CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6166|Reply: 93

[Tempatan] IKEA Johor, gedung IKEA terbesar di Asia Tenggara, beroperasi hari ini. #42. Pic

  [Copy link]
Post time 16-11-2017 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-11-2017 11:09 AM

IKEA Johor beroperasi hari ini

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/284278/ikea-johor-beroperasi-hari-ini

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 11:54 AM

Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

Tee (kiri) bersama Mike King melihat pameran perabot gedung membeli-belah IKEA, ketika majlis pelancaran pembukaan IKEA Tebrau.  FOTO Mohd Azren Jamaludin.

IKEA, peruncit perabot terbesar dunia berpangkalan di Sweden memulakan operasi IKEA Tebrau, Johor yang juga Gedung IKEA terbesar di Asia Tenggara secara rasmi pada jam 10 pagi, hari ini.

Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara, Mike King berkata, dengan keluasan 46,713 meter persegi, gedung berkenaan menyediakan 54 bilik pameran berinspirasikan ala Sweden.

"Selepas persediaan dilakukan berbulan-bulan, kami teruja untuk membuka pintu kami dan memberikan pengalaman membeli belah IKEA unik kepada warga Malaysia.

"Dengan lebih 8,000 kemasan kediaman rekaan Sweden yang bermutu dan mampu dimiliki, gedung baru ini akan mencapai visi kami menjadikan kehidupan harian warga Johor lebih baik," katanya pada pelancaran gedung baru itu hari ini.

Katanya, pelbagai pilihan makanan yang enak disediakan di restoran, bistro dan kedai khas makanan Sweden IKEA serta Smaland.

"Turut disediakan kawasan permainan untuk kanak-kanak yang diawasi dan kami yakin IKEA Tebrau akan menjadi pilihan seisi keluarga," katanya.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Hadir sama, Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara Christian Rojkjaer; Pengurus Gedung IKEA Tebrau, Annie Chandler dan Timbalan Pengurusnya, Charles Sathis Nair.

IKEA Tebrau terletak berhampiran outlet-outlet terkemuka yang menjadi sebahagian daripada destinasi percutian dan meningkatkan lagi imej Tebrau untuk menjamu selera, membeli belah serta bersantai.

"Selain daripada penyelesaian kemasan, IKEA Tebrau juga menyediakan perkhidmatan dan tawaran tambahan bagi kemudahan pelanggan.

"Ini termasuk pengambilan dan penghantaran ke rumah, pemasangan perabot, IKEA Gift Card serta pelan pembayaran ansuran 0 peratus.

"Turut disediakan syarat pemulangan dalam tempoh masa 100 hari, WiFi percuma dan kemudahan aplikasi IKEA Store dan banyak lagi," katanya.

Bagi memastikan kelancaran pelanggan ke situ katanya, IKEA Tebrau turut dilengkapi 1,771 tempat parkir kenderaan di dalam dan luar bangunan.

Mengulas lanjut mengenai pembukaan gedung itu pada hujung minggu, pelbagai tawaran terhad dan aktiviti untuk seisi keluarga diadakan.

Sementara itu, IKEA Tebrau dibuka pada 10 pagi hingga 10 malam pada Ahad hingga Khamis dan berlanjutan hingga 11 malam pada Jumaat dan Sabtu serta cuti umum.

Sementara itu, Annie berkata, seramai 300 pekerja tempatan diberikan peluang bekerja di syarikat itu.

Sempena pembukaan rasmi itu, kira-kira 4,000 pelanggan sudah bersedia menyerbu pintu masuk IKEA Tebrau, malah ada yang datang ke situ sejak 12 tengah malam tadi.

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 16-11-2017 01:17 PM | Show all posts
mesti banyak yang murah murah ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:16 PM | Show all posts
so nanti takde la rakyat negara johor kena masuk malaysia untuk gi ikea cheras dgn damansara ek
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:19 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 16-11-2017 02:16 PM
so nanti takde la rakyat negara johor kena masuk malaysia untuk gi ikea cheras dgn damansara ek

very deep..sentap rakyat diaorg kalo baca nie

Post time 16-11-2017 02:24 PM | Show all posts
johor ja ka??? IKEA taknak melabur dkt negeri penang yang tarak pandai urus banjir @pulauturtle ???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2017 03:10 PM | Show all posts
nk shoppinggg
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:12 PM | Show all posts
kentel replied at 16-11-2017 02:24 PM
johor ja ka??? IKEA taknak melabur dkt negeri penang yang tarak pandai urus banjir @pulauturtle ???  ...

kt website ikea inform open 2019
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 16-11-2017 03:13 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 16-11-2017 03:12 PM
kt website ikea inform open 2019

berkurun jugak tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:13 PM | Show all posts
kentel replied at 16-11-2017 02:24 PM
johor ja ka??? IKEA taknak melabur dkt negeri penang yang tarak pandai urus banjir @pulauturtle ???  ...

tgh buat tu kat penang...ko tak tau ke....insyallah next year siap

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:14 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 16-11-2017 02:16 PM
so nanti takde la rakyat negara johor kena masuk malaysia untuk gi ikea cheras dgn damansara ek

gituhla kekdahnya.... lg satu nak p sana guna jdt dollar yea... mahal rate die...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:14 PM | Show all posts
krustykrab replied at 16-11-2017 03:13 PM
tgh buat tu kat penang...ko tak tau ke....insyallah next year siap

jangan la pembaris sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:14 PM | Show all posts
krustykrab replied at 16-11-2017 03:13 PM
tgh buat tu kat penang...ko tak tau ke....insyallah next year siap

kat penang tu siap bleh terapung khen..... senang la sopping dlm banjir
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:16 PM | Show all posts
cocorex replied at 16-11-2017 02:19 PM
very deep..sentap rakyat diaorg kalo baca nie

bangsa paling hebat dlm dunia...klau peyno tu identiti tak terbongkar.... kompom mengutuk jawa johor manjang....
malangnya diri sendiri rupa jawa
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:21 PM | Show all posts
lepas ni boleh la ummah JDT makan meatball ikea dengan pisang salai cecah kicap cili
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:24 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 16-11-2017 03:21 PM
lepas ni boleh la ummah JDT makan meatball ikea dengan pisang salai cecah kicap cili

bleh la makan bakso meatball ikea
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 16-11-2017 04:01 PM | Show all posts
kentel replied at 16-11-2017 03:14 PM
jangan la pembaris sangat

mana la aku tau ko tak straight...lg pun bukan semua org tau pasal ikea ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 04:02 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 16-11-2017 03:14 PM
kat penang tu siap bleh terapung khen..... senang la sopping dlm banjir

ko pembaris ke tak straight
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 04:03 PM | Show all posts
krustykrab replied at 16-11-2017 04:01 PM
mana la aku tau ko tak straight...lg pun bukan semua org tau pasal ikea ni

hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 04:03 PM | Show all posts
krustykrab replied at 16-11-2017 04:02 PM
ko pembaris ke tak straight

ade curve
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.616399 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list