CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1412|Reply: 11

[Tempatan] Seluar khatan idea baharu

[Copy link]
Post time 17-11-2017 10:12 AM | Show all posts |Read mode




TIDAK lama lagi, cuti sekolah akan bermula dan sudah pasti akan memberi peluang untuk kanak-kanak melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sama ada berkelah, melancong mahupun pulang ke kampung.

Namun, bagi sesetengah daripada mereka, cuti sekolah juga satu masa yang digeruni, bukan kerana banyak kenduri kahwin, tetapi waktu kebiasaan untuk majlis berkhatan.

Bagi membantu memberikan kemudahan dan keselesaan kepada kanak-kanak, sebuah syarikat milik tempatan menghasilkan seluar khatan ke dalam pasaran tempatan.

Penyelesaian kepada kanak-kanak aktif

Pengenalan seluar khatan akan memberi penyelesaian kepada ibu bapa yang mempunyai anak aktif.

Hakim Shakir, 27, berkata, zaman sekarang tidak sama seperti dahulu, kanak-kanak sekarang aktif dan mereka tidak suka baring selepas berkhatan.

"Selepas berkhatan, pergerakan mereka terbatas dan mereka tidak suka baring sahaja, jadi dengan adanya seluar ini akan membantu mereka bergerak bebas.

"Dari segi saiz, ianya boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kualiti kain yang lembut dan selesa. Rekaan dan corak seluar khatan pun banyak," katanya.

Jazree Azmir Abdul Jabar, 40, berpendapat bahawa seluar khatan ini merupakan  inovasi yang menarik diketengahkan dalam mengatasi masalah penyembuhan selepas berkhatan.

Menurutnya, harga yang ditawarkan adalah berbaloi dengan kualiti, juga boleh disimpan untuk kegunaan generasi seterusnya.

"Apabila tiba masa untuk khatan anak, sudah pasti saya akan menggunakan seluar khatan ini.

"Pada masa sama akan hebahkan kepada rakan-rakan lain yang akan mengkhatankan anak mereka," katanya.

Sementara itu, Nurul Hazirah Hasnaa Abdul Halim, 21, berkata, dia melihat seluar khatan itu di Facebook dan terkejut kerana tidak pernah nampak seluar khatan seumpama itu di pasaran tempatan.

"Saya kongsi dan tag rakan-rakan serta saudara mara yang memerlukan seluar khatan itu untuk anak-anak yang akan berkhatan pada musim cuti sekolah tahun ini.

"Saya rasa, klinik dan hospital swasta juga perlu perkenalkan seluar khatan ini kepada pelanggan yang memerlukan," katanya.

Bantu penyembuhan, mudah dicuci

Seluar khatan diperkenalkan bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas berkhatan.

Baco Medicare Sdn Bhd, Dr Aslan Bacho berkata, seluar khatan didatangkan kain kapas yang selesa dan sistem pengudaraan baik, yang akan membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

"Kalau dahulu, sebaik berkhatan, kanak-kanak perlu memakai kain sarung dan berbaring bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

"Menyedari kanak-kanak hari ini aktif, kami tampil memberikan kemudahan kepada mereka untuk bergerak bebas tanpa perlu baring sehingga luka sembuh dan berharap ia dapat diterima oleh orang ramai," katanya yang menjalankan pembangunan dan penyelidikan (R&D) produk pada awal tahun ini.

Menurutnya, dengan menggunakan seluar khatan, proses sembuh adalah antara 14 hingga sebulan berbanding biasa tiga minggu sehingga sebulan lebih.

Katanya, seluar khatan ini disasarkan kepada kanak-kanak lelaki dan sesuai digunakan bagi semua jenis proses berkhatan.

Mengulas berhubung proses penjagaan, Aslan berkata, seluar khatan itu hanya perlu direndam dengan air sabun dan bilas.

Seluar khatan ini berada di pasaran sejak dua bulan lalu dan dijual secara atas talian dengan harga RM39 sepasang.

"Sasaran kami bagi permulaan adalah untuk pasaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, tetapi kami turut menerima permintaan dari Johor dan Sabah.

"Selain itu, seluar khatan ini juga boleh didapati di klinik swasta terpilih yang turut menawarkan perkhidmatan khatan," katanya.

Setakat ini, syarikat itu telah dijual sebanyak 100 unit bagi pengeluaran pertama dan menyasarkan kira-kira 80 peratus akan menggunakan seluar khatan ini pada masa akan datang.

Bagaimanapun, Aslan berkata, cabaran utama adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang manfaat dan kelebihan seluar khatan ini kepada orang ramai.

Berdasarkan maklum balas orang ramai, Baco Medicare akan mempertimbangkan untuk menghasilkan seluar khatan dewasa jika ada permintaan.

"Kami akan sentiasa menambah baik seluar khatan ini mengikut maklum balas pelanggan bagi menghasilkan produk yang lebih baik," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2017 10:15 AM | Show all posts
pprt nyer TT ni....mana gambo seluar khatan tu...hauk sgt buka tered x der gambo
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:20 AM | Show all posts
tak rimas ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:29 AM | Show all posts



klasik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:48 AM | Show all posts
invensen malaysia yang sangat haibat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 17-11-2017 10:28 AM

Hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 11:28 AM | Show all posts
syukur alhamdulillah ana sudah selamat berkhatan berkurun dulu waktu kecil. kalau belum, sekarang sudah dewasa, kalau disuruh berkhatan, ana lari.

takuttttt



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2017 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha.. aku pagi sunat petang main bola, esok bentan haha. Pastu tdo umah sepupu, sepuou tgk blue, lebam kepala lutut..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 12:54 PM | Show all posts
Hahaaa...mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 12:55 PM | Show all posts
hahahhahah .... berapa ringgit selai?

anak anak aii umur dua minggu jer terus sunat. Senang penjagaannya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 01:07 PM | Show all posts
lerrr sunat je la pakai clamp..leh pakai suar biasa trus, xyah susah payah beli suar khas ni plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.070428 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list