CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4761|Reply: 7

BISKUT BERASAP NAGA VIRAL !! SELAMAT ATAU TIDAK? INI JAWAPAN KKM

  [Copy link]
Post time 16-11-2017 03:13 PM | Show all posts |Read mode



Biskut Berasap. Peredaran zaman menyebabkan trend pemakanan manusia juga berubah. Budaya “hipster” dalam makanan dan minuman turut hadir sejak kebelakangan ini.
Tidak hairanlah jika hadir pelbagai jenis atau trend makanan baru dihasilkan kini. Terbaru, satu makanan yang boleh dikategorikan sebagai “hipster” menjadi trending.
Makanan yang dimaksudkan adalah makanan berasap. Kini di Malaysia hadir dengan biskut berasap yang dikatakan mengandungi cecair nitrogen.
Persoalannya bahayakah cecair nitrogen ini digunakan di dalam makanan? Mari kita baca penjelasan panjang lebar dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) ini. Semoga dapat menjelaskan segala kekusutan yang bermain di fikiran kita semua.
Kenyataan Akhbar KPK 19 Disember 2016 – Isu Penggunaan Cecair Nitrogen Dalam Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar New Straits Times online bertarikh 18 Disember 2016 bertajuk “Beware of the Dragon Breath cookie: Nitrogen liquid used not suitable for consumption, it burns too” dan akhbar Harian Metro pada 19 Disember 2016 bertajuk “Biskut asap beracun“. Perkara ini juga telah dilaporkan di laman sesawang Astro Awani pada 19 Disember 2016. Ia berhubung aduan mengenai penggunaan cecair nitrogen dalam makanan yang telah menyebabkan kecederaan pada tangan salah seorang pengguna.
Cecair nitrogen adalah merupakan gas nitrogen tidak berbahaya yang telah disejukkan ke suhu yang sangat rendah (-196°C) sehingga ia menjadi cecair. Cecair nitrogen digunakan dalam banyak aplikasi industri makanan seperti penyejukan serta-merta ais dan dalam pembuatan ais krim. Cecair nitrogen juga digunakan dalam pembekuan serta-merta (flash freezing) makanan termasuk biskut untuk memberikan tekstur berkabus (fog like texture) di mana ia menghasilkan novelty kepada pengguna apabila asap dihembus keluar semasa makan.
KKM ingin menegaskan bahawa cecair nitrogen harus digunakan pada tahap yang bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk. Pada amnya, selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal di dalam produk makanan siap. Oleh itu isu keselamatan makanan berhubung makanan yang dihasilkan atau disediakan menggunakan cecair nitrogen tidak timbul.
Bagi tujuan keselamatan pengguna, pengeluar atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk makanan yang dihasilkan perlu memastikan cecair nitrogen dalam produk makanan tersebut telah meruap sepenuhnya sebelum dijual kepada pengguna untuk mengelakkan melecur (cryogenic burn) atau radang dingin (frostbite). KKM berharap penyedia makanan dan pengguna mengambil perhatian ke atas perkara ini.
KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 03:39 PM | Show all posts
aduh mcm mcm trend skrg.........
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mkn sekali je, bkn sedap pun. Setakat kuar asap je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeap. Pernah jugak makan sekali. Ingatkan sedap. Hurmmm.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:33 AM | Show all posts
Macam2..

Nampak tak sedap
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:31 AM | Show all posts
macam biskut yg jual kat pasar malam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2017 01:43 PM | Show all posts
tak sedap
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.569847 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list