CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 884|Reply: 8

[Dunia] 9 maut, pengebom serang majlis perkahwinan

  [Copy link]
Post time 17-11-2017 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-11-2017 09:42 AM



Orang ramai berkumpul di luar sebuah bangunan yang terkena letupan oleh pengebom bunuh diri di Kabul, Afghanistan. - Foto REUTERS

Gambar pengebomb berani mati.


KABUL: Penyerang nekad meletupkan diri di luar sebuah dewan perkahwinan di ibu kota ini, mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang.


Pihak berkuasa berkata hari ini, ia adalah cubaan jelas menyasar perhimpunan politik yang sedang berlangsung.

Tiada siapa mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu, terbaharu di ibu kota dilanda perang Afghanistan di mana pemberontak meningkatkan serangan dalam pertunjukan kekuatan.

Penyokong gabenor berkuasa di wilayah utara Balkh, Atta Mohammad Noor, dan pengkritik lantang Presiden Afghanistan Ashraf Ghani itu mengadakan acara dalam dewan ketika serangan berlaku.

Pengebom cuba masuk ke dalam bangunan namun dihalang di pusat pemeriksaan keselamatan di mana dia meletupkan peranti letupan, kata jurucakap polis ibu kota ini, Abdul Basir Mujahid kepada AFP.

"Sejumlah kakitangan polis antara yang maut," kata Mujahid.

Jurucakap Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Najib Danish berkata, tujuh anggota polis dan dua orang awam terkorban.

"Pengebom meletupkan diri selepas dikenal pasti polis di pintu masuk," kata Danish.

Tambahan sembilan orang cedera termasuk tujuh anggota polis dan dua orang awam.

Seorang pembantu berkata, Noor tidak berada dalam acara itu. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asi...is-perkahwinan





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2017 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Motip kau bomb org nak bina masjid?? Ke kau dengki x dpt kawen ngn pompuan tu. sial betul, kau igt bunuh diri boleh masuk syurga ke?? Bodoh punya orang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 08:46 AM | Show all posts
orang nak kawen pon tak senang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:17 AM | Show all posts
baru nk meraikan pengantin.. dah ada yg terkorban..

takziah buat yg maut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:24 AM | Show all posts
kesian btl dorang ni lapar sgt nak mati "syahid"

berangan tak nak ditimbang amalan masa kt masyhar

berangan nk berada dlm perut burung besar bw mereka bersiar2 melawat syurga

kesian kesian

berangan la byk2..skg ko dh mati sbb membuat dajal kt org rasakan la azab Allah paling ngeri dan dasyattt


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Binatang punya pengganas org tak bersalah dia nak bawak mati lepas mampus dengan jijik sebagai pembunuh mcm tuh dia fikir akan masuk syurga kaa? Mmg laa otak2 pengganas dah mereng sbb dah mabuk agama...  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2017 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sial sangat...

Orang nak mendirikan masjid la bahalol..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 12:09 PM | Show all posts
yg ni bukan ke yg pakai kostume tu?? ke yg ni real one?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah Yahudi menyamar isele kot ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.073077 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list