CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 615|Reply: 6

[Tempatan] Bekas Lans Koperal mengaku cabul pelajar lelaki tingkatan dua. Tertuduh mendakw

  [Copy link]
Post time 16-11-2017 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Lans Koperal mengaku cabul pelajar tingkatan dua

Oleh TAUFIK SALIMIN

16 November 2017 12:56 PM


Tertuduh (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen, Kuching hari ini.

KUCHING - Seorang bekas anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang remaja lelaki berusia 14 tahun pada 4 September lalu.

Tertuduh, Fazlie Zainuddin, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad.

Bagaimanapun, hukuman terhadapnya ditangguhkan berikutan menunggu laporan perubatan selepas dia mengaku tidak waras sebaik pertuduhan kedua dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menyentuh dada dan puting pelajar tingkatan dua itu di antara pukul 2 hingga 3 petang di kawasan pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Berdasarkan pertuduhan kedua pula, lelaki berkenaan didakwa menghisap puting remaja itu di antara pukul 3 hingga 4 petang di hadapan bangunan Paragon, Batu Kawa di sini.

Kes dikendalikan Haresh Prakash, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat bagi setiap kesalahan. - K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Jilake punya pedo....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:04 PM | Show all posts
Sama2 rela kesedapan ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:15 PM | Show all posts
haaa ni spesis pedo2 babi macam bangla langgan budak perempuan yg mak lacurkan tu la
elok mampus je la!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lah pedo, gay pulak tu. Hadoiii.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada yang lebih hina dari gay pedo...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2017 02:58 PM | Show all posts
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menyentuh dada dan puting pelajar tingkatan dua itu di antara pukul 2 hingga 3 petang di kawasan pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Berdasarkan pertuduhan kedua pula, lelaki berkenaan didakwa menghisap puting remaja itu di antara pukul 3 hingga 4 petang di hadapan bangunan Paragon, Batu Kawa di sini.


kejinya lahai ko nih.

sb ko ngaku ko x waras, eloklah ko disumbatkan ke tanjung rambutan!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054937 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list