CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 583|Reply: 8

[Tempatan] Tekanan sara hidup antara faktor sertai skim pelaburan tak sah.

  [Copy link]
Post time 16-11-2017 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Tekanan sara hidup antara faktor sertai skim pelaburan tak sah

https://www.malaysiakini.com/news/402145

Hari ini, 10:31 am      Hari ini, 10:43 am



Tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat, dipercayai antara punca sesetengah rakyat terutama golongan pekerja yang memiliki caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mudah terpedaya untuk menyertai pelbagai skim pelaburan tidak sah atau diragui statusnya.

Seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Azrul, 33, berkata pencarum adalah golongan sasar paling mudah untuk didekati dan akhirnya terjebak dengan skim pelaburan yang kononnya memberi pulangan lumayan kepada mereka.

Petugas sebuah agensi kerajaan di Sepang itu mengakui beliau adalah antara mangsa penipuan sebuah syarikat pelaburan yang diragui statusnya sehingga kerugian kira-kira RM5,000, tiga tahun lepas.

“Jika dilihat pendekatan yang digunakan, mereka ini memang menyasarkan pencarum sebab kita memang ada simpanan (wang) dalam KWSP. Sebagai penjawat awam pula, selepas kita disahkan dalam perkhidmatan kita mudah membuat pengeluaran wang daripada KWSP dan kemudahan ini yang telah saya gunakan,” katanya kepada Bernama.

Azrul berkata akibat terpedaya dengan skim pelaburan yang kononnya menawarkan pulangan dua kali ganda daripada modal dikeluarkan, beliau mengambil jalan mudah mengeluarkan wang simpanan daripada akaun KWSP yang dimilikinya.

Bermodalkan RM5,000 wang KWSP, beliau memberanikan diri melabur dalam skim pelaburan yang diperkenalkan oleh rakannya.

“Gaji saya sebagai penjawat awam tidak besar, waktu itu memang terfikir mahu cari duit lebih sebab nak bayar sewa rumah, makan dan minum, minyak motor selain ingin berkahwin. Bila tengok rakan bercerita dan dia turut serta melabur, kita jadi yakin dengan skim pelaburan tersebut.

"Malangnya, duit itu walaupun tidak banyak, ia hangus macam itu sahaja… syarikat pelaburan itu tutup dan ejennya menghilangkan diri. Dari situ saya dan rakan sedar kami ditipu… terkilan sangat rasanya sebab saya guna simpanan KWSP untuk buat pelaburan yang sia-sia,” katanya.

Seorang lagi pencarum yang hanya mahu dikenali sebagai Nurfadzilah, 34, berkata bahawa ada dalam kalangan pencarum KWSP, khususnya orang muda ghairah membuat pelaburan menggunakan wang KWSP bagi menjana pulangan menguntungkan.

“Kejadian ini berlaku kira-kira enam tahun lepas, yang waktu itu skim pelaburan berbentuk MLM (Multi Level Marketing) memang terkenal di Lembah Klang. Saya nyaris membayar sejumlah wang daripada akaun KWSP kepada mereka akibat terpedaya dengan cara hidup mewah ahli-ahli skim berkenaan,” katanya yang bekerja sebagai pereka grafik di sebuah agensi swasta.

Menurut wanita itu, rancangan untuk menyertai skim pelaburan berkenaan tertangguh akibat wang KWSP miliknya tidak dapat dikeluarkan kerana tidak memenuhi syarat pengeluaran.

“Ejen (pelaburan) meminta sejumlah wang dan mahu saya membayar segera kepada mereka mengikut tarikh yang ditetapkan sekiranya saya mahu mendapat duit hasil daripada pelaburan berkenaan.

“Namun, duit KWSP saya tidak dapat dikeluarkan mengikut tempoh yang mereka mahu. Saya kemudian mendapat tahu syarikat yang memperkenalkan skim pelaburan itu diserbu polis disebabkan aduan daripada orang ramai yang gagal memperoleh pulangan wang pelaburan mereka semula selain wang modal pelaburan lesap,” katanya.

Sementara itu, perunding unit amanah (UTC) dari sebuah agensi, Mohd Azmer Md Zainol mengingatkan pencarum supaya sentiasa menyemak senarai setiap agensi kewangan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) atau pihak berkaitan sebelum membuat sebarang pelaburan.

Beliau berkata pencarum perlu mencari atau mengetahui saluran pelaburan yang dibenarkan contohnya syarikat pengurusan dana dipanggil Syarikat Pengurusan Unit Amanah (UTMC).

“UTMC ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, dibenarkan beroperasi oleh BNM dan Kementerian Kewangan selain wang pelaburan kita akan dilindungi serta dijamin oleh Pemegang Amanah (Trustee) yang dilantik UTMC,” katanya.

Menurut beliau, selain memilih syarikat kewangan yang sah atau berdaftar, pencarum juga perlu mengambil beberapa langkah sebelum membuat sebarang pelaburan seperti membuat kajian dan mengetahui serba sedikit tentang prestasi kewangan sesebuah syarikat pelaburan.

Mohd Azmer menjelaskan pencarum perlu memastikan tujuan sebenar pelaburan dilakukan kerana mereka juga berdepan dengan pelbagai risiko dalam pelaburan.

“Setiap pelaburan itu mengambil tempoh tertentu untuk kita mendapat kembali pulangan wang atau keuntungan… ia bukan sekelip mata seperti mana yang dijanjikan menerusi skim cepat kaya,” katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbrg skim plaburan yg merepek mmg aku xlayan.... apatah lagi skim mlm, geng mlm akan cakap dulu che det pun suh org kita ikut mlm utk boost economi, babun btul pya statement..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 12:18 PM | Show all posts
1. staf gomen yg baru keje

2. staf gomen yg baru pencen


HATI2 byk mata yg sdg memerhatikan anda
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 12:20 PM | Show all posts
baik la gi labur kt bursa saham..
bukak CDS akaun RM10.60 jek
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ishhhh memang modal air liur diorang ni nak tolong orang melayu, pendapatan sampingan bla bla.. harkhhh tuih! Masalahnya yang terkena tu kalau sekali je kena takpelah, ni berkali2. Kang kata bodoh kawan2, adik beradik sendiri... heee geram je
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 01:04 PM | Show all posts
aku pun tak paham cam mana marhen boleh terpengaruh ngan skim skim ni semua.Kawan aku pun ada sampai rugi puluh puluh ribu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2017 01:12 PM | Show all posts
Rasanya bukan kerana tekanan sara hidup tapi kebanyakannya sebab tak sabar nak jadi kaya tapi akhirnya terus miskin
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
1 ribu jadi 2 ribu.  5 ribu jadi 10 ribu.   10 ribu jadi 20 ribu.   50 ribu jadi 100 ribu.   100 ribu jadi 200 ribu bla bla bla bla bla dalam masa beberapa bulan saja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 03:28 PM | Show all posts
“Gaji saya sebagai penjawat awam tidak besar, waktu itu memang terfikir mahu cari duit lebih sebab nak bayar sewa rumah, makan dan minum, minyak motor selain ingin berkahwin. Bila tengok rakan bercerita dan dia turut serta melabur, kita jadi yakin dengan skim pelaburan tersebut.


Mengaku aja ko tuh bebal, tamak, haloba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.259820 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list