CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 506|Reply: 4

[Tempatan] Cara samun dah upgrade sikit, tembak dua das cuba samun

  [Copy link]
Post time 16-11-2017 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Tembak dua das cuba samun

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/284159/tembak-dua-das-cuba-samun

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 1:24 AM

Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


Anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.

DUA lelaki cuba menyamun ejen hartanah wanita dengan melepaskan dua tembakan ke arah kereta mangsa di Jalan Teratai 2, Setapak, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa sempat menyelamatkan diri dan tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa yang berusia 30 tahun didatangi seorang lelaki memakai topi keledar sebelum mengetuk tingkap kereta wanita itu menggunakan pistol.

"Suspek mengarahkan mangsa agar keluar dari kereta, namun ejen hartanah itu mengundurkan keretanya sebelum terdengar satu das tembakan.

"Mangsa terus memecut kenderaan jenis Mercedes Benz itu dan secara tiba-tiba muncul seorang lelaki menunggang motosikal menghalang laluannya," katanya.

Beliau berkata, mangsa terlanggar lelaki bermotosikal berkenaan dan mengundurkan kenderaannya sebelum satu das lagi tembakan dilepaskan.

"Wanita itu memandu ke kawasan selamat dan menghubungi rakan pejabat memaklumkan kejadian yang menimpanya.

"Mereka membuat laporan polis dan tidak mengalami kecederaan atau kehilangan barang. Siasatan awal mendapati, kereta yang dinaiki milik rakan lelaki yang dihubungi.

"Polis kini sedang mengenal pasti dua suspek yang terbabit dalam kejadian itu dan hasil pemeriksaan pihak forensik menemui satu peluru pada tayar kanan hadapan kereta mangsa," jelasnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 10:39 AM | Show all posts
kenapa tak langgar je...aduhai
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 12:34 PM | Show all posts
Silap mangsa ke hapa dah yang memandu pun bukan pemilik asal kereta.  Apa pun pasti menakutkan buat yang berada dalam situasi sebegitu, mujur dia tak mudah panic.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
5.30 ptg dah keluar menyamun? dik orang sibuk nak balik keje ambik anak nasib la ko tak kena lahar dan langgar sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 01:17 PM | Show all posts
ntah kenapa aku rasa malaysia macam sebuah negara yang tak selamat.Adakah major rakyat Malaysia dah ada pistol sekarang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.359998 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list