View: 8419|Reply: 36
|
[Tempatan]
cuba menghalalkan yang haram: kontraktor renovasi flat pangsapuri
[Copy link]
|
|
Edited by memeque12 at 16-11-2017 10:35 AM
tindakan yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan penduduk flat yang lain.
pergi la beli sebidang tanah dan renovasi ikut suka hati sampai mati
'Rumah papan' di pangsapuri 12 tingkat
PADA mulanya ia hanya dibina sebagai tempat menyidai pakaian, namun selepas dihias dengan ukiran berkonsepkan tradisional, struktur binaan di satu unit kediaman di Pangsapuri Kenanga Sari, Kuala Lumpur, dilihat seperti rumah papan di tingkat bawah bangunan 12 tingkat.
Menariknya struktur yang dibina dengan lebar 1.2 meter dari dinding rumah itu dijadikan sebagai 'mini koridor' yang diperbuat daripada besi kecuali lantai yang menggunakan papan lapis kalis air setebal satu inci.
Pemilik rumah, Abdul Razak Shaari, 49, berkata, penambahan itu dibuat sejak lebih lima tahun lalu dan pembuatannya hanya memakan masa kira-kira 10 hari yang dilakukan sendiri.
Katanya yang bekerja sendiri sebagai kontraktor, pembinaan itu dilakukan tanpa membabitkan kerja memecahkan dinding atau mengubah struktur rumah sebaliknya hanya menambah ruang di tepi rumah berkenaan.
"Kalau lihat dari luar memang ia nampak seperti rumah yang diubah suai tetapi sebenarnya dinding rumah ini 'ditampal' dengan struktur yang hanya menggunakan skru tanpa membabitkan proses pecah dan bina semula.
"Konsepnya sama seperti rumah pangsa lain yang membesarkan awning (sengkuap) untuk dijadikan sebagai tempat menyidai pakaian," katanya ketika ditemui di rumah berkenaan, hari ini.
Menurut Abdul Razak, bahan yang digunakan pada struktur binaan itu adalah yang berkualiti dan idea konsep tradisional yang ditampilkan itu adalah secara kebetulan.
"Selain besi padat yang dicat dengan warna seperti kayu, bumbung pula diperbuat daripada getah tahan lasak bagi mengelakkan bunyi bising apabila hujan.
"Konsep tradisional itu adalah kebetulan. Saya hanya membuat perkara yang mudah dan cepat sahaja. Memang bentuknya seperti itu, bukan kerana minat atau apa-apa," katanya yang sudah lebih 10 tahun mendiami rumah itu.
Menurut bapa kepada lima anak itu, pada mulanya struktur binaan yang dianggarkan menelan kos lebih RM10,000 itu mahu dijadikan tempat menyidai pakaian namun kini ia juga dijadikan sebagai lokasi berehat dan tidur.
Katanya, binaan dengan panjang kira-kira sembilan meter itu sedikit pun tidak mengganggu kawasan jalan di pangsapuri berkenaan malah penduduk turut berbangga dengan binaan itu yang mencantikkan lagi bangunan kediaman mereka.
Sejak Isnin lalu, dua gambar rumah Abdul Razak menjadi tular di laman sosial dan menampakkan seperti rumah kayu yang diubah suai pada rumah pangsa sehingga menerima pelbagai reaksi daripada netizen. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata pbt pulak... ni kira unit strata kan... mcm mana dengan piawaian ubahsuai unit strata... akak masih tak paham sangat tentang strata sebab kat pahang tak meluas lagi pasal unit strata... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan rumah ppr kan.. kalau rumah ppr baru selayaknya kena hencap..
kalau dah mampu berhabis sampai puluh ribu, sila berambus dari rumah ppr..
bagi ruang kat orang tak mampu pulak sewa.. |
|
|
|
|
|
|
|
APPEARANCE, FAÇADE AND COLOUR OF EXTERIOR
A proprietor shall not change the appearance, colour code and façade to any part on the exterior of his parcel without the prior written approval of the management corporation and, where necessary, the approval of the appropriate authority.
RESTRICTIONS IN RENOVATION WORKS
Unless prior approval in writing has been obtained from the appropriate authority and the management corporation, a proprietor shall not:
• relocate any external door or window of his strata parcel; |
|
|
|
|
|
|
|
babe, umah ppr tu mmg tuk disewa saja kah? bukan ada yg beli ker?
ke aku salah?
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai je prangai camnih..buat renovation sampai mencacatkan pemandangan..time mula2 pindah teres cantik je..bila puak2 laknat ni sampai..buat renovation sesuka hati..trus jadik cacamerba..dah la design ala2 pprt hauk |
|
|
|
|
|
|
|
ada juga kot sewa beli.. tapi majoriti sewa je kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je beli rumah ppr ni then sewa kan.... masyukkk....
kebanyakan ppr ni sewa dr tuan rumah kann
|
|
|
|
|
|
|
|
JMB tido ka?..dpt kebenaran pihak berkuasa dak? |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, binaan dengan panjang kira-kira sembilan meter itu sedikit pun tidak mengganggu kawasan jalan di pangsapuri berkenaan malah penduduk turut berbangga dengan binaan itu yang mencantikkan lagi bangunan kediaman mereka.
itu ko yg cakap.... |
|
|
|
|
|
|
|
syarat rumah ppr is sewa/beli hanya untuk duduk sendiri..
bukan bagi sewa kat 3rd party..
so selagi tak kantoi bagi la sewa..dah kantoi kena terminate jangan nak menyalak teraniaya yach
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia pengerusi jmb
|
|
|
|
|
|
|
|
npknya gitu laaa..rilek je JMB tak kaco
|
|
|
|
|
|
|
|
haha... harap2 masih ada yg jujur..
|
|
|
|
|
|
|
|
dah banyak rumah ppr dijual contoh flat seri sabah, lepas tu sekeliling tu stadium badminton cheras pun dh di jual nak dibangunkan. lagi 2 tahun projek dh mula mrt pun dh siap.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau rumah tu ada kt tempat akak, akak sangkut bawah rumah orang tu tali buaian , petang2 balik kerja naik buaian bawah rumah.. rasa suasana kampung |
|
|
|
|
|
|
|
ooo.... tgok Dp cili teringat nuang nuang
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah viral nih, tak kan tak ada pihak nak ambil tindakan? |
|
|
|
|
|
|
|
nak ikutkan banyak je rumah flat buat reno extend sana sini..
contoh flat kat wangsa maju tu..
tapi bukan rumah pprt, so pandai-pandai sendiri la..
jangan pbt datang check kena roboh pastu nak meroyan..
padahal dah ada dalam undang-undang rumah flat tak boleh buat macam tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
... at least design nya way better dari jenis yang main tepek aje dengan awning macam nih
|
|
|
|
|
|
|
| |
|