CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 737|Reply: 8

[Tempatan] Harga tomato dijangka cecah 1kg RM4, tenggiri RM10

[Copy link]
Post time 17-11-2017 10:00 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Harga ikan dan sayur dijangka naik akibat musim tengkujuh.
Harga makanan laut dijangka meningkat kerana hasil tangkapan mungkin berkurangan disebabkan musim hujan apabila nelayan terpaksa berada lebih dekat dengan pesisir pantai disebabkan angin kencang.
Akhbar The Straits Times melaporkan harga sayur akan mengalami kenaikan kerana pengeluarannya dijangka berkurangan pada musim hujan.

Laporan tersebut memetik Jeanne Khor, setiausaha Persatuan Nelayan Pantai Remis yang mempunyai 300 ahli sebagai berkata, musim hujan boleh menjejaskan hasil tangkapan nelayan sebanyak 50% hingga 60%.
Beliau berkata, harga ikan tenggiri boleh meningkat antara RM5 dan RM10 1kg, dan sardin daripada RM4 hingga RM7 1kg.
Wakil Koperasi Nelayan Kuala Sepetang, Bee Liang Chai dipetik berkata, hujan lebat bermula sejak 2 bulan lalu.
“Walaupun sekarang kurang hujan, hasil tangkapan sudah berkurangan berbanding tahun sebelumnya.”

Presiden Persatuan Nelayan Johor Selatan, Azli Mohd Aziz pula berkata, orang tengah yang patut dipersalahkan atas kenaikan harga ikan secara mendadak pada musim tengkujuh.

Laporan itu memetik Pengerusi Persatuan Petani Melayu Cameron Highlands, Syed Abdul Rahman Syed Abdul Rashid yang menjangka pengeluaran sayur merosot 20% hingga 25% pada musim hujan.
Tambahan, hujan boleh menyebabkan sayur dijangkiti bakteria atau pertumbuhan kulat.

Katanya, harga 1kg tomato dijangka naik daripada RM3 kepada RM4, sementara kobis akan meningkat RM1.20 kepada RM2 setiap kg.

Bagaimanapun, laporan itu berkata, harga ikan dan sayur di Singapura mungkin tidak terjejas akibat musim tengkujuh.
“Permintaan pasaran (untuk ikan) di Singapura tidak begitu tinggi, jadi biasanya harga tidak akan terjejas,” kata jurucakap Persatuan Pedagang Ikan Singapura.

Pengerusi Persatuan Pengimport dan Pengeksport Buah dan Sayur Singapura, Tay Khiam Back berkata, harga mungkin tidak akan terjejas buat sekarang kerana tiada perubahan berlaku dalam jumlah bekalan.

Hujan lebat yang melanda Malaysia dari November hingga Januari kerap menyebabkan banjir di negeri timur dan utara Semenanjung Malaysia. Ia biasanya disertai angin kencang di laut.

Beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Kedah baru-baru ini dilanda banjir, menyebabkan kematian dan kerosakan jutaan ringgit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2017 10:47 AM | Show all posts
nanti acik2 bawang gi pasar mesti duk complain mahal..

tp kalau gi beli kat pasaraya besar xnk pulak duk gaduh harga mahal ke apa.. siap boleh cakap kat hero, giant, tesco lagi murah..

hakikatnya yg meniaga2 kt pasar ni pun meniaga dapat untung sikit je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kat sri.ternak dh rm4.30 pung....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 11:21 AM | Show all posts
Mkn ayam & daging jer la sementara musim tengkujuh nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
makan tempel dn pucuk ubi pun boleh hidup mcm kat Indoh tu.lagi sehat dn kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 11:35 AM | Show all posts
cocorex replied at 17-11-2017 11:21 AM
Mkn ayam & daging jer la sementara musim tengkujuh nie

korg nak murah p la klang... kg2 byk mknan murah lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2017 11:38 AM | Show all posts
wow memang tak patut negare kepulauan terbesar dunie malaysie nak dibandingkan negare sekangkang kera singapore pasal harge ikan
“Permintaan pasaran (untuk ikan) di Singapura tidak begitu tinggi, jadi biasanya harga tidak akan terjejas,” kata jurucakap Persatuan Pedagang Ikan Singapura.

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 11:43 AM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 17-11-2017 12:51 PM
unrato replied at 17-11-2017 12:38 PM
wow memang tak patut negare kepulauan terbesar dunie malaysie nak dibandingkan negare sekangkang ker ...

bongok betul statemen tu...
singapura ada sebesar malaysia ker??
silap2 johor pun lagi besar dari singapore la hanat!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2017 11:46 AM | Show all posts
dinopower2 replied at 17-11-2017 11:35 AM
korg nak murah p la klang... kg2 byk mknan murah lg

jauh               
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.073452 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list