) adalah satu lagi legasi perjanjian berat sebelah Mahathir yang diselesaikan oleh kerajaan Najib," katanya lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pampasan tu sape sebenarnya end up yang dapat?

Setiap kali apa-apa mesti dengar bab pampasan yang satu ni ..macam bayaran nak ganti rugi ..sape yang dapat sebenarnya?

Aku yang tak faham
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Start 2009 sampai 2016 start rugi...sapela PM time tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
budaktua replied at 16-11-2017 09:00 AM
yg g KLIA tu kan..?

dah naik tmbng dari rm30 ke rm50 pun rugi lg..?

On top of that heshe dapat payment airport tax dari gomen iya. Makna kata certain portion of airport tax pax bayar di salurkan kepada erl jua kan?!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 04:49 PM | Show all posts
Dulu2 mmg travel dengan erl.. tapi since dah mahal ni, agak berkira jugak la nak guna..
baru2 ni try guna bus klia - kl sentral RM10 je.. dia punya bau, hadoiiii dgn mamat2 bangla Nepal bagai, so confirm takkan naik dah bus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 05:47 PM | Show all posts
"Jika perjanjian konsesi Mahathir bagi ERL ditandatangani bersama rakan baiknya YTL pada 1997 dituruti, hargaya akan menjadi RM41 pada 2004, RM56 pada 2009, RM74 pada 2019, RM97 pada 2017 dan RM126 pada 2024.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2017 02:43 PM | Show all posts
Let ERL raise ticket prices, Tony Pua dares government

PETALING JAYA: Petaling Jaya Utara MP Tony Pua has challenged the government to allow Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) to raise its fares for train services to the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) instead of “bailing it out” with a 30-year extension of its concession period.

The DAP man said according to ERL’s initial schedule for fare hikes, ticket prices should currently stand at RM74 instead of RM55.

Prices should increase again in 2019 to RM97, and again in 2024 to RM126.

However, Pua added, the government had rejected ERL’s last three scheduled fare hikes, with Deputy Transport Minister Abd Aziz Kaprawi saying in the Dewan Rakyat on Wednesday that the concession extension was compensation.

“ERL had previously demanded RM2.9 billion in compensation from the government due to its inability to raise fares based on its initial schedule.

“However, the auditor-general’s report found that ERL’s revenue was between 11.5% and 13.7% of its projected revenues. Hence why should taxpayers compensate ERL for revenues which were outrageously inflated anyway?” he said in a statement today.

Pua, who is also DAP national publicity secretary, said the government should instead allow the fare hikes to take place should ERL decide to implement them.

“The government should call ERL’s bluff and allow them to proceed to raise its fares.

“If ERL does so, and collapses financially due to the lack of passengers, the government has the right under the concession agreement to take back its service.

“However, if ERL chooses not to hike its fares despite being allowed to do so by the government, then the taxpayers will be absolved of any obligations to compensate ERL.”

Pua said ERL was already struggling with low ridership due to the last increase in ticket price, from RM35 to RM55, and the ample competition in transport service availability to both KLIA and the Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2).

“The same journey using GrabCar or Uber ride service will cost RM65 and approximately RM75 respectively. If the rides are shared, then the fares are significantly cheaper than ERL,” he added.

Noting that the ERL concession was awarded in 1999 through direct negotiation with the ERLSB, whose largest shareholder is the YTL Group, Pua asked if the government’s rejection of the fare hikes was an honest attempt to protect the people or a “masked attempt to bail out ERL and save a crony-linked company”.

“By choosing to extend ERLSB’s concession, the government is helping ensure that those lopsided terms continue,” he said.

He said since 2002, ERL had made RM741 million from seemingly lucrative terms, including a fee of RM5 and RM1 for every international and domestic traveller using KLIA or klia2, regardless of whether they use the ERL service.

“However, now that business apparently isn’t so good, why should taxpayers step in to bail out the company shareholders?”

On Wednesday, Aziz told Parliament that the government was extending the concession period for the ERL service by 30 years.

The original concession period was meant to expire in 2029.

Aziz said ERL had sustained a cumulative loss of RM661.34 million after tax since 2002, and that the rail service had also previously suffered losses for six consecutive years, between 2009 and 2014.

Aziz added that since the ERL began operating, it has had an average of 5.4 million passengers a year, and in 2015, he noted a 20% increase compared with the previous number of 11.03 million passengers.

“However, a fare increase from RM35 to RM55 in 2016 resulted in a drop in the number of passengers by 19% to 8.9 million,” he added.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 02:47 PM | Show all posts
Tukar kepada status mcm komuter sahaja. Tak perlu express dah. Tak sepadan dgn taraf hidup rakyat malaysia. Satu hala RM10-15. Sure pack punya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Alasan ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.248230 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list