CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 930|Reply: 13

[Tempatan] Sejak tahun 2014, rumah dirempuh kenderaan lebih 20 kali

  [Copy link]
Post time 16-11-2017 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Apalah nasib.. lebih 20 kali kena rempuh!

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/284333/apalah-nasib-lebih-20-kali-kena-rempuh

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 1:38 PM

Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


Keadaan tembok dan pagar rumah Wong yang runtuh dirempuh kenderaan pada Februari lalu.  FOTO Muhaizan Yahya.

KELUARGA peniaga pasar kini hidup dalam ketakutan selepas rumah mereka di Jalan Kledang, Taman Menglembu, Ipoh sudah lebih 20 kali dirempuh kenderaan sejak tiga tahun lalu.

Wong Fook Wei, 50, berkata, rumahnya yang beralamat di Nombor 734, Jalan Kledang, Taman Menglembu itu sering dirempuh kenderaan yang melalui jalan terbabit dengan kejadian terbaru 1.30 pagi, hari ini.

Kejadian awal pagi itu bagaimanapun hanya membabitkan keretanya yang diletak di depan rumah sebelum dilanggar kenderaan lain yang tidak dapat dipastikan jenisnya kerana pemilik kenderaan melarikan diri.

“Sejak 2014, kawasan rumah saya sudah lebih 20 kali dirempuh kenderaan yang menggunakan laluan di Jalan Kledang. Daripada jumlah itu, tujuh insiden yang agak serius terutama pada awal Februari lalu yang mengakibatkan tembok serta pagar rumah runtuh dirempuh.

Wong menunjukkan batu penghadang diletakkan di hadapan rumahnya bagi mengelak rempuhan kenderaan. FOTO Muhaizan Yahya

“Insiden yang serius semua saya buat laporan polis untuk tuntut insurans pemilik kenderaan bagi membaik pulih rumah yang rosak, namun kemalangan kecil tidak dilaporkan kepada polis kerana pemilik kenderaan membayar pampasan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Wong berkata, pihaknya juga sudah membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan aduan terbaru pada Ogos lalu untuk mengambil tindakan segera menangani masalah itu yang membahayakan nyawa dia dan keluarganya serta penduduk lain yang berhampiran.

“Saya memohon agar pihak berkuasa membina bonggol dan memasang papan tanda bersesuaian di laluan terbabit bagi mengelak kemalangan terus berulang.

“Pada 6 September lalu, pihak MBI sudah memberi maklum balas dan bersetuju mempertimbangkan beberapa kaedah untuk meningkatkan ciri keselamatan di kawasan ini, namun hingga kini masih tiada tindakan,” katanya.

Menurut Wong, dengan kejadian terbaru awal pagi hari ini, dia semakin bimbang keselamatan diri dan empat ahli keluarganya yang lain termasuk ibunya yang berusia 75 tahun.

Kereta lama di hadapan rumahnya turut dirempuh awal pagi hari ini. FOTO Muhaizan Yahya

“Kami sudah menetap di sini hampir 30 tahun dan sejak beberapa tahun ini kejadian rempuhan kenderaan di kediaman kami sering berlaku.

Kami hidup dalam ketakutan kerana bimbangkan keselamatan jika rumah kami dirempuh lagi hingga mengakibatkan kecederaan atau kecelakaan pada kami sekeluarga.

“Sebagai langkah keselamatan, saya bertindak meletakkan batu penghadang dan kereta lama di laluan yang sedikit berselekoh itu, namun penghadang berkenaan juga dirempuh kenderaan,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 02:37 PM | Show all posts
jual jela rumah tu...suwey kot...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:48 PM | Show all posts
kesian nye..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:53 PM | Show all posts
kalau pakcik ni dah buat laporan dengan dengan melebihi 20 kes kejadian apa kejadahnya pihak berkuasa nak mempertimbangkan lagi.Kejadian bukan baru sekali tapi 20KALI

patutnya kes ni dalam kategori ASAP
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Feng sui salah kah ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:00 PM | Show all posts
kesiannya...
takut jerk...smpai da berkali kali
nk tido pun x lena
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2017 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Taman menglembu? terlebih makan kacang ke sampai terlanggar rumah org.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab fengsui ni ada yg betulnya..bukan nak percaya pasal fengsui tapi tgk dari segi logik je cthnya rumah ni la. Kedudukan rumah ni mmg berisiko tinggi utk dihentam.. Rasanya rumah ni berada di tepi simpang tiga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 03:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:31 PM | Show all posts
apa nombor rumah tu..??
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:49 PM | Show all posts

Nombor 734.
Patutnya pergi kat PBT, mintak tukar jadi 733-A
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 02:22 PM | Show all posts
Themilo replied at 16-11-2017 03:49 PM
Nombor 734.
Patutnya pergi kat PBT, mintak tukar jadi 733-A

mau pau pun tidak cukup 1 digit..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Suwey...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 02:55 PM | Show all posts
kalau ikut feng shui, tak elok buat rumah berhadapan dengan simpang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.384581 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list