CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1941|Reply: 23

[Tempatan] Lagi Gadis Didakwa Tawar Pasang Pendakap Gigi Secara Haram.

  [Copy link]
Post time 16-11-2017 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Lagi Gadis Didakwa Tawar Pasang Pendakap Gigi Secara Haram

Diterbitkan: Khamis, 16 November 2017 2:52 PM

Gambar hiasan.

KUANTAN: Seorang bekas penyambut tetamu hotel pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memberi perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram, pada September lepas.

Arnalin Ibrahim, 23, dari Tuaran, Sabah membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Unaizah Mohd.

Tertuduh didakwa menawarkan rawatan pemasangan pendakap gigi tanpa pendaftaran sah oleh Ketua Pengarah Kesihatan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) pada 12.20 petang, 9 September lepas di sebuah rumah di Lorong Galing 46, Off Jalan Haji Ahmad di sini.

Dia dtuduh melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1) akta sama yang boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntuk denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Kesihatan Nurul Khairiyah Samsudin menawarkan jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin atas alasan tertuduh tidak memberikan kerjasama kepada pihak pendakwaan.

"Tertuduh sepatutnya hadir ke mahkamah pada 13 Oktober lepas tetapi gagal berbuat demikian menyebabkan waran tangkap dikeluarkan. Sejak itu, tertuduh sering berpindah dan menukar nombor telefon bimbitnya.

"Tertuduh ditangkap pagi ini di rumah sewanya di Taman Seri Inderapura di sini dan terus dihadapkan ke mahkamah kerana bimbang tertuduh akan melarikan diri lagi," katanya.

Arnalin merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan beliau tidak bekerja dan pendapatan sebagai penyambut tetamu sebelum ini hanya memperoleh RM900 sebulan, yang digunakan untuk menanggung seorang adik manakala ibu mertuanya yang akan menjadi penjamin, menanggung dua anak.

Hakim Unaizah menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap hujung bulan.

Beliau menetapkan sebutan semula kes itu pada 30 November bagi penyerahan dokumen.

Tertuduh dipercayai aktif menawarkan perkhidmatan itu sejak dua tahun lepas setelah belajar tentangnya menerusi internet dan daripada seorang 'guru' yang bukan seorang doktor di daerah ini.

Tertuduh didakwa mengiklankan perkhidmatan itu menerusi laman sosial Instagram dan mengenakan bayaran di antara RM500 hingga RM1,000 bagi satu rawatan, sebelum kegiatannya terbongkar ekoran aduan seorang 'pesakit' yang menghadapi masalah selepas memasang pendakap gigi. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 05:44 PM | Show all posts
gi laa minta bantuan dari persatuan apenamantah untuk kutip duit byr denda...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by finesse at 17-11-2017 12:09 PM

@dodolgemokgila

Panggil PPEIM utk payung dik..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 06:05 PM | Show all posts
so kali ni sapa nak kutip derma?

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 06:39 PM | Show all posts
finesse replied at 16-11-2017 05:55 PM
@dodolgemokgila

Panggil PPIM utk payung dik..

cantik ke tak tu?
tak cantik ppim tak layan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat cepat saper nak jadi hero bayarkan denda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2017 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
finesse replied at 16-11-2017 09:55 AM
@dodolgemokgila

Panggil PPIM utk payung dik..

PPEIM la.

Jangan salah petik nama
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dia x tumbuk dinding mana nak dpt bantuan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
GincuPurple replied at 16-11-2017 07:01 PM
PPEIM la.

Jangan salah petik nama

Oh.. terima kasih sis
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
abg dragon kan ada..pegi lah minta bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakiselit at 16-11-2017 08:05 PM
GincuPurple replied at 16-11-2017 07:01 PM
PPEIM la.

Jangan salah petik nama


takkan hang tak kenai andartu yg perangai mcm peguan rambu karat tu. Degil naks mams. Ramai dah ckp PPEIM sblm ni, tapi tongok sgt. Tu pun takleh nak digest.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 16-11-2017 07:09 PM
dia x tumbuk dinding mana nak dpt bantuan..

Kannn....

Patutnya dia tumbuk dinding ke...tumbuk tiang ke....baru lah dpt payung....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
finesse replied at 16-11-2017 05:55 PM
@dodolgemokgila

Panggil PPIM utk payung dik..

Smpah je budak ni punya penipu. Kata xde duit gaji rm900 tpi mampu bayar ikat jamin rm30000. Puii laknat sebegini dipohon jel tanpa boleh bayar denda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh call ppim/ ppeim utk kasi tolong.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 16-11-2017 08:10 PM
Kannn....

Patutnya dia tumbuk dinding ke...tumbuk tiang ke....baru lah dpt payung....

kene pandai drama
orang kita suka drama
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 11:31 AM | Show all posts
finesse replied at 16-11-2017 05:55 PM
@dodolgemokgila

Panggil PPIM utk payung dik..

PPEIM bang bukan PPIM
Silap nama abang pulak kena saman satgi
Saman fitnah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2017 11:48 AM | Show all posts
suh mak or mil dia masuk FB, kutuk2 doc lagi....pastu ayat terakhir "org irihati dgn kejayaan saya menjadi doc gg di usia yg masih mentah ini"
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kivio replied at 17-11-2017 11:31 AM
PPEIM bang bukan PPIM
Silap nama abang pulak kena saman satgi
Saman fitnah

Baiklah.. iolss edit balik..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 02:25 PM | Show all posts
sebab ade demand lah fake dentist ni berleluasa.. kemaruk nak gigi cantik.. gosok gigi malas
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dentistry 6 tahun pengajian kan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.081481 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list