PENYANYI baharu As'ad Motawh diburu bintang terkenal Indonesia, Raffi Ahmad untuk membintangi filem terbitan produksi milik pelakon tersebut.
As'ad bagaimanapun membayangkan kemungkinan tidak dapat menerima tawaran berlakon dalam filem bergenre seram itu kerana perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum memberikan persetujuan.
"Rasanya mungkin tak dapat terima tawaran itu sebab saya mahu fokus dengan single Senyum terlebih dahulu.
"Lagi pula bila jadi pelakon perlu komitmen yang tinggi dan sekarang agak sibuk dengan rangka promosi lagu tersebut," katanya kepada mStar Online.
Bercerita mengenai filem tersebut, penyanyi berusia 16 tahun ini berkata, tawaran itu diterima ketika dia sedang mengadakan promosi lagu Senyum di Indonesia, bulan lalu.
Filem yang masih belum mempunyai judul itu dijangka memulakan penggambaran hujung tahun ini turut dibintangi ramai pelakon popular Indonesia.
"Ketika itu saya sedang bersiaran langsung untuk program Dahsyat di sebuah stesyen televisyen di sana.
"Raffi Ahmad bertemu pihak pengurusan dan menyatakan hasrat untuk menawarkan satu watak dalam filem tersebut," ceritanya.
Raffi Ahmad
Bagaimanapun, pengurusan BeGood Music masih belum memberi kata putus kerana perlu menilai beberapa perkara sebelum menerima tawaran tersebut.
Bercakap mengenai karier, As'ad dijangka menyambung jelajah promosi Senyum di Singapura pada 17 November ini.
Tidak menjangka sambutan hebat pendengar, penyanyi berdarah kacukan Melayu dan Arab ini bakal muncul dengan single baharu dijangka awal tahun depan.
"Alhamdulillah, sokongan terhadap lagu Senyum sangat baik dan jumlah penonton di YouTube juga bertambah.
"Kalau tiada halangan, kami dalam perancangan nak hasilkan lagu kedua selepas ini dan harapannya karier seni saya akan terus berkembang" ujarnya.
Lagu Senyum ciptaan Wansaleh dan Fuadko yang dimuat naik di laman YouTube sejak 18 Ogos lalu menerima lebih 7 juta tontonan.
Petang2 hujan2 ni beta dengar lagu Senyum tu sambil tolong adinda di dapur. Buat ..
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
Segengam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
Kucai/daun sup
lobak merah
bawang besar (dadu)
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng
Cara-cara:
- Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai/sup, garam.
- Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas...buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung...lebih elok menggunakan bekas / besen yang besar...Tuangkan air panas sedikit demi sedikit...apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan....Buat bahagian demi bahagian ye (wat sikit-sikit)
- Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh....pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu...kalau menggunakan tangan kang habis la tangan korang..kan air panas tu.. hehe
- Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh
- Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng
dah siap. boleh makan dengan sos peberet korang..
tips:
- boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.. kadang2 admin letak udang,bawang garam dengan carrot je.. pon sodap..
- basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang.. kalau tangan basah, bentuk doh tu lagi cantik..
- 3 cawan tu boleh makan seisi keluarga. klau korang tingal berdua je, buat satu cawan je dah la..
iols nak mengwhoayuskan budak ni. iols kenal dia dalam train transit KLIA. dalam tu dorg pasang video lagu senyum tu lah. iols blur2 lgi sape la budak poyo ni mcm nak tiru justin bibior. kali kedua tgk dlm meletop. igt orang arab mcm harris J rupa2nya org kL. iols cek ig dia. mak aihhh pemes upenya budak ni. likes saje 80k lebih, komen pun beratus